credit to Azie Kitchen
Bahan untuk tahi minyak :
1 cawan santan pekat
Santan pekat dimasak hingga menjadi tahi minyak. Kacau-kacau selalu supaya tak berkerak. Bila dah naik tahi minyak itu, tapiskan. Minyaknya ditinggalkan di dalam kuali.
Bahan untuk sirap gula merah :
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga gula larut. Tapiskan dan sejukkan.
Bahan untuk buat kuih :
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan santan cair
1/4 st garam
1. Satukan semua bahan dan masukkan sirap gula merah. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan adunan itu ke dalam kuali yang mengandungi lebihan minyak membuat tahi minyak tadi. Masak dengan api perlahan hingga adunan menjadi likat, berkilat dan timbul gelembung-gelembung udara.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu minyak masak. Taburkan tahi minyak di atasnya dan biarkan ia sejuk.

No comments:
Post a Comment