Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Friday, November 26, 2021

Kek Planta Marble Lorek Atas



2 cawan tepung gandum
1 st baking powdwr
1/4 st garam
1 cawan planta
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 st esen vanila
1 sb susu pekat
sedikit pewarna unggu & hijau

1.  Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.  Ketepikan.
2.  Pukul planta dan gula hingga kembang.
3.  Masuk telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.  Masuk pula esen vanila dan susu pekat.  Pukul lagi.


5.  Asingkan 1 cawan dari adunan itu dan dicampurkan dengan pewarna unggu.  1 sb dicampurkan dengan pewarna hijau.
6.  Sapukan planta dalam acuan saiz 7" dan alas dengan baking paper.  
7.  Letak 2 sb adunan asal di tengah acuan.  Letak pula 1 sb adunan unggu ditengah adunan asal itu.  Cucukkan sikit dengan sudu atau hentak perlahan acuan itu supaya adunan itu rata lapisannya.  Ulang cara itu hingga selesai.  Tapi tinggalkan dalam 1/2 cawan adunan asal dan 1 sb adunan unggu.


8.  Kemudian masukkan perlahan baki adunan asal itu merata diatas permukaan marble tadi.  Ratakan dengan sudu atau spatula.
9.  Akhir sekali ambil pencungkil gigi atau chopstik dicecahkan pada adunan unggu dan lorekkan corak bulatan atas permukaan kek itu supaya nampak macam corak bunga atau ikut kreativiti sendiri.  Manakala adunan hijau tadi dilorek bentuk daun atau ikut corak sendiri.


10.  Bakar kek pada suhu 150C selama lebih kurang 50 minit atau hingga kek masak.  Kek ini sememangnya kena masak dengan api perlahan dan agak lama.  Kalau tak hendak permukaan kek terlalu kuning kecoklatan, boleh tutup dengan lapisan aluminium foil.




Saturday, November 13, 2021

Kek Marble Planta



2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1/4 st garam
1 cawan planta
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 st esen vanila
2 sb susu pekat
sedikit pewarna biru

1.  Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.  Ketepikan.
2.  Pukul planta dan gula hingga kembang.
3.  Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.  Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat.  Pukul lagi hingga sebati.
5.  Ambil 1 cawan dari adunan kek itu dan dicampurkan pewarna biru.
6.  Sapukan acuan kek bersaiz 7" dengan planta.  Alaskan dengan baking paper.  Masukkan adunan itu berselang warna dan dilorek-lorekkan.  Bakar kek pada suhu 160C selama 50 minit.





Thursday, June 24, 2021

Burnt Cheese Cake



600 gm cream cheese
200 gm gula castor
4 biji telur
300 gm double cream
1 st esen vanila
40 gm tepung gandum
1/4 st garam
acuan kek bulat saiz 8"

1.  Letak 2 keping baking paper dalam acuan secara bertindih menyilang.
2.  Pukul cream cheese hingga lembut.  Masuk gula dan pukul lagi.
3.  Lepas itu masuk telur satu per satu sambil dipukul. 
4.  Kemudian masuk garam, double cream dan vanila.  Pukul lagi hingga sebati.
5.  Akhir sekali masuk tepung dan gaul dengan senduk kayu hingga sebati.
6.  Tuang adunan kek dalam acuan.  Bakar pada suhu 200C selama 40 minit.
7.  Keluarkan kek dari oven.  Bahagian tengah kek akan kelihatan bergoyang sedikit.  Jika bahagian tepinya kelihatan merekah, jangan risau, sememangnya kejadiannya seperti itu.  

Sejukkan kek selama 6-7 jam.  Sebaiknya letak dalam peti sejuk.  Bila telah sejuk, bahagian tengah kek kelihatan tenggelam. 



  


Thursday, May 28, 2020

Apple Crumble Cake




Bahan A :
1/3 cawan tepung gandum
3 sb gula pasir
6 1/2 st serbuk badam
1/2 st serbuk kulit kayu manis
2 sb butter sejuk

Campurkan semua bahan sambil diramas supaya kasar-kasar berketul-ketul.  Pastikan butter itu sejuk dari peti ais.  Simpan crumble ini dalam peti ais sementara kita buat bahagian lain.





