Thursday, February 2, 2012

Puding Kacang Merah


Resipi asalnya aku ambil dari blog azlita aziz. 
Hmmmm...macam rasa makan ais krim kacang merah.


1 cawan kacang merah 
10 gm serbuk agar-agar
1 liter air
260 gm gula pasir
1 1/2 cawan santan
1 sb tepung jagung
pewarna merah
setitik esen ros
secubit garam

1.  Kacang merah direndam semalaman.  Lepas itu rebuskan hingga empuk dan toskan.  



2.  Kisarkan 3/4 cawan kacang merah itu bersama santan, tepung jagung dan pewarna merah.  Ketepikan.



2.  Masak serbuk agar-agar, air dan gula.  Bila mendidih, ketepikan 1 cawan dari agar-agar putih itu ke dalam periuk lain.  

Agar-agar yang selebihnya dicampurkan bahan yang telah dikisar tadi.  Masak lagi hingga mendidih sedikit.

3.  Tuangkan separuh dari agar-agar kacang merah itu ke dalam acuan.  Bila hampir keras taburkan sedikit lebihan kacang merah yang telah direbus.  Tuangkan di atas kacang merah itu lebihan agar-agar kacang merah tadi.  Biarkan ia sejuk.


4.  Sementara itu panaskan agar-agar putih supaya cair semula. Masukkan lebihan kacang merah rebus tadi.  

5.  Bila agar-agar kacang merah dah hampir keras (adalah nampak goyang-goyang sikit), tuangkan campuran agar-agar putih di atasnya.

Sekiranya agar-agar kacang merah itu telah keras, cucuk-cucukkan atau cakar-cakarkan sedikit dengan garfu supaya agar-agar putih berkacang itu melekat di atasnya.  



6.  Sejukkan dalam peti ais dan siaplah puding kacang merah. Kemudian bolehlah dipotong ikut suka.   







No comments:

Post a Comment