4 biji telur itik
1 helai daun kunyit
2 batang serai
1 biji limau nipis
2 cawan air
200 ml santan Kara
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2" kunyit hidup
1. Masukkan bahan tumbuk, serai dan air dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Pecahkan telur ke dalam kuah itu. Biarkan hingga telur itu masak.
3. Kemudian masukkan santan, daun kunyit dan garam. Kacau-kacaukan selalu hingga mendidih tapi tidak pecah minyak.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan tutup api.
No comments:
Post a Comment