Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Friday, August 6, 2021

Kuih Mochi



200 gm tepung pulut
80 gm gula halus
200 ml air
1 sb minyak masak
30 gm tepung sagu
1 helai daun pandan
Inti kacang merah secukupnya

1.  Satukan tepung pulut, gula halus dan air.  Gaulkan hingga sebati.  
2.  Masukkan minyak masak dan gaulkan sedikit saja.  Jangan sampai sebati.  Biarkan saje jika ada kelihatan minyak yang tidak bergaul rata.
3.  Sapukan minyak dalam bekas atau loyang dan tuangkan adunan tadi dalam bekas atau loyang itu.  Kukus adunan itu hingga masak.


4.  Sementara itu, sangai sekejap tepung sagu dengan daun pandan.
5.  Taburkan tepung sagu itu pada tempat mencanai.
6.  Kemudian apabila adunan yang dikukus itu masak, terus tuangkan atas tepung sagu tadi.  Ulikan sedikit adunan itu.  Kalau hendak letak pewarna, gaulkan sebelum adunan itu disalut dengan tepung sagu.
7.  Potong sedikit adunan dan leperkan sedikit.  Saiz ikut suka.
8.  Letakkan inti kacang merah.  Inti kacang merah tu boleh dibeli di kedai bakery atau dibuat sendiri.  Cantumkan kembali adunan itu bentuk bulat.  Bersihkan sedikit tepung sagu yang melekat di permukaan mochi itu dan boleh dihidangkan.






Monday, July 26, 2021

Onde-Onde Pulut Hitam



1 cawan tepung pulut putih
3 sb tepung pulut hitam
3/4 cawan air untuk buat doh
1/2 cawan gula melaka hiris
1/2 biji kelapa parut putih
2 helai daun pandan
garam secukupnya
air untuk merebus secukupnya

1.  Gaul tepung pulut putih, tepung pulut hitam dan garam.
2.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli tepung hingga menjadi doh.  Doh semestinya tidak terlalu lembut.



3.  Ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan sedikit.  Letak sedikit gula melaka dan bulatkan semula doh itu.
4.  Didihkan air untuk merebus di dalam periuk bersama daun pandan.  Biarkan api sederhana besar terus menyala.



5.  Masukkan onde-onde tadi ke dalam air rebusan itu.  Bila onde-onde itu mula terapung, biarkan ia seketika supaya tepung itu betul-betul masak.
6.  Kemudian angkat onde-onde itu.  Biarkan airnya tiris sedikit dan golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Bolehlah dihidangkan.





Tuesday, July 6, 2021

Kuih Bakul Kapit Keledek Goreng



Kuih Bakul ni boleh didapati masa perayaan tahun baru cina.  Dan kuih bakul ni boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.
Selain dimakan begitu sahaja, kuih bakul ni boleh digoreng salut tepung begitu sahaja atau dikapit dengan keledek.

1 biji Kuih Bakul
1 biji keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 st air kapur
air secukupnya
garam secukup rasa

1.  Kuih Bakul dipotong 4 segi.  

2.  Keledek dipotong ikut lebih kurang saiz kuih bakul tu.  Samada nak potong bulat atau 4 segi pun boleh.

3.  Tepung gandum, tepung beras, air kapur, serbuk kunyit dan garam digaul.

4.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi beter yang boleh menyalut keledek itu nanti.

5.  Ambil sekeping kuih bakul dikapitkan dengan 2 keping keledek.  Celup dalam beter tadi dan goreng dalam minyak panas hingga garing kekuningan.  Toskan.


Haaa...dah macam cheese rupanya bila makan kuih bakul ni masa digigit.  Memang sangat sedap kuih ni.

Untuk pengetahuan korang, dodol juga boleh digoreng dengan cara yang sama tapi kena guna dodol yang keras yang cantik dipotong.

Zaman sekarang dah susah nak jumpa dodol yang dimasak keras yang boleh dipotong cantik sebab penat nak mengacau dodol macam ni.  Memang liat masa nak mengacau.  Trend sekarang semua jenis dodol cair.  Kalau jumpa dodol keras, bolehlah digoreng macam ni.  


