Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Tuesday, December 15, 2020

Jeruk Betik



1 biji (600gm) betik mengkal
1/2 cawan cuka
1/2 cawan gula pasir
air masak yang telah disejukkan
1 st garam
beberapa biji asam boi

1.  Betik dipotong empat, dibuang kulit dan bijinya.  Lepas itu  potongkan betik itu lebih kurang 2" tebal.  

2.  Kemudian potong nipis pada setiap potongan betik itu tapi pastikan potongan itu tidak putus.  Kalau dah terputus tu biar ajelah.  Masih boleh dibuat jeruk.  Cuci bersih betik itu dan toskan.


3.  Masukkan betik-betik itu ke dalam balang.  Tuang cuka dan air masak separuh dari paras betik itu.  

4.  Masukkan gula serta asam boi.  Kalau nak rasa pedas, letaklah 3 biji cili padi.  Tutup kedap balang itu dan simpan dalam peti ais 2-3 hari sebelum boleh dimakan.






Friday, October 30, 2020

Rice Bubble Choco Jar




250 gm rice bubble
300 gm dark chocolate
5 sb butter

1.  Rice bubble disangai sekejap atas api kecil supaya rangup.
2.  Dark chocolate dipotong kecil dan dimasukkan ke dalam periuk.  Dicairkan menggunakan kaedah double-boiler.
3.  Bila chocolate dah cair, masukkan butter sambil dikacau hingga larut.
4.  Masukkan rice bubble tadi dalam bekas kecil dan tuangkan chocolate cair tadi dan ditutup.

Bila nak dimakan, gaulkan rata chocolate dengan rice bubble itu.  Di sini aku saja gunakan sedikit chocolate putih yang telah dicairkan dan dicampur sedikit pewarna unggu. 









Thursday, February 6, 2020

Agar-Agar Lumut Gula Merah




10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula merah
4 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur - dipukul sedikit
2 helai daun pandan
1/4 st garam

1.  Masuk serbuk agar-agar, gula merah, air dan daun pandan dalam periuk.  Masak hingga gula larut. 



2.  Masuk garam, santan dan telur.  Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.  Masak hingga agar-agar itu berketul-ketul.  Tutup api.



3.  Guna loyang saiz 7" dan basahkan dengan air.  Tuangkan adunan itu ke dalam loyang.  



4.  Biarkan agar-agar itu sejuk.  Kemudian masukkan dalam peti ais supaya lebih sejuk.





Sunday, January 26, 2020

Puding Oreo




10 gm serbuk agar-agar
750 ml air
150 gm gula pasir
1 bungkus biskut Oreo
400 ml susu cair
3 sb serbuk koko

1.  4 keping biskut oreo dikisar hingga halus.  Tekan-tekankan serbuk biskut di dasar acuan.  Ketepikan.


2.  Masukkan serbuk agar-agar, air dan gula pasir dalam periuk.  Masak hingga semuanya larut.  

3.  Kemudian masukkan susu cair.  Masak lagi hingga mendidih.  Keluarkan kira-kira 2 cawan untuk dicampurkan dengan serbuk koko.  

4.  Adunan putih itu dicampurkan dengan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan.  


5.  Tuangkan adunan itu ke dalam acuan tadi.  Biar ia keras sedikit baru dituankan adunan koko.  Jika adunan putih itu terlebih keras, cakarkan dengan garfu di permukaannya supaya adunan koko itu melekat.





Wednesday, September 4, 2019

Tuesday, April 10, 2018

Agar-agar Lumut Laut Biru




20 gm agar-agar tali
1 3/4 cawan gula pasir
8 cawan air
2 cawan santan pekat
3 biji telur
1 st garam
6 helai daun pandan

1.  Masak agar-agar, gula pasir, air dan daun pandan hingga larut.  
2.  Masuk santan diikuti dengan telur yang telah dipukul sedikit.
3.  Masuk garam dan pewarna biru sambil dikacau perlahan.  Biar ia mendidih dan nampak berketul-ketul.  
4.  Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dibasahkan sedikit.  Biar agar-agar itu mengeras dan sejukkan dalam peti sejuk.




Tuesday, February 27, 2018

Canapes


Timun jepun
Inti sandwich tuna
Baby tomato
Daun bawang



Roti putih
Inti sandwich tuna
Tomato didadu kecil
Daun bawang
Butter




Wednesday, January 18, 2017

Puding Karamel Kasih Sejati





Bahan A :
1/3 cawan gula pasir
1 st esen vanila

Bahan B :
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
400 ml susu cair
3 sb tepung kastad


















1.  1/3 cawan gula pasir itu dimasukkan dalam kuali dan dimasak 
hingga cair menjadi gula hangus.  Kalau nak gelap sikit warnanya, masak lama sikit tapi jangan sampai hangus.  Nanti pahit pulak rasanya.  Lepas itu tuangkan ke dalam acuan.  Ketepikan.



2.  Satukan semua Bahan B dan kacaukan sehingga semua bergaul rata tidak ada berketul-ketul.  Lepas itu masak dengan api perlahan hingga mendidih.  Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau hingga sebati.



3.  Tuangkan adunan itu ke dalam acuan yang telah diisi dengan karamel tadi.  Sejukkan.




Tuesday, November 22, 2016

Putu Mayam express




100 gm beehoon
1 liter air
1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
1 cawan gula merah

1.  Rendam beehoon sehingga lembut.  Bilaskan dengan air bersih dan toskan.  

2.  Kemudian masukkan beehoon itu dalam penapis dan letakkan penapis itu di atas periuk yang berisi air mendidih.  Tutupkan dan kukus.  Kalau kuantiti beehoon itu banyak, bolehlah gunakan periuk kukus.  




