Saturday, April 14, 2018

Sengsara Kehidupan Antara Pilihan dan Ujian


Masak Lemak Pucuk Ubi Keriting




200 gm pucuk ubi keriting
1 biji kelapa
2 1/2 cawan air untuk perah santan
2 batang serai
air secukupnya untuk celur pucuk ubi
garam secukup rasa

Bahan kisar :
7 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb udang kering
1 st serbuk kunyit



1.  Pucuk ubi keriting dipetik daun-daunnya.  Didihkan air dalam periuk dan celur pucuk ubi itu hingga lembut.  Lepas itu toskan.



2.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.  Serai dititik.

3.  Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama santan cair.  Didihkan.



4.  Kemudian masukkan pucuk ubi yang telah dicelur tadi dan dimasukkan juga santan pekat bersama serai.  Gunakan api perlahan dan biarkan ia mendidih sekali lagi sambil dikacau selalu supaya tidak pecah minyak atau kuah akan menjadi cair semula. 

5.  Akhir sekali masuk garam.




Friday, April 13, 2018

Keterlaluan


Hari ini wanita itu merasa gembira sangat bila insan kesayangan bagitahu yang dia akan balik pukul 6pm.  Wanita itu mulalah merancang untuk masak hari ni sebab sudah terlalu lama mereka tidak makan bersama di rumah. 

Wanita itu rasa bagai dapat satu hadiah yang besar dapat merasa suasana makan malam terhidang di atas meja bersama insan kesayangan lepas balik dari kerja.  Sudah bertahun-tahun rutin ini ditinggalkan dek insan kesayangan itu lebih banyak meluangkan masa dengan orang lain.  Selama ini wanita itu selalu makan seorang aje.  Lagipun sepanjang wanita itu cuti seminggu ni insan kesayangan belum sekali pun balik awal untuk makan malam bersama.

Petang itu wanita itu sibuk menyediakan makanan.  Insan kesayangan pulak kata nak bawa adiknya datang sekali makan malam.  Apalagi wanita itu memang sukalah ada tetamu untuk menjamu selera sekali.  Wanita itu pun sibuklah menambah lauk apa yang patut.  Wanita itu goreng ikan, buat telur dadar, sambal belacan, kerabu pegaga, masak lemak pucuk ubi keriting. 

Pukul 6pm wanita itu pun mulalah mengatur hidangan.  Tak lama lepas itu wanita itu terima message dari insan kesayangan.  Insan kesayangan beritahu pukul 6pm dia nak keluar minum dengan HR dia.  Terpana wanita itu seketika.  Wanita itu kecewa sangat.  Dah lah semalam insan kesayangan berjanji untuk balik awal tapi akhirnya dia balik lewat juga sebab dia melepak dengan kawan-kawannya.

Wanita itu dah berkira-kira insan kesayangan akan habis melepak pun dalam sekitar pukul 7pm.  Tiba rumah pun mesti lebih kurang pukul 8-8.30pm.  Nanti insan kesayangan akan berkata dia tak nak makan malam dan bla bla bla. 

Waktu itu kekecewaan wanita itu hanya Allah sahaja yang tahu.  Dilihat pada makanan yang telah disediakan.  Kuantiti nasi yang telah ditambah.  Semuanya bagaikan sia-sia.  Wanita itu dapat merasakan insan kesayangan bagaikan sengaja menjarakkan diri dari wanita itu.  Segala permintaan dan ajakkan kawan-kawannya semuanya diturutkan tapi permintaan dan ajakkan wanita itu selalu diperlekehkan.  Wanita itu merasa bagai disisihkan secara perlahan-lahan...suka hati ditemani, suka hati disisih.