Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Sunday, August 22, 2021

Telur Dadar Asparagus




3 biji telur
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
15 batang asparagus
1 biji tomato
1 tangkai daun kari
1 cawan minyak untuk menggoreng
secubit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Pukul telur sedikit dengan garam dan lada sulah.
2.  Panaskan minyak dan tuang telur ke dalam minyak panas.
3.  Taburkan bahan-bahan lain atas telur itu.
4.  Gorengkan telur itu hingga garing.  Angkat.





Thursday, August 12, 2021

Masak Lemak Telur Itik



4 biji telur itik
1 helai daun kunyit
2 batang serai
1 biji limau nipis
2 cawan air
200 ml santan Kara
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2" kunyit hidup

1.  Masukkan bahan tumbuk, serai dan air dalam periuk.  Masak hingga mendidih.
2.  Pecahkan telur ke dalam kuah itu.  Biarkan hingga telur itu masak. 
3.  Kemudian masukkan santan, daun kunyit dan garam.  Kacau-kacaukan selalu hingga mendidih tapi tidak pecah minyak.
4.  Akhir sekali masukkan jus limau dan tutup api.






Masak Lemak Telur Itik



3 biji telur itik
200 ml santan KARA
2 batang serai
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
3" kunyit hidup
2sb udang kering

1.  Telur itik dicuci bersih luarannya.  Telur itik ni agak kotor luarannya.
2.  Masukkan bahan tumbuk, serai, sedikit santan dan air dalam periuk. 
3.  Bila mendidih, pecahkan telur ke dalamnya dan biarkan telur itu masak.  
4.  Akhir sekali masukkan baki santan, daun kunyit dan garam.




Friday, January 15, 2021

Telur Geprek



2 biji telur
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

Sambal geprek :
*10 biji cili merah
*10 biji cili padi merah
*10 biji cili padi hijau
*2 biji tomato
*6 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*1 sb belacan bakar
2 biji limau kasturi
1/2 cawan minyak

Lauk sampingan :
Sup rebusan ayam
Tempe goreng
Tauhu goreng
Timun
Salad

1.  Untuk sediakan telur :
Pukul telur sedikit dengan garam dan lada sulah.  Panaskan minyak dalam kuali dengan api besar.  Tuangkan telur ke dalam minyak panas itu dan goreng hingga garing.  Telur itu boleh dibahagi dua.  
  
2.  Untuk sediakan sambal geprek :
Cili merah dibuang biji dan dipotong pendek.  Tomato dibuang empulurnya dan dipotong kecil.  

Panaskan minyak dan gorengkan bahan bertanda * hingga layu.  Keluarkan bahan goreng itu dan sejukkan sekejap.  Kemudian ditumbuk atau dikisar kasar tanpa air.

Akhir sekali tuangkan minyak panas (lebihan menggoreng cili tadi) ke dalam sambal itu.  Perahkan jus limau.  Perasakan garam, gula dan gaul rata.


Hidangkan bersama nasi putih dan lauk-lauk tambahan yang lain.




Friday, May 8, 2020

Kerabu Telur Dadar



3 biji telur
1 biji tomato
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai
5 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
2 pokok daun ketumbar
5 biji buah limau kasturi
sedikit serbuk lada sulah
garam dan gula secukup rasa

1.  Telur dipukul sedikit bersama serbuk lada sulah dan garam.
2.  Panaskan kuali leper.  Tuang telur nipis-nipis.  Masak kedua-dua belah telur itu.  Buat dua keping.  Gulung telur dan hiris.
3.  Tomato dibuang empulur dan dihiris.  Bunga kantan, serai, cili padi, bawang besar dan daun ketumbar dihiris.  
4.  Campurkan semua bahan dan perahkan jus limau kasturi.  Gaul hingga sebati.





Thursday, December 26, 2019

Sandwich Telur Dadar Sayur

6 keping roti gardenia
2-3 biji telur
50 gm kobis
50 gm carrot
1/2 biji bawang besar
1 biji cili padi
2 sb minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Kobis dihiris.  Carrot dipotong halus memanjang.  Bawang besar dan cili padi dihiris.



2.  Satukan telur, kobis, carrot, bawang besar, cili padi dan garam.  Pukul sekejap.


3.  Panaskan minyak dan tuangkan telur itu sedikit.  Boleh dibuat beberapa keping.  Gorengkan telur itu hingga kedua-dua belah garing.  Angkat.



4.  Sapukan planta di permukaan roti.  Masak dalam kuali leper hingga kuning.  Lepas itu terbalikkan roti itu dan masak sekejap. 


5.  Letakkan telur tadi atas roti dan kapitkan dengan sekeping lagi roti.  Hidangkan.






Thursday, October 17, 2019

Roti John Guna Roti Gardenia


Selalunya roti john ni gunakan roti perancis tapi kali ini kita gunakan roti gardenia aje.  Hasilnya memang tak mengecewakan.  

1 bungkus roti gardenia
1 tin sardin (215 gram - tin leper)
1/2 cawan ikan bilis
3 biji telur
1 sb serbuk cili
1/4 st serbuk lada sulah
garam secukup rasa
sedikit planta

1.  Sardin, ikan bilis, telur, serbuk cili, lada sulah dan garam dikisar.


2.  Panaskan kuali leper tanpa minyak dan panggang sekejap roti gardenia itu.

3.  Ratakan 2 sb bahan kisar tadi atas roti yang dipanggang tadi.  


4.  Panaskan 1 sb planta dalam kuali leper dan tangkupkan roti tadi.  Biarkan hingga inti itu nampak garing.  Terbalikkan roti dan masak sekejap bahagian yang tanpa inti itu hingga garing sedikit.


