Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, June 26, 2022

Apa Kaitan Full Moon Dengan Kesihatan Kita

 Apa kaitan FULL MOON & kesihatan kita yg mudah goyah & kita mengidam makanan mcm² terutama yg manis²??


Utk pengetahuan anda, Parasit dlm bdn kita akan aktif 'bekerja' & membiak pd sekitar full moon ni. 🦠🦠


Ini kerana ritma Cicardian kita dipengaruhi oleh kitaran bulan purnama/full moon yg menjadikan bdn kita menghasilkan lebih banyak serotonin & kurang melatonin. Melatonin ini membantu kita utk tidur & ia juga penting utk imuniti bdn kita.


Oleh sbb full moon ini & kurang penghasilan melatonin, ia adlh salah 1 faktor knp tidur kita terganggu & kita mudah jatuh sakit pd fasa ini. 


Parasit ini amat menggemari serotonin krn serotonin merangsang otot mrk & membolehkan mrk bergerak dgn lebih bebas di dlm bdn kita. Serotonin juga membantu mrk membiak & menjadikan mrk lebih kuat & ini menyebabkan mrk kelaparan! Sbb itu kita mengidam segala makanan² yg bukan².


Parasit ini juga menggunakan serotonin utk berkomunikasi antara satu sama lain & membuat biofilm di dlm badan kita hinggakan mrk dpt menghalang sistem imun kita untuk menyingkirkannya. Sbb itu kita mudah jatuh sakit.


Dan oleh sbb itu pd fasa ini kita digalakkan utk bantu mantapkan sistem imun kita. Paling mudah, up kan Vit C intake & ambil beberapa supplement lain. Selain dr itu, utk umat Islam digalakkan berpuasa pd hari putih. Ini juga salah 1 cara membanteras aktiviti kecacingan ini. 


Sekiranya kita mengalami jangkitan parasit yg berat, kita mungkin merasa tdk sihat sekitar minggu full moon ini. Ambil langkah berjaga² utk tempoh seminggu sebelum & seminggu selepas full moon ini dgn jaga pemakanan, support immune system kita dll.


Sekiranya kita merasa sgt tertekan, cemas, craving gula, tdk dpt tidur, mudah rasa kesakitan pd bdn, cirit-birit, sembelit atau lemah lesu, ini mungkin disebabkan oleh tahap aktiviti parasit yang tinggi dlm bdn anda. Oh No!! 👻


Antara gejala parasit adlh; kembung, keletihan, gejala seperti selesema, fungsi imun yang rendah (sering sakit atau alergi), rasa lapar ygg berlebihan, sembelit, cirit-birit, gatal-gatal, mudah marah, ruam, gangguan tidur, perubahan berat badan, sakit sendi, sakit kepala.i


Take care semua!! Jaga diri. ❤

#FullMoonVSImmunity

Saturday, July 11, 2020

Gabungan Buah-buahan yang patut dielakkan


Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan pada setiap hari adalah sangat penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, Terdapat beberapa perkara yang kita tidak perlu bereksperimen dengan, seperti mencampurkan dua buah-buahan atau sayur-sayuran atau memakannya pada masa yang sama. Bukan sahaja tidak mencampurkan dua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menjadi tidak sihat, tetapi ia juga boleh membawa maut. Turun bawah kita ada senarai makanan yang anda tidak perlu mencampurkan:

Jangan Campurkan 7 Buah-buahan Ini. Boleh Menyebabkan Penyakit Serius

Pisang dan puding

Gabungan puding pisang adalah sukar untuk mencerna dan akan melambatkan fikiran anda. Ia juga akan merangsang pengeluaran toksin, yang boleh membawa maut untuk bayi.

Lobak merah dan oren

Jus lobak merah dan oren adalah kombinasi yang popular, namun ia harus diperhatikan bahawa ia boleh menyebabkan pedih ulu hati serta refluks hempedu yang berlebihan. Dalam sesetengah kes, ia juga telah dilaporkan menyebabkan kerosakan buah pinggang serta masalah-masalah lain yang mungkin boleh membawa maut.

Susu dan nenas

Nenas adalah kaya dengan bromelain itulah sebabnya ia harus tidak boleh dicampur dengan susu. Jika digabungkan, gabungan boleh menyebabkan sakit kepala, sakit perut, loya, jangkitan, cirit-birit dan isu-isu lain yang membuatkan ia amat merbahaya untuk bayi.

Lemon dan betik

Memakan campuran ini boleh menyebabkan anemia serta masalah dengan tahap tahap hemoglobin anda. Elakkan memakan campuran ini dan mengelakkan memberikan kepada anak-anak anda juga.

Pisang dan jambu batu

Mencampurkan dan memakan jambu batu dan pisang boleh menyebabkan acidosis dan gas, mengakibatkan rasa loya dan sakit kepala.

