Wednesday, November 29, 2017

Kuih Cara Manis




Bahan A :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
1 st minyak masak
1 1/2 cawan air pandan
1/4 st garam
sedikit pewarna hijau

Bahan B :
1 helai daun pandan - diikat pendek
sedikit minyak masak

Bahan C :
gula pasir secukupnya

1.  Satukan semua bahan A dan dipukul dengan whisk sehingga adunan sebati.  Tapiskan.

2.  Sapukan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat itu.  Minyak itu jangan banyak sangat.  Panaskan acuan itu di atas api dapur gas sehingga minyak itu panas.  



3.  Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan itu.  



4.  Biarkan sekejap dan masukkan sedikit gula pasir di bahagian tengah kuih itu.  



5.  Lepas itu tutupkan atas acuan itu dengan tudung periuk dan biarkan sekejap hingga kuih masak.



Kuih ni lagi sedap makan masa masih hangat.  Terasa kegaringannya.



Tuesday, November 28, 2017

Nasi Goreng Udang Salai Sarawak



400 gm nasi sejuk
2 sb cili kisar
4 pokok sawi
100 gm kobis hiris
2 keping fish cake
1 biji cili hijau
1 pokok daun sadri
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
3 sb udang salai sarawak
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

1.  Udang salai itu direndam sekejap bagi lembut sebelum ditumbuk.  Fish cake dipotong nipis.  Cili hijau dan daun sadri dihiris.  


2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.  Masuk cili kisar dan fish cake.  Tumis lagi hingga garing.


3.  Masukkan pula sawi dan kobis hiris.  Bila sayur dah mula layu, masukkan nasi sejuk.  Gaul-gaulkan hingga rata.


4.  Akhir sekali masukkan garam.  Bila hidang taburkan cili hijau dan daun sadri.



Monday, November 27, 2017

Cucur Udang




Bahan A :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 sb tepung jagung
secubit baking powder
1 biji telur
1 cawan air suam
1/2 st yeast
1/2 st gula pasir
1/4 st serbuk kunyit
1/2 st garam

Bahan B :
10 ekor udang besar
sedikit daun kucai - potong 2" 
500 ml minyak untuk menggoreng

Bahan C untuk sos :
3/4 cawan cili kering kisar
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sb gula pasir
1 cawan air + 1 st asam jawa
garam secukup rasa


1.  Campurkan semua bahan A dan digaul hingga sebati.  Masukkan daun kucai.  Jangan risau sekiranya adunan itu agak cair.  Perapkan 1-2 jam ia akan mula memekat dan adunan akan kelihatan berbuih.



2.  Panaskan minyak dalam kuali.  Sambil itu rendamkan senduk yang akan digunakan untuk memasak cucur itu di dalam minyak panas itu hingga senduk itu benar-benar panas.



3.  Letakkan sedikit minyak di dalam senduk itu dan masukkan adunan.  Letakkan 1 atau 2 ekor udang di atas adunan itu.  Masukkan senduk itu separas minyak panas sehingga bahagian atas cucur itu mula masak sedikit.  Kemudian barulah ditenggelamkan senduk itu.  Biarkan sehingga cucur itu boleh dikeluarkan dari senduk itu.  Gorengkan hingga garing.



4.  Satukan semua bahan sos dan masak hingga mendidih.  Hidangkan bersama cucur udang yang telah dipotong-potong.





Saturday, November 25, 2017

Kuih Koleh Kacang

credit to Azie Kitchen



Bahan untuk tahi minyak :
1 cawan santan pekat 

Santan pekat dimasak hingga menjadi tahi minyak.  Kacau-kacau selalu supaya tak berkerak.  Bila dah naik tahi minyak itu, tapiskan.  Minyaknya ditinggalkan di dalam kuali. 



Bahan untuk sirap gula merah :
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga gula larut.  Tapiskan dan sejukkan.

Bahan untuk buat kuih :
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan santan cair
1/4 st garam

1.  Satukan semua bahan dan masukkan sirap gula merah.  Gaul hingga sebati.

2.  Kemudian masukkan adunan itu ke dalam kuali yang mengandungi lebihan minyak membuat tahi minyak tadi.  Masak dengan api perlahan hingga adunan menjadi likat, berkilat dan timbul gelembung-gelembung udara.



3.  Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu minyak masak.  Taburkan tahi minyak di atasnya dan biarkan ia sejuk.





