Tuesday, July 28, 2020

Crispy Tempe Stick



1 paket tempe
1 ulas bawang putih
2 sb serbuk ketumbar
2 cawan serbuk roti
1 biji telur
2 cawan minyak untuk menggoreng
sedikit air
garam secukup rasa

1.  Tempe dipotong memanjang dan lebar dalam 1/2".
2.  Bawang putih dan ketumbar ditumbuk.  Gaulkan dengan sedikit air.
3.  Lumurkan pada tempe tadi.  Biarkan dalam 10 minit.  
4.  Telur dipukul sedikit dengan garam dan tuangkan ke dalam tempe tadi.  Balikkan perlahan-lahan agar bersalut pada tempe itu.
5.  Ambil satu per satu tempe itu dan salutkan dengan serbuk roti.  
6.  Panaskan minyak dan goreng tempe itu hingga garing.





Serius cakap, tempe stick ni rasa macam nugget..😊😊



Friday, July 17, 2020

Pulut Kuning



1 kg beras pulut
1 cawan santan
1 sb serbuk kunyit
4 helai daun pandan
air secukupnya
sedikit garam

1.  Beras pulut direndam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam selama 4 jam atau semalaman.


2.  Toskan pulut dan masuk dalam loyang.  Kukuskan hingga pulut kembang.  Keluarkan pulut renjis dengan sedikit air, gaul-gaulkan dan kukus lagi.  Ulang step ini sekali lagi.  


Ini cara aku kukus pulut.  Ikutlah gaya masing-masing.


3.  Setelah itu keluarkan pulut itu dan gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan sedikit garam.  Biarkan seketika dalam 10 minit dan kukus lagi hingga lembut.  Boleh tambah lagi santan jika pulut masih keras dan kukus lagi.  Masa ni boleh tambah daun pandan bagi mendapatkan bau yang lebih harum.




Pulut kuning ini biasanya dihidang bersama rendang daging, timun, telur rebus dan telur dadar.  Apapun tepuk dada tanya selera.





Thursday, July 16, 2020

Rendang Daging Cili Padi



1 kg daging lembu
1 bungkus santan / 2 biji kelapa
1 keping asam-keping
5 keping daun limau purut
2 helai daun kunyit
2 sb kerisek
1 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
4 batang serai
2" lengkuas
2" halia
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cawan cili padi
2" kunyit hidup

1.  Daging dipotong-potong.  Daun kunyit dihiris.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3.  Masuk daging dan santan.  Masak hingga daging empuk dan pekat dan pecah minyak.  
4.  Masuk kerisek, asam-keping, daun limau, daun kunyit dan garam.

Jangan masak terlalu kering, biarlah ia agak basah dan berkuah sedikit.







Saturday, July 11, 2020

Ikan Merah Kukus Lada Szechuan




1 ekor ikan merah
6" carrot
1 biji bawang besar
1" halia
1" lengkuas
2 pokok daun sup
1 sb lada Szecuan
1 biji cili merah
5 biji cili padi
4 batang serai
1 cawan air
garam secukup rasa

1.  Ikan merah dibersihkan dan dikelar-kelar.  Carrot dipotong memanjang.
2.  Bawang besar, halia, lengkuas dan daun sup dihiris.  Cili merah dihiris.  Cili padi dan serai diketuk.
3.  2 batang serai diletak dalam bekas dan ikan diatasnya.  
4.  Masukkan air sebab kita nak berkuah.  Taburkan bahan-bahan lain di atas ikan.  
5.  Masukkan air secukupnya dalam kuali besar dan letak alas jaring didalamnya.  Kemudian barulah diletakkan bekas berisi ikan tadi dan tutupkan.  Kukus hingga masak.



lada szechuan






Gabungan Buah-buahan yang patut dielakkan


Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan pada setiap hari adalah sangat penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, Terdapat beberapa perkara yang kita tidak perlu bereksperimen dengan, seperti mencampurkan dua buah-buahan atau sayur-sayuran atau memakannya pada masa yang sama. Bukan sahaja tidak mencampurkan dua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menjadi tidak sihat, tetapi ia juga boleh membawa maut. Turun bawah kita ada senarai makanan yang anda tidak perlu mencampurkan:

Jangan Campurkan 7 Buah-buahan Ini. Boleh Menyebabkan Penyakit Serius

Pisang dan puding

Gabungan puding pisang adalah sukar untuk mencerna dan akan melambatkan fikiran anda. Ia juga akan merangsang pengeluaran toksin, yang boleh membawa maut untuk bayi.

