10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula merah
4 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur - dipukul sedikit
2 helai daun pandan
1/4 st garam
1. Masuk serbuk agar-agar, gula merah, air dan daun pandan dalam periuk. Masak hingga gula larut.
2. Masuk garam, santan dan telur. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih. Masak hingga agar-agar itu berketul-ketul. Tutup api.
3. Guna loyang saiz 7" dan basahkan dengan air. Tuangkan adunan itu ke dalam loyang.
4. Biarkan agar-agar itu sejuk. Kemudian masukkan dalam peti ais supaya lebih sejuk.
No comments:
Post a Comment