Dah lama tak makan kerepek ini. Suatu masa dulu, arwah mak aku selalu buat kerepek ini.
400 gm ubi kayu
500 ml minyak untuk menggoreng
air dan garam secukupnya
1. Ubi kayu dikupas kulit dan dibasuh bersih. Dipotong lebih kurang 4" panjang ruasnya.
2. Masukkan ubi kayu, air dan garam dalam periuk. Rebus ubi kayu hingga empuk tapi jangan terlalu lembut. Toskan dan sejukkan.
3. Hiris nipis ubi kayu yang telah direbus itu. Jemur ubi kayu itu dibawah panas matahari hingga kering.
Macam rumah aku yang ada balkoni kecil tentulah sukar nak jemur. Hari pertama aje jemur di balkoni. Hari selanjutnya aku keringkan ubi kayu hiris itu di bawah kipas. Ia memakan 2-3 hari juga untuk kering.
4. Panaskan minyak dan gorengkan ubi kayu kering itu hingga kekuningan. Jangan goreng lama sangat. Api pun tidak boleh kuat sangat sebab kerepek ini mudah jadi hitam.
Selepas goreng, toskan dan simpan dalam bekas kedap udara. Dulu-dulu arwah mak aku setelah siap semuanya digoreng, dia akan sirakan ubi kayu itu dengan gula pasir atau gula merah yang telah dicairkan dalam kuali.
Aku lebih suka makan begitu sahaja. Selain rasa rangup, ia rasa lemak-lemak juga.
No comments:
Post a Comment