Friday, April 24, 2020

Apam Gula Hangus





1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 sb planta
2 sb susu pekat
1 st soda bikarbonat

1.  Masukkan gula pasir dalam kuali dan dimasak hingga larut menjadi gula hangus.  Perlahan-lahan masukkan air sambil dikacau perlahan.  Perlu hati-hati semasa masukkan air sebab ia akan memercik.  Bila gula telah larut, sejukkan.

2.  Campurkan telur, tepung gandum, minyak masak, planta, susu pekat dan soda bikarbonat.  Pukul dengan whisk hingga sebati.

3.  Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.  Pukul lagi hingga sebati.  Tapis adunan itu supaya tidak ada tepung yang bergentel.

4.  Sapu minyak dalam acuan dan tuang adunan 3/4 acuan itu.  Kukus apam selama 15 minit.  Tapi kalau pakai acuan kuih lompang isi adunan itu 1/2 acuan aje atau boleh lebihkan sedikit aje.  





Inilah kejadiannya kalau guna acuan lompang. 


Saturday, April 11, 2020

Cucur Badak Udang




A : Bahan untuk serunding
1/2 biji kelapa parut
1 st serbuk kunyit
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2 batang serai
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 sb ketumbar

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2.  Masuk kelapa parut, serbuk kunyit dan garam.  Gaul hingga rata.  Biarkan kelapa itu agak lembab-lembab sedikit.  Jika terlalu kering, serunding akan seperti berhampas.



B : Bahan untuk kulit
500 gm ubi keledek
3/4 cawan tepung gandum 
10 ekor udang
2 sb tepung gandum 
600 ml minyak untuk menggoreng
sedikit air
garam secukup rasa

1.  2 sb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air dijadikan gam yang likat.  Udang dibersihkan dan dibelah dua.

2.  Keledek direbus hingga empuk dan toskan.  Kemudian dilecek hingga halus semasa masih panas.

3.  Gaulkan keledek lecek dengan tepung dan garam hingga jadi doh yang boleh dibentuk.

4.  Ambil sedikit doh keledek itu dan leperkan.  Letak inti serunding dan bulat-bulatkan.  Leperkan sedikit.  Buat hingga habis.

5.  Masa hendak goreng tekankan sedikit bahagian tengah kuih itu agar berlekuk sedikit.  Cucukkan sedikit dengan garfu di permukaan tengah kuih.  Sapukan gam tepung tadi dan lekatkan udang di atasnya.  Tekankan sedikit.  Biarkan gam itu kering sekejap dalam 10 minit.  

6.  Panaskan minyak dan gorengkan kuih tadi.  Masukkan bahagian udang itu ke bawah dulu sebelum diterbalikkan.  Waktu menggoreng itu pastikan minyak agak panas supaya udang tidak tertanggal.  Goreng hingga garing dan toskan.  




Wednesday, February 5, 2020

Sagat Ubi Kayu




400 gm ubi kayu
20 gm gula melaka
1 cawan kelapa parut putih
1 helai daun pandan
secubit garam 

1.  Ubi kayu dibersihkan dan disagat.  Perahkan sedikit air kanjinya.  Gula melaka juga disagat.





2.  Gaulkan ubi kayu bersama gula melaka dan garam.  Garam itu bagi seimbangkan rasa aje.  


3.  Alaskan daun pisang yang telah dikoyak-koyakkan dalam loyang kukusan.  Taburkan ubi kayu tadi dan letak daun pandan.  Kukus hingga masak.




4.  Bila telah siap, bolehlah dihidangkan bersama kelapa parut.  Kelapa parut itu boleh dikukus sekejap dalam 5 minit supaya tidak mudah basi.  Gaul sedikit kelapa itu dengan garam.   






Tuesday, January 7, 2020

Wajik Kasirat



500 ml beras pulut
500 ml santan
400 gula melaka/gula merah
2 helai daun pandan

1.  Beras pulut dibasuh.  Toskan dan jemur dipanas matahari hingga kering.  Kemudian digoreng tanpa minyak hingga kekuningan.  Lepas itu kisarkan sekejap supaya menjadi biji-biji halus.
Masak santan bersama daun pandan hingga mendidih.  