Bahan B :
3 biji epal (granny)
1/4 cawan gula pasir
1 st serbuk kulit kayu manis
2 sb jus lemon
1/2 st garam

Epal dipotong dadu.  Kalau guna epal merah atau hijau saiz besar, cukup 1 atau 2 biji saja.  
Gaulkan semua bahan dan dimasak hingga gula menjadi berkaramel.  Sejukkan.





Bahan C :
1/2 cawan butter
1/4 cawan gula castor
2 biji telur
1 st esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 st baking powder
1/4 st garam
2 sb susu cair

1.  Pukul butter dan gula hingga berkrim.
2.  Masuk telur dan esen vanila.  Pukul lagi.
3.  Lepas itu masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan garam.  Masukkan sedikit demi sedikit sambil dikaup dan balik hingga sebati.
4.  Akhir sekali masuk susu cair.  Kaup dan balik hingga sebati.
5.  Masukkan adunan ini ke dalam acuan bulat bersaiz 7" yang telah disapu butter dan ditabur tepung gandum.  
Ratakan adunan itu dan taburkan diatasnya inti epal tadi (Bahan B).  Kemudian ditaburkan crumble tadi (Bahan A) rata-rata di permukaan inti epal tadi.








Sedap kek ini.  Masam-masam manis rasanya.  Bergabung pula dengan haruman kayu manis...



Monday, September 9, 2019

Kek Batik




Bahan untuk kek :
200 gm biskut marie
1/2 cawan butter
1/2 cawan susu pekat
1/3 cawan milo
1/4 cawan serbuk koko

Bahan untuk topping :
200 gm whip cream
200 gm coklat 

1.  Cairkan butter dalam periuk atau kuali.  

2.  Masuk susu pekat, milo dan serbuk koko.  Gaul rata hingga mendidih sedikit dan pekat.  Tutup api.



3.  Kemudian masukkan biskut yang telah dipatah 2 atau 4.  Gaulkan cepat hingga biskut bersalut dengan adunan coklat itu. 





4.  Tuangkan semua biskut ke dalam acuan saiz 8"x8" yang telah dialas dengan baking paper.  Tekan-tekankan adunan itu hingga padat.


5.  Akhir sekali tuangkan topping di atasnya.  Simpan kek itu dalam petisejuk hingga keras.  




Saturday, January 12, 2019

Kek Gula Hangus aka Kek Sarang Semut


Tahun 80an dulu kakak aku selalu buat kek ni.  Kalau raya mesti ada kek ni.  Tapi waktu tu aku tak berapa suka sebab kek ni lain macam sikit.  Rasanya pahit-pahit sebab gula yang dihanguskan tu dan rasa kenyal-kenyal sikit.  Sarangnya tu yang buat dia nampak cantik.

Memang itulah sebetulnya rasa dan texture kek ni.  Kalau lembut macam kek biasa, itu tandanya keknya tak jadi ye.  



1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan planta
5 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 st soda bikarbonat



1.  Masuk gula pasir dalam kuali.  Masak hingga gula larut dan bertukar warna menjadi perang.



Masuk air perlahan-lahan dan berhati-hati kerana gula panas itu akan memercik.  Tutup api.



Kemudian masukkan planta/butter dan kacau hingga planta/butter larut.  Sejukkan gula hangus itu.



2.  Pecahkan telur dan kacau dengan whisk perlahan-lahan sehingga bersatu tapi jangan dipukul telur itu.  Cukup sekadar dikacau sahaja.



3.  Lepas itu masukkan susu pekat.  Kacau sikit.

4.  Masuk pula tepung yang telah diayak dengan baking soda.  Kacau hingga sebati. 



5.  Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.  Gaul hingga sebati.



6.  Tuangkan adunan itu ke dalam loyang yang telah disapu planta dan ditabur sedikit tepung atau dialas dengan baking paper.  Untuk adunan ini sebaiknya gunakan acuan 6"x6" biar nampak tinggi sikit kek itu.  Bila dah masukkan adunan dalam loyang kena biarkan adunan itu selama 3-5 jam supaya cantik texture sarangnya nanti.



7.  Panaskan oven pada suhu 170C.  Gunakan api bawah sahaja.  Masukkan loyang adunan tadi dan bakar kek 45 minit.  5 minit terakhir gunakan api atas dan bawah.