3.  Kukus sehingga beehoon itu lembut.   Lepas itu pusarkan beehoon itu dengan garfu.  




4.  Putu mayam ni dimakan bersama kelapa parut putih dan gula melaka.




Thursday, November 10, 2016

Kek Cracker Cheese


100 gm cream cheese
3/4 cawan ricotta cheese
1/3 cawan susu pekat
1/3 cawan susu cair
27 keping biskut lemak/cracker
sedikit quaker oat/nestum

1.  Cream cheese, ricotta cheese dan susu dipukul hingga sebati.  Jika tidak menggunakan ricotta cheese, gunakan cream cheese 200gm sahaja.



2.  Susun biskut dalam bekas yang telah dilapik plastik supaya senang dikeluarkan dari acuan.

3.  Ratakan cheese atas biskut dan tabur oat ataupun nestum.

4.  Ulang lagi lapisan tadi hingga habis. 

5.  Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.





Wednesday, February 24, 2016

Agar-Agar Kopi dan Santan



Selalunya akan digunakan serbuk kopi segera/nescafe bila dibuat agar-agar atau apa saja kuih.  Kali ini mari kita cuba menggunakan serbuk kopi tempatan (hitam)....yang ini digunakan serbuk kopi hang tuah aje.  


1 sb serbuk agar-agar
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 sb serbuk kopi + 1/4 cawan air panas
1/4 cawan santan

1.  Masukkan serbuk agar-agar dan air ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih.

2.  Bahagian agar-agar itu kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dicampurkan dengan kopi dan satu bahagian lagi dicampurkan santan.

3.  Masukkan 1/4 cawan adunan kopi ke dalam acuan.  Sejukkan dan biar ia keras.  Lepas itu lapiskan 1/4 cawan adunan santan di atas lapisan agar-agar kopi itu.  Biarkan ia keras dan lakukan lapisan seterusnya berselang-seli.  Sejukkan dalam peti ais.





Tuesday, February 16, 2016

Agar-Agar Pandan & Santan




Bahan A :
1 st serbuk agar-agar
5 helai daun pandan - jadikan 1/2 cawan jus pandan
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Bahan B : 
1 st serbuk agar-agar
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/4 st garam


1.  Untuk buat jus pandan itu, gunakan 5 helai daun pandan dan dikisar dengan 1/2 cawan air.  Lepas itu tapis hampasnya atau diperah menggunakan kain muslin.

2.  Masak Bahan A dan Bahan B berasingan sehingga mendidih dan gula larut.

3.  Tuang agar-agar pandan (Bahan A) ke dalam acuan dan biarkan ia keras sedikit.

4.  Lepas itu tuangkan diatasnya dengan agar-agar santan (Bahan B).  Sejukkan dalam fridge dan biarkan ia keras.


Saturday, February 6, 2016

Keledek Di Lautan Kasih




100 gm keledek oren
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 ketul halia - dititik
1 helai daun pandan

1.  Keledek dipotong dadu.

2.  Masuk air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.  Masak hingga gula larut.

3.  Masuk keledek dan halia.  Masak lagi hingga keledek empuk.


boleh dihidang sejuk atau panas.



Sunday, November 15, 2015

Cucur Manis Kembong




2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air mendidih
3 sb gula pasir/susu pekat
garam secukup rasa

1.  Gaulkan semua bahan hingga sebati.  Adunan ini kental supaya boleh dibulatkan tapi melekit.  

Gunakan air panas yang sedang mendidih ye.  Jangan gunakan air panas dari water filter.  Aku dah beberapa kali buat guna air panas dari filter, hasilnya memang cantik bulatnya tapi bahagian dalamnya keras.


2.  Basahkan tangan dengan sedikit air, kemudian jemputkan sedikit adunan itu dijadikan bebola.  Buat hingga habis.


3.  Panaskan minyak.  Gorengkan bebola cucur itu.  Cucur itu akan kembong membulat sejurus dimasukkan ke dalam minyak panas. Gorenglah hingga garing.



Saturday, August 15, 2015

Puding Sagu Gula Melaka Berlaici




Bahan untuk puding :
1 cawan biji sagu mata ikan 
800 ml air
1/4 cawan gula
1 helai daun pandan
sedikit pewarna merah
secubit garam

1.  Biji sagu ni boleh digunakan apa saje warna yang disukai.  Kalau tak ada yang berwarna, masukkan pewarna kesukaan semasa memasaknya.  Rendam biji sagu dalam 1/2 jam.  Toskan dan masukkan dalam periuk bersama air, gula, garam dan daun pandan. 

2.  Masak hingga biji sagu menjadi jernih, berkilat dan likat. Masukkan dalam acuan dan sejukkan.



Bahan untuk sos :
1 biji kelapa parut putih 
1 cawan air
secubit garam
1 helai daun pandan
1/4 cawan sirap laici

1.  Kelapa parut diperah dengan 1 cawan air itu.  

2.  Masukkan santan, garam dan daun pandan dalam periuk dan masak atas api sekejap.  Jangan sampai mendidih, nanti pecah minyak.  

3.  Kemudian tutup api dan masukkan sirap laici.

Bahan untuk sirap gula melaka :
100 gm gula melaka
1 sb gula pasir
1/4 cawan air
1 helai daun pandan

Masuk semua bahan dalam periuk dan masak hingga gula larut dan pekat.  Kemudian tapiskan air gula itu.  

Jika hendak warna air gula yang lebih gelap, gunakanlah gula merah.


Cara menghidang :
Letakkan puding di dalam mangkuk.  Letak 1 atau 2 biji buah laici. Tuangkan santan dan sirap gula melaka.