2.  Masuk gula melaka/gula merah.  Masak hingga likat sambil dikacau selalu supaya tidak hangit atau gula membuak bila mendidih.  Gunakan api kecil.


3.  Kemudian baru masukkan butiran beras pulut tadi.  Gaul hingga sebati dan kental sedikit.



4.  Tuangkan adunan itu ke dalam acuan yang telah dialas dengan daun pisang atau baking paper.  Biar ia sejuk dan boleh dipotong.





Saturday, December 28, 2019

Pisang Kipas Crispy


Aku dapat resipi ini dari Sobat Dapur.  Aku tertarik dengan pisang yang berbentuk kipas itu dan ditambah lagi kelihatan sungguh crunchy. 


1 sisir pisang abu
1 liter minyak untuk menggoreng

Adunan kremes :
200 gm tepung beras
1 sb tepung sagu
600 ml air
65 ml santan
1 biji telur
1 st esen vanila
garam secukup rasa

Adunan saduran :
200 gm tepung beras
1 sb tepung sagu
250 ml air
garam secukup rasa

1.  Pisang boleh digunakan abu, pisang nangka tapi pisangnya jangan yang terlalu masak.  Pisang dibelah 4 tapi jangan sampai putus.  Biar ia terbentuk seperti kipas.  Kalau yang mahir tu bolehlah dibelah pisang itu sekeping-sekeping dan dicantum seperti kipas semasa menggoreng.



2.  Adunan kremes dicampurkan dan diadun hingga sebati.  Adunan saduran juga dicampurkan dan diadun hingga sebati.  Kesemuanya ada 2 jenis adunan untuk buat pisang crispy ini.



3.  Panaskan minyak.  Celupkan pisang ke dalam adunan saduran dan masukkan ke dalam minyak panas.  


Masukkan pisang itu dari tepi kuali supaya ia melorot sendiri ke bahagian tengah supaya bentuk kipasnya cantik.  Masukkan pisang secukupnya dalam kuali.


4.  Kemudian diambil sesenduk adunan kremes dan dituangkan ke dalam kuali dalam jarak yang agak tinggi dari paras kuali.  Adunan kremes itu akan berserakkan di dalam minyak panas dan akan melekat pada pisang yang digoreng itu.


Seterusnya gorenglah pisang itu hingga kekuningan.  Toskan dan boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicicah dengan sambal kicap.





Monday, September 9, 2019

Chakoi




2 cawan tepung gandum
1 sb minyak masak
1/4 st garam
1/4 st yis
3 sb gula pasir
3/4 cawan air suam
1 liter minyak untuk menggoreng

1.  Campurkan air suam, yis dan 1 sb gula pasir.  Biarkan seketika sehingga yis mengembang.

2.  Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, minyak masak, garam dan 2 sb gula pasir.  Gaul rata.

3.  Buat lubang dibahagian tengah campuran tepung itu dan tuangkan yis yang telah mengembang itu.

4.  Gaulkan adunan itu.  Adunan itu memang melekit tapi tutupkan dengan kain lembab selama 1 jam atau hingga adunan itu naik mengembang.

5.  Taburkan tepung gandum di atas papan pencanai.  Letakkan adunan tadi di atas taburan tepung itu.  Bahagi adunan kepada dua bahagian.

6.  Leperkan adunan itu dalam 1/2" tebal.  Potong-potongkan.  Letak tepung jika adunan melekit.  Ambil 2 potongan itu dan tindihkan.  Lepas itu tekankan bahagian tengahnya dengan belakang pisau tapi jangan sampai terputus.  Biarkan adunan itu naik dalam 30 minit.



7.  Panaskan minyak.  Ambil sepotong doh itu dan tarik sedikit di kiri-kanannya dan masukkan dalam minyak panas.  Goreng hingga garing kekuningan dan toskan.



8.  Chakoi ini boleh dimakan dengan sambal atau kastad pandan/serikaya atau dicicah dengan air kopi.