8.  Bila kek dah masak, sejukkan kek atas redai dan barulah dipotong.







Thursday, November 2, 2017

Kek Lobak Merah Kukus



2 biji telur
1/2 cawan gula castor
3/4 cawan minyak jagung
1 st esen vanila
1 cawan tepung gandum
1/2 st baking powder
200 gm lobak merah - disagat
1/8 cawan badam cincang

1.  Campurkan telur, gula castor dan minyak jagung.  Pukulkan hingga kembang.

2.  Masuk esen vanila.  Gaulkan dan masukkan tepung gandum dan baking powder.  Gaulkan lagi hingga sebati.

3.  Akhir sekali masukkan lobak merah yang disagat dan badam cincang.  Gaulkan lagi hingga sebati.


4.  Tuangkan dalam acuan bersaiz 6"x6" yang telah dialas dengan baking paper.  Tutup permukaan acuan dengan wrapping plastic supaya air wap tidak menitik di atas kek.  Kukus dalam pengukus yang sedang mendidih airnya.  Kukus lebih kurang 35-45 minit.



Tuesday, July 11, 2017

Kek Carrot Kayu Manis



250 gm tepung gandum
1 st soda bikarbonat
2 st baking powder
1 st serbuk kayu manis
1 st garam
4 biji telur
250 gm gula halus
1 cawan minyak jagung
1 cawan gajus cincang
200 gm carrot - diparut

1.  Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, serbuk kayu manis dan garam.  Ketepikan.


2.  Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu.

3.  Masuk minyak jagung dan pukul lagi hingga sebati.

4.  Masuk pula campuran tepung dan gaulkan hingga sebati.  


5.  Akhir sekali masukkan gajus cincang dan carrot.  Gaulkan lagi hingga rata.


6.  Sapukan acuan dengan planta dan tabur rata sedikit tepung gandum.  Kemudian masukkan adunan tadi.


7.  Bakar pada suhu 170-180C lebih kurang 45 minit untuk acuan besar.  Jika guna acuan kecil-kecil bakar lebih kurang 25-25 minit.



Saturday, March 12, 2016

Kek Kukus Pandan



4 biji telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1 st baking powder
1 st ovalette
2 cawan tepung
1/3 cawan air pandan
pewarna hijau secukupnya

1.  Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.

2.  Masuk susu pekat dan minyak.  Pukul lagi hingga sebati.

3.  Lepas itu masuk tepung yang telah diayak dengan baking powder.  Gaul hingga sebati dan masukkan air pandan.  Gaul lagi hingga sebati. 

5.  Kemudian bahagi adunan kepada 3 bahagian.  Masukkan pewarna hijau mengikut kepekatan warna yang diperlukan.  Kalau tak nak bahagi 3 bahagian pun boleh, gaulkan aje pewarna hijau hingga sekata.


6.  Kukus kek selapis demi selapis dengan setiap lapisan dikukus lebih kurang 15 minit.  Lapisan yang akhir dikukus dalam 20 minit atau hingga kek masak.




Monday, February 29, 2016

Custard Tea Cake menggunakan Vanila Custard keluaran Mom Royale




125 gm planta
1/3 cawan gula castor
1 biji telur
1/4 cawan tepung kastad
3/4 cawan tepung naik sendiri






Bahan untuk Kastad dan cara penyediaannya:
3 sb vanila custard Mom Royale
1 cawan dairy cream/susu cair
2 sb gula pasir

Campurkan semua bahan ini dan dimasak dengan api perlahan sehingga pekat.  Sejukkan sebentar.




Cara menyediakan kek :
1.  Pukul gula dan planta hingga kembang.

2.  Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.

3.  Masukkan pula kedua-dua jenis tepung yang telah diayak bersama.  Gaul rata dan adunan dibahagi kepada 2 bahagian.

4.  Griskan acuan bersaiz 7" dengan planta dan tabur sedikit tepung. Masukkan satu bahagian adunan kek tadi dan ratakan.  Lepas itu lapiskan adunan vanila custard perlahan-lahan supaya ia tidak tenggelam di tengah adunan kek.  Ratakan vanila custard itu. Adalah lebih baik gunakan piping.  

Kemudian lapiskan satu lagi bahagian adunan kek tadi di atasnya perlahan-lahan.  Ratakan.

 5.  Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.