  

Talam Gula Merah

credit to Azlina Lina



Bahan untuk sirap gula merah :
3/4 cawan gula merah
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

Masak semua bahan hingga gula larut.  Tapiskan dan sejukkan.

Bahan untuk lapisan bawah :
130 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
1 sb air kapur makan
air secukupnya

1.  Satukan semua bahan.  Masukkan sirap gula merah dan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi 1 liter.  Gaul hingga sebati dan tidak ada lagi tepung yang bergentel.  



2.  Sediakan loyang 8x8" ataupun 10x10".  Sapukan loyang dengan minyak masak supaya mudah dikeluarkan kuih nanti.  

3.  Kemudian tuangkan adunan gula merah itu ke dalam loyang dan masukkan dalam pengukus yang sedang mendidih airnya.  Kukuskan 20-30 minit.  



Bahan untuk lapisan atas :
3 cawan santan pekat
4 sb gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sb tepung ubi
1 st garam

1.  Satukan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan ditapis.  Sukatan penuh adunan mestilah menjadi 1 liter.  Tambah air jika perlu.  

2.  Cakar-cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu dan tuangkan adunan lapisan atas.  



3.  Kukus dalam 3 minit dan kacaukan adunan itu perlahan-lahan dengan belakang senduk.  Kukus lagi.  

Lepas itu dalam 3 minit kacau lagi dengan belakang senduk perlahan-lahan.  

Kemudian kukus lagi dalam 20 minit atau hingga kuih masak.  Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong.





Tuesday, November 21, 2017

Karipap Inti Daging



Inti Daging :
150 gm daging cincang
300 gm kentang
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sb rempah kari
1 sb cili kisar
2 tangkai daun kari
1/2 cawan air
1 sb asam jawa
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Kentang, bawang besar dan bawang putih didadu kecil.  Rempah kari dibancuh sedikit dengan air dijadikan pes.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.

3.  Masuk cili kisar dan tumis sekejap hingga garing.  Lepas itu masukkan pes rempah kari, bersama daun kari.  Tumis hingga garing.

4.  Masuk pula kentang dan air yang telah dibancuh dengan asam jawa.  Masak hingga kentang empuk dan inti lembab sedikit.  Tambah air jika kentang masih belum empuk.

5.  Akhir sekali masuk garam.  Ketepikan.



Bahan untuk doh :
2 cawan tepung gandum
2 sb marjerin - dicairkan
3/4 cawan air garam
500 ml minyak untuk menggoreng

1. Gaulkan tepung dengan marjerin cair. 

2.  Lepas itu masukkan air garam sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.  



3.  Canai nipis doh itu dan diterap dengan acuan bulat.  Besar mana itu ikut suka.  



4.  Letakkan inti daging dibahagian tengah dan dikelim seperti karipap biasa.  Kali ini saje-sajelah sepitkan di permukaan karipap itu ikut suka.


5.  Panaskan minyak dan gorengkan karipap itu hingga garing kekuningan.  Toskan.





Monday, November 20, 2017

Jus Tembikai



1 biji tembikai merah
gula batu secukupnya

Masukkan isi tembikai dan gula batu ke dalam blender.  
Kisarkan hingga halus dan tapis jusnya. 



Kuih Nona Manis



Bahan A :
1 biji telur 
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum

1.  Telur dipukul sedikit.
2.  Campur gula, santan dan tepung gandum.  Masuk telur dan pukul hingga sebati.


Bahan B :
1/2 cawan santan 
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
1/4 st garam
1 st pewarna hijau

1.  Satukan air pandan dan santan.
2.  Masuk gula, tepung jagung, garam dan pewarna hijau.  
3.  Masak hingga likat.  Kemudian masukkan adunan A.  Gaul hingga sebati.


Bahan C :
1 cawan santan pekat
1 sb tepung gandum
1/2 st garam

1.  Satukan semua bahan dan masak hingga pekat.


Untuk menyediakan kuih :
1.  Sapu acuan kuih lompang dengan sedikit minyak.
2.  Tuang adunan hijau 3/4 penuh acuan.  Kemudian tuangkan adunan C di bahagian tengah.  Kukus 10 minit.





