Tuesday, November 28, 2017
Nasi Goreng Udang Salai Sarawak
400 gm nasi sejuk
2 sb cili kisar
4 pokok sawi
100 gm kobis hiris
2 keping fish cake
1 biji cili hijau
1 pokok daun sadri
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
3 sb udang salai sarawak
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1. Udang salai itu direndam sekejap bagi lembut sebelum ditumbuk. Fish cake dipotong nipis. Cili hijau dan daun sadri dihiris.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masuk cili kisar dan fish cake. Tumis lagi hingga garing.
3. Masukkan pula sawi dan kobis hiris. Bila sayur dah mula layu, masukkan nasi sejuk. Gaul-gaulkan hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan garam. Bila hidang taburkan cili hijau dan daun sadri.
Labels:
Nasi Goreng,
Seafood
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment