Friday, November 25, 2011

Kek Sandwich




250 gm salted butter SCS
180 gm gula castor
220 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
1 st tepung naik sendiri
5 biji telur 
2 st esen vanila
1 sb gula icing untuk hiasan
jem secukupnya



1.  Tepung gandum, tepung jagung dan baking powder diayak bersama.  Ketepikan.

2.  Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.

3.  Masuk telur satu persatu sambil dipukul rata.

4.  Masuk pula esen vanila diikuti dengan tepung yang telah diayak tadi.  Gaulkan hingga sebati.



5.  Ambil 2 buah acuan kek bersaiz 7".  Gliskan dan tabur sedikit tepung.

6.  Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan masukkan adunan kek ke dalam acuan-acuan itu.  Bakar pada suhu 150C selama 30 minit.



7.  Bila kek telah masak, sapukan jem di atas sekeping kek dan
lapiskan sebiji lagi kek tadi di atasnya.  Taburkan di permukaan kek dengan gula icing.





Cara Mengupas Kulit Kacang Badam


Selama ni selalu beli badam yang dah siap dikupas kulitnya.  Rasa macam susah je nak kupas sebiji-sebiji.  


Rupa-rupanya mudah je nak kupas kulit badam.  Meh..kita buat sendiri.  Mula-mula rendam kacang badam yang berkulit tu dalam air panas lebih kurang 30 minit.

Lepas itu letak kacang badam tu antara dua hujung jari ibu dan jari tengah.  Picitkan kacang tu dan akan terlurut kulit kacang badam itu.  

Kemudian dikeringkan atau disangai kacang badam itu dan boleh disimpan untuk digunakan nanti.


Tauhu Pop Sumbat




12 biji tauhu pop
1/2 biji carrot
1/2 biji timun
10 gm tauge
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1/2 st air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa


1.  Carrot dan timun di parut atau dipotong halus memanjang. Tauge itu digaul dengan sedikit garam supaya isi dalamnya tidaklah rasa tawar sangat.


2.  Tauhu pop itu direndam sekejap dan diperah sedikit untuk menghilangkan bau minyaknya.  Kemudian dibelah sedikit pada satu bahagian cukup-cukup untuk sumbatkan sayur-sayur tadi.


3.  Tepung gandum dibancuh dengan air, air kapur, serbuk kunyit dan garam sehingga jadi beter yang agak pekat.



4.  Kemudian celupkan tauhu pop yang telah siap disumbatkan
dengan sayur-sayur tadi ke dalam beter tadi.  Selain itu boleh juga dicelupkan ke dalam telur yang telah dipukul sedikit.


5.  Panaskan minyak dan goreng terendam hingga garing.  Toskan.

6.  Makan dengan sos.


Yang ini dicelup ke dalam 2 biji telur yang dipukul sedikit 
dengan garam.
                         



Monday, November 21, 2011

Friday, November 18, 2011

Sambal Trasi




10 biji cili padi hijau 
5 ulas bawang merah
1 biji tomato
sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
2 sb minyak untuk menumis


1.  Kisar cili padi, bawang merah, tomato dan  belacan.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.



3.  Masuk air asam jawa dan garam.  Masak hingga pecah minyak. Tutup api.




Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kantan




2 ekor ikan cencaru
1 sb serbuk kunyit
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan kisar :
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
1 kuntum bunga kantan
garam secukup rasa



1.  Ikan cencaru dibersihkan tapi jangan dibuang kulitnya. Kemudian dibelah belakang antara tulang dan isi di kedua-dua
belah.  Lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.  Ketepikan.

2.  Sumbatkan bahan kisar tadi ke dalam ikan di bahagian yang dibelah tadi. 

4.  Gorengkan ikan itu hingga garing.



Kuih Ku

                                                            Kuih ni amat popular di Melaka.

Bahan untuk kulit :
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan santan pekat
gula pasir - ikut suka
garam
pewarna hijau, merah dan serbuk koko

1.  Gaulkan tepung pulut, santan (+ gula) dan garam hingga
     jadi doh.   Doh ni tak boleh lembik sebab kuih ni memang
     kenyal bila dah masak.
2.  Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warnakan.  Untuk
     yang warna koko, masuk sikit aje sebab ia akan pahit bila
     dah masak kalau banyak sangat koko.
3.  Buat bebola kecil, leperkan dan masukkan inti kacang hijau. 
     Bulatkan semula dan bentukkan ia agak lonjong.

Buat hingga habis.  Kemudian lumurkan setiap kuih dengan minyak masak sambil disepitkan di bahagian atasnya dengan penyepit kuih.
Selepas itu susunkan dalam loyang kukus dan kukus lebih kurang 25 minit.   

Bahan untuk inti :
2 cawan kacang hijau
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
garam

1.  Rebus kacang hijau hingga kembang.  Kacang tu tak perlu 
     sampai hancur sangat. 
2.  Masukkan gula pasir, garam dan masak lagi hingga kental
     seperti inti kuih rengas.   Sejukkan.

Tauhu Kukus Sos Tiram


3 keping tauhu
1 pokok daun bawang
2" halia - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sb udang kering
10 ekor ikan bilis
4 sb sos tiram
1 sb stok daging (tak de pun tak pe)
garam
secubit lada sulah
secubit gula

1.  Ikan bilis dan udang kering dibasuh.  Kemudian disangai dan
     ditumbuk.  Ketepikan.
2.  Tauhu dipotong 4 dan letakkan dalam mangkuk tahan panas
     dan kukus 15 minit.
3.  Sos tiram, stok daging, lada sulah dan gula digaul sebati dan
     curahkan atas tauhu yang dikukus tadi.
4.  Taburkan daun bawang dan kukus lagi 10 minit.
5.  Bila masak, taburkan ikan bilis dan udang kering tumbuk tadi.
6.  Halia dan bawang putih hiris tadi digoreng hingga naik bau
     dan ditaburkan atas tauhu tadi. 
     Masukkan juga sedikit minyak goreng tadi.

 

Thursday, November 17, 2011

Sambal Belacan Tomato


8 biji cili merah
5 biji cili padi hijau
2 biji tomato
2" belacan
2 biji limau kasturi
1/2 biji bawang besar - dihiris
garam secukup rasa



1.  Belacan digoreng tanpa minyak hingga naik bau sambil
dihancur-hancurkan.  Boleh juga belacan itu dibakar atas api. Kalau ada belacan bakar lagi senang.  

2.  Tumbuk cili merah, cili padi, belacan dan bawang.  Tak perlu halus sangat.  Lepas tu tumbukkan sekali tomato.  Tumbuk tomato tu kasar-kasar.  Kalau guna pengisar, tambahkan 1 biji tomato yang didadu pada sambal belacan yang telah siap. 

4.  Perahkan jus limau kasturi dan masuk garam.  Gaulkan.


SIAP....kalau nak masuk gula pun boleh  tapi aku tak masuk.




Sawi Putih Masak Lemak Putih



3 pokok sawi putih 
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan air
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb geragau kering atau udang kering
1 biji cili merah
garam secukup rasa

1.  Kelapa parut diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.


2.  Bawang merah, bawang putih dan geragau kering atau udang kering ditumbuk.  Cili merah dihiris.

3.  Masukkan santan cair, sawi dan bahan tumbuk ke dalam periuk.  Didihkan sambil dikacau.

4.  Masukkan pula santan pekat dan garam.  Kacau-kacau selalu sampai mendidih sekali lagi tapi jangan sampai pecah minyak.

5.  Taburkan cili merah hiris.
  
Kuah ini sedap dimakan dengan sambal belacan.



Kuih Ketayap



Kuih ni disebut kuih ketayap atau kuih dadar.  Bahan-bahan untuk buat kulitnya pula ada yang gunakan santan, ada yang gunakan air pandan atau air dengan pewarna hijau aje.  Kalau tak ada santan tu, gunakan air ajelah.  Santan pun pakai sikit aje, nanti membazir pulak kelapa parut tu kalau tak ada kegunaan yang lain.  

Bahan untuk kulit :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur (saiz kecil)
1 sb minyak
1 1/2 cawan santan
2 1/2 cawan air pandan (3 helai pandan)
1 st garam
sedikit pewarna hijau

1.  Kisarkan daun pandan bersama air dan tapis.

2.  Campurkan semua bahan untuk kulit ketayap.  Gaulkan dengan whisk hingga menjadi beter.  Telur kalau besar, guna separuh aje.


3.  Panaskan kuali dan sapukan dengan sedikit minyak. Kalau guna kuali non-stick, tak perlu gunakan minyak.


4.  Ambil sesenduk beter tadi dan masukkan dalam kuali.   Ratakan cepat-cepat dengan belakang senduk cara bulatan.


5.  Biarkan ia masak sekejap dan angkat.  Tak perlu dibalikkan.



6.  Letakkan inti kelapa di atasnya dan digulung.


Inti kelapa :
2 cawan kelapa parut
20 gm gula melaka/gula merah
1/4 cawan air
2 sb gula pasir
1 helai daun pandan
secubit garam

1.  Masuk air, gula merah dan gula pasir dalam periuk.
2.  Bila gula dah cair, masuk kelapa, garam dan daun pandan.
3.  Masak hingga kelapa lembab-lembab.  Angkat.






Sunday, November 13, 2011

Sejarah Penciptaan Kaabah

Terima kasih kepada http://syahirul.com/sejarah-penciptaan-kaabah/  atas info ini yang ku kongsikan di sini.


Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.
Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”
Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.
Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:
- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.
Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.
- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)
Pasti ramai yang masih belum lihat lagi pemandangan di dalam Kaabah secara live bukan? Di sini aku ingin berkongsi video di mana ia menunjukkan pemandangan dari dalam Kaabah. Subahanallah!

Ingin dengar mp3 pengalaman Ustaz Harun Din masuk ke dalam Kaabah? Sila muat turun di sini. Korang juga boleh lihat video keajaiban Mekah di sini.
Notakaki:
- Entri ini dah lama ingin aku kongsikan, namun belum sempat untuk ditulis.
- Rujukan dari buku agama serta Google digunakan dalam artikel ini.

Perkahwinan di Oakleaf Club (Poolside)

Pada 13/11/2011 telah berlangsungnya majlis perkahwinan anak En. Syed Ahmad di Oakleaf Club Berhad. 









Thursday, November 10, 2011

Kisah Pilu di Hari Raya



(Mula-mula aku nak minta maaf lah pada tuan punya kisah ni sebab aku paparkan kisahnya di sini.  Aku tak tahu siapa tapi aku ingin nak berkongsi kisah ini diblog aku ni).
_____________________________________________________

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.  Dia ni org johor…
Die ade awek name Julie.  Julie nih dok kt perlis..
Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..
Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i

Diorng da xthan nk jumpe sngat2…
Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..
Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..
Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..
Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..
Mayat julie selamat dikebumikan..

Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..
Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..
Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..
Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..
Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki…
Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..
Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di’reply’..
Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..

Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya…

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie..
Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..

Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok  dri dia..
Jimmy semakin tidak senang duduk..
Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..

Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar…
Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,
“kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??”
“Julie telah meninggal dunia” kata ibu Julie..
Jimmy semakin kehairanan..
Jimmy bertanya”bila mak cik??sbb apa??”
Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..
Jimmy agak terkejut.

Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis
Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye…
Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..
Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie…
Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..
Jimmy semakin hairan dan ketakutan…
Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..
Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,
“awk ngah wat pe??”

Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi
“xde wat papepon..awk da smpai ke??”
Jimmy semakin panic dan membalas “ibu bapa awk kata awk da MATI??”

Dan Julie pon balas “memng sy da meninggal..”
Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn “ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??”
Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg..
Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut..
Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga…
Kerana sms tersebut berbunyi.....




“DIGI ADA DIMANA-MANA”

Wednesday, November 9, 2011

Kerabu Kacang Botol dan Tauge




10 biji kacang botol
1 cawan tauge 
1/2 cawan kelapa parut putih
2 biji limau kasturi/limau nipis
1 sb bawang goreng
garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk :
3 ulas bawang merah
2 biji cili merah
2 sb udang kering

1.  Kacang botol dihiris nipis.  Tauge pula disiram dengan air panas sahaja supaya tidak hilang kerangupannya.  Kelapa parut disangai sekejap tapi jangan sampai terlalu kering.


2.  Bawang merah, cili merah dan udang kering disangai sampai layu.  Lepas tu tumbuk sampai halus.

3.  Satukan bahan tumbuk, kacang botol, tauge, kelapa.  Gaul rata.



4.  Perahkan jus limau kasturi/limau nipis dan masukkan garam, gula dan bawang goreng.  Gaul rata.

Lain kali kalau ada serunding kelapa yang berlebihan janganlah dibuang.  Boleh juga dijadikan kerabu.