Saturday, November 18, 2017

Pulut Panggang



Bahan untuk pulut :
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
garam secukup rasa
daun pisang secukupnya

Bahan untuk serunding :
1/2 biji kelapa putih
2 sb cili kisar
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sb udang kering - ditumbuk
1 st serbuk ketumbar
sedikit serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2 sb minyak untuk menumis
1 st gula pasir
garam secukup rasa

1.  Untuk sediakan pulut :  Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 4 jam ataupun semalaman.  Basuh dan toskan.  Masukkan beras, santan dan garam dalam loyang.  Santan mestilah separas beras pulut.  Lepas itu kukuskan pulut dalam pengukus yang sedang mendidih airnya.  Sesekali tu gaul-gaulkan beras pulut itu supaya santan bergaul rata dan sebati dan biarkan hingga pulut masak.  


2.  Untuk sediakan serunding :  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, gula pasir dan cili kisar hingga garing.  
Kemudian masukkan daun kunyit, daun limau purut dan kelapa.  Akhir sekali masuk garam.  Masak hingga kering sedikit tapi lembap.  Cuma jangan terlalu kering berderai.




3.  Untuk sediakan pulut panggang :  Potong daun pisang 6"x7".  Lap dan layurkan atas api supaya lembut.  Ambil 2 sb pulut dan ratakan atas daun pisang.  Lepas itu letakkan serunding kelapa di bahagian tengahnya.  Bungkuskan pulut itu membulat.  Lekatkan di hujung bungkusan pulut itu dengan stapler atau semat dengan lidi.
Akhir sekali susunkan pulut itu dalam oven dan panggang. 






Wednesday, November 15, 2017

Kuih Puteri Dua Sebilik




Bahan A:
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 sb gula pasir
1/4 cawan air
1 helai daun pandan

Campurkan gula merah, gula pasir dan air dalam periuk.  Masak hingga gula larut.  Lepas itu masukkan kelapa dan daun pandan.  Masak hingga kering tapi lembab-lembab sikit.  Sejukkan.

Bahan B:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
garam secukup rasa
2 jenis pewarna 

1.  Gaulkan tepung pulut, garam dan masukkan air sikit-sikit sambil diuli menjadi doh.  Bahagi doh kepada dua bahagian dan warnakan ikut warna yang disukai. 



2.  Bahagi setiap warna doh itu kepada 14 bahagian.  Setiap doh itu dimasukkan inti kelapa dan dibulatkan semula.  Ketepikan.

Bahan C:
1 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat
2 st garam
2 helai daun pandan
daun pisang secukupnya

1.  Masukkan tepung beras, santan dan garam dalam periuk.  Kacaukan hingga tepung larut dan tidak bergentel.  

2.  Lepas itu masak dengan api sederhana hingga adunan menjadi likat dan berkilat.  Semasa adunan itu hampir likat masukkan daun pandan.  Bila adunan dah nampak berkilat, tutup api. 

3.  Daun pisang dipotong 6"x7".  Lap dan layurkan atas api supaya lembut.  



4.  Ambil sehelai daun pisang dan letakkan 1sb adunan tepung beras yang dimasak tadi.  Lepas itu letakkan 2 biji bebola yang berisi inti kelapa tadi dan tutupkan di atasnya dengan 1 sb lagi adunan tepung beras tadi.  Kemudian lipatkan daun pisang itu.

5.  Susunkan bungkusan kuih itu ke dalam periuk kukus yang sedang mendidih airnya dan kukuskan hingga masak.  Sejukkan kuih itu.  





Friday, November 10, 2017

Onde-Onde Keledek Oren




500 gm keledek
3/4 cawan tepung pulut
1 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
1 liter air
garam secukupnya

1.  Keledek dikukus hingga empuk dan dilecek hingga halus.



2.  Gaulkan keledek lecek itu dengan tepung pulut dan sedikit garam.  Gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat.  Jangan guna terlalu banyak tepung pulut nanti kuih akan jadi terlalu kenyal.



3.  Bulat-bulatkan doh itu sebesar mana yang dikehendaki.  Leperkan sedikit bebola doh itu dan masukkan sedikit gula merah.  Boleh juga gunakan gula melaka tapi aku kurang minat sebab gula merah aku rasa lebih lemak rasanya.  Gula melaka sekarang banyak terkandung gula pasir.  

Bulatkan semula bebola itu.  Buat hingga habis.




4.  Didihkan air di dalam periuk dan masukkan bebola-bebola yang telah siap itu.  Biarkan sehingga bebola itu terapung di permukaan air itu.  Toskan sekejap dan golekkan di dalam kelapa parut yang telah dikukus dalam 5 minit dan digaul dengan sedikit garam.  

Maka siaplah onde-onde keledek yang lembut dan sedap.