Lobak merah dan oren

Jus lobak merah dan oren adalah kombinasi yang popular, namun ia harus diperhatikan bahawa ia boleh menyebabkan pedih ulu hati serta refluks hempedu yang berlebihan. Dalam sesetengah kes, ia juga telah dilaporkan menyebabkan kerosakan buah pinggang serta masalah-masalah lain yang mungkin boleh membawa maut.

Susu dan nenas

Nenas adalah kaya dengan bromelain itulah sebabnya ia harus tidak boleh dicampur dengan susu. Jika digabungkan, gabungan boleh menyebabkan sakit kepala, sakit perut, loya, jangkitan, cirit-birit dan isu-isu lain yang membuatkan ia amat merbahaya untuk bayi.

Lemon dan betik

Memakan campuran ini boleh menyebabkan anemia serta masalah dengan tahap tahap hemoglobin anda. Elakkan memakan campuran ini dan mengelakkan memberikan kepada anak-anak anda juga.

Pisang dan jambu batu

Mencampurkan dan memakan jambu batu dan pisang boleh menyebabkan acidosis dan gas, mengakibatkan rasa loya dan sakit kepala.

Susu dan oren

Jika anda salah satu dari orang-orang yang Tambah jus oren ke dalam bijirin, berhenti sekarang. Ia membuat perut anda tidak dapat memproses kanji daripada bijirin tersebut dan setelah ia mendapat bercampur-campur dengan susu, ianya sangat sukar untuk mencerna dan akan mengakibatkan isu-isu kesihatan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Jangan sekali-kali mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran bersama-sama. Buah-buahan yang kaya dengan gula dan ia adalah sukar untuk dihadam, membawa kepada mereka tinggal dalam perut anda untuk tempoh masa yang lebih lama. Mereka mula penapaian yang melepaskan toksin dan menyebabkan sakit kepala, jangkitan, cirit-birit dan sakit perut.

Anda hanya boleh mencampurkan buah-buahan dengan buah-buahan lain. Down di bawah adalah beberapa cadangan oleh Kumpulan:

Manis – berasa bebas untuk menggabungkan manis buah-buahan yang tidak mengandungi asid seperti pisang, epal, mempelam, cantaloupe dan tembikai.

Berasid – buah-buahan tersebut penuh dengan asid sitrik dan bolehla dibancuh dengan selamat. Beberapa contoh akan lemon, oren, blueberry, anggur, kiwi, dan limau gedang.

Separa berasid – buah-buahan ini adalah rendah dalam asid. Anda boleh mencampurkan buah-buahan ini dengan selamat. Beberapa contoh akan Raspberi, mangga, epal dan Strawberi.

Buah-buahan – Neutral – yang mengandungi lebih banyak vitamin, minyak, garam dan protein akan alpukat, badam, kacang tanah.


Monday, July 6, 2020

Sedikit Fakta Tentang Al Quran


1.  Diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.

2.  Mengandungi 6436 ayat, 114 surah, 30 juzuk dan 60 hizb.

3.  Nama-nama lain bagi Al Quran : Al Kitab, Al Furqan dan Adz Zikir.

4.  Ayat Makkiyah diturunkan di Madinah setelah Hijrah Rasulullah saw, meliputi 11/30 isi Al Quran dan terdiri dari 28 surah.

5.  Pertengahan Al Quran adalah pada surah Al Kafh ayat 19 pada lafaz "Walya Tallattaf".

6.  Surah yang terpanjang : Surah Al Baqarah (286 ayat).

7.  Surah yang terpendek : Surah Al Kauthar.

8.  Ayat yang terpanjang :  Surah Al Baqarah (ayat 282).

9.  Ummul Al Quran :  Surah Al Fatihah.

10.  Jantung Al Quran :  Surah Yasin.

11.  Surah yang tidak dimulai dengan Bismillahirahmanirrahim :  Surah At Taubah.

12.  Surah yang terdapat 2 Bismillah :  Surah An Naml.