Boleh dihidangkan dengan sos cili atau dimakan begitu sahaja.



Thursday, September 19, 2019

Telur Dadar Cencaluk



3 biji telur
2 sb cencaluk
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 sb minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris.  Masuk dalam mangkuk.

2.  Pecahkan telur ke dalam campuran bawang tadi.  Masuk cencaluk dan garam.  Garam jangan banyak sangat sebab cencaluk itu memang dah masin.

3.  Panaskan minyak dan goreng telur itu di kedua-dua belah hingga garing.  Angkat.






Wednesday, February 27, 2019

Roti Telur Tampal




4 keping roti sandwich
3 biji telur
1 biji bawang besar
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 pokok daun ketumbar
1/4 st serbuk cili
1/4 st garam masala
2 sb minyak
secubit lada sulah
sedikit garam

1.  Bawang besar dan tomato didadu kecil.  Cili padi dan daun ketumbar dihiris.



2.  Pecahkan telur dan dicampur bersama bawang besar, tomato dan cili padi, daun ketumbar, serbuk cili, garam masala, lada sulah dan garam.  Pukul campuran telur itu.



5.  Panaskan minyak dan tuangkan telur tadi tapi separuh sahaja.  Ratakan telur itu di seluruh pan.  Segera letakkan 2 keping roti tadi di atas telur yang didadar itu.  



6.  Bila telur dibahagian bawah dah garing, terbalikkan ia.  Biarkan roti itu kekuningan.  Lepas itu terbalikkan semula telur itu dan dilipat dua roti itu.  





7.  Letak dalam pinggan dan dipotong 4.  Boleh dimakan begitu sahaja atau ditabur sos di atasnya.





Thursday, September 20, 2018

Cincuan Telur Mata




2 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 st belacan
1 sb asam jawa
2 cawan air
1 biji cili merah
3 sb minyak masak
garam secukup rasa

1.  Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris.



2.  Panaskan minyak.  Telur digoreng mata kerbau.  Ketepikan.


3.  Tumis bawang besar, bawang putih, belacan dan cili merah hingga bawang layu.

4.  Asam jawa diramas dengan air dan masukkan ke dalam bahan yang ditumis tadi.  Masukkan garam sekali.

5.  Biar mendidih.  Akhir sekali masukkan telur mata yang digoreng tadi.





Tuesday, April 17, 2018

Telur Balado



2 biji telur
200 gm cili merah
1 biji tomato
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sb minyak 
garam secukup rasa

1.  Telur direbus.  Cili merah, tomato, bawang merah dan bawang putih dikisar kasar.  

2.  Panaskan minyak dan goreng telur rebus itu hingga kekuningan.  Ketepikan.

3.  Dengan menggunakan bekas minyak menggoreng telur tadi, tumiskan bahan kisar dan masukkan garam.  Pastikan cili itu tidak terlalu garing.  

4.  Kemudian masukkan telur tadi.  Goreng sekejap dan angkat.




Saturday, January 27, 2018

Telur Mata Masak Tiga Rasa




3 biji telur
2 sb cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji cili padi - dihiris
4 helai daun limau purut
3 sb minyak untuk menumis
1 biji tomato - didadu kecil
1/4 cawan air
garam secukup rasa

Bahan ditumbok kasar :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
1 biji cili merah

Bahan untuk sos :
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sb sos ikan
1 sb gula
1 sb jus limau nipis
1 st kicap lemak manis

1.  Panaskan minyak dan goreng telur mata kerbau sebiji-sebiji dan letakkan dalam pinggan.

2.  Bekas minyak menggoreng telur itu ditumis bahan tumbuk hingga naik bau.  

3.  Lepas itu masukkan cili kisar.  Tumis lagi hingga garing.  

4.  Kemudian masukkan campuran bahan sos dan air.  Bila mendidih sedikit, masukkan bawang besar, tomato, garam dan daun limau purut.  Masak hingga pecah minyak.

5.  Akhir sekali tuangkan di atas telur mata kerbau tadi.  Tabur cili padi.






Monday, October 16, 2017

Fish Ball Omelette



Bahan A :
10 biji fish ball
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1 pokok daun sadri/daun bawang
2 sb minyak 

Bahan B :
3 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Fish ball dipotong 2.  Bawang besar, bawang putih dan cili padi dihiris.  Daun sadri/daun bawang dipotong 2" panjang.


2.  Panaskan minyak dan tumis fish ball, bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.  

3.  Pukul telur, bersama serbuk lada sulah dan garam.  Lepas itu tuangkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi.  


4.  Akhir sekali taburkan daun sadri/daun bawang.  Gorengkan hingga garing di kedua-dua belah.



Tuesday, August 22, 2017

Sup Telur Dengan Daun Ketumbar Jawa




2 biji telur
3" carrot
1 batang celery
3 helai daun ketumbar jawa
4 biji cili padi
500 ml air
2" kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih



1.  Carrot dibelah 4.  Celery dipotong 2".  Daun ketumbar jawa dipotong 1".   Cili padi dititik.



2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga kekuningan.



3.  Masuk air, carrot, celery dan garam.  Bila kuah mula mendidih, pecahkan telur ke dalam kuah.  Biarkan seketika sehingga telur mula masak.  Kacau perlahan-lahan supaya telur itu tidak hancur.



4.  Akhir sekali masukkan daun ketumbar jawa dan cili padi. Tutup api.  Bila menghidang taburkan bawang goreng.