Susu dan oren

Jika anda salah satu dari orang-orang yang Tambah jus oren ke dalam bijirin, berhenti sekarang. Ia membuat perut anda tidak dapat memproses kanji daripada bijirin tersebut dan setelah ia mendapat bercampur-campur dengan susu, ianya sangat sukar untuk mencerna dan akan mengakibatkan isu-isu kesihatan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Jangan sekali-kali mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran bersama-sama. Buah-buahan yang kaya dengan gula dan ia adalah sukar untuk dihadam, membawa kepada mereka tinggal dalam perut anda untuk tempoh masa yang lebih lama. Mereka mula penapaian yang melepaskan toksin dan menyebabkan sakit kepala, jangkitan, cirit-birit dan sakit perut.

Anda hanya boleh mencampurkan buah-buahan dengan buah-buahan lain. Down di bawah adalah beberapa cadangan oleh Kumpulan:

Manis – berasa bebas untuk menggabungkan manis buah-buahan yang tidak mengandungi asid seperti pisang, epal, mempelam, cantaloupe dan tembikai.

Berasid – buah-buahan tersebut penuh dengan asid sitrik dan bolehla dibancuh dengan selamat. Beberapa contoh akan lemon, oren, blueberry, anggur, kiwi, dan limau gedang.

Separa berasid – buah-buahan ini adalah rendah dalam asid. Anda boleh mencampurkan buah-buahan ini dengan selamat. Beberapa contoh akan Raspberi, mangga, epal dan Strawberi.

Buah-buahan – Neutral – yang mengandungi lebih banyak vitamin, minyak, garam dan protein akan alpukat, badam, kacang tanah.


Saturday, November 30, 2019

Jangan Lupa Uruskan 3 Perkara Wajib Ini Selepas Selesai Urusan Jual Beli Rumah Sub-Sale

copy-paste : salkukhairi

Selepas selesai urusan jual beli sesebuah rumah subsale, ramai pembeli, khususnya pembeli yang baru kali pertama beli rumah, kadang-kadang terlupa dan terlepas pandang untuk membuat PERTUKARAN NAMA PADA 3 PERKARA berikut:

1⃣ BIL UTILITI

Ramai pembeli yang lupa untuk membuat pertukaran nama pada rekod bil utiliti seperti bil elektrik, air dan indah water.

Sepatutnya, selepas selesai urusan jual beli, pembeli perlu pergi ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA dan IWK untuk membuat pertukaran rekod akaun perkhidmatan utiliti untuk rumah yang anda baru beli. Ini kerana dalam rekod pejabat pembekal utiliti, ianya masih lagi atas nama pemilik asal.

Ada dua cara anda boleh lakukan untuk membuat pertukaran rekod akaun tersebut:

▪ Anda buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut di mana anda perlu membuat bayaran deposit pembukaan akaun baru. Jumlah deposit yang perlu dijelaskan adalah mengikut jenis rumah. Selepas akaun baru dibuka, pemilik asal perlu membuat pembatalan akaun lama dan sebelum itu sekiranya terdapat tunggakan bil utiliti, pemilik asal hendaklah terlebih dahulu menjelaskan segala bayaran tunggakan tersebut. Selepas itu deposit untuk akaun asal tersebut akan dikembalikan kepada pemilik asal oleh syarikat pembekal perkhidmatan utiliti.

▪ Anda boleh memohon untuk kekalkan akaun lama bil utiliti tersebut, tetapi hanya buat pertukaran pada nama pemilik sahaja. Cuma dalam kes sedemikian, anda perlu refund bayaran deposit pembukaan akaun bil utiliti tersebut terus kepada pemilik asal kerana deposit pembukaan akaun tidak akan dikembalikan oleh syarikat pembekal perkhidmatan memandangkan akaun tersebut masih aktif.

2⃣ CUKAI PINTU

Ramai yang terlepas pandang untuk buat permohonan pertukaran rekod cukai pintu.

Sebagai pemilik baru anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk membuat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.

Apa yang patut anda lakukan adalah anda perlu mengisi borang yang disediakan dan sertakan dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP, salinan geran yang telah dipindahmilikkan kepada nama anda dan salinan bil cukai pintu terkini dan anda perlu membuat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.

Kemudian barulah nama anda akan dimasukkan sebagai pemilik baru dalam rekod cukai pintu.

3⃣ BIL MAINTENANCE DAN SERVIS CAJ (SEKIRANYA RUMAH STRATA)

Perkara ini pun ramai pembeli yang terlepas pandang. Pembeli perlu memaklumkan kan kepada bahagian maintenance /JMB akan pemilik baru unit tersebut. Ini untuk membolehkan pihak pengurusan bangunan update rekod pemilik baru unit tersebut dan bil maintanecne dan servis caj akan diserahkan kepada pemilik baru.

‼ Cuma masih ramai yang keliru tentang siapakah sebenarnya yang perlu bertanggungjawab membuat segala urusan pertukaran tersebut. Adakah penjual, pembeli atau peguam?

📌 Tanggungjawab tersebut sebenarnya terletak kepada PEMBELI. Walau bagaimanapun ada sesetengah peguam menawarkan perkhidmatan tersebut bersekali dengan urusan jual beli. Namun, perkara tersebut bukanlah satu kewajipan kepada peguam.

📌 Jadi lebih baik anda sahkan dengan peguam anda sama ada mereka yang akan uruskan urusan pertukaran nama tersebut atau anda perlu lakukannya sendiri.

📌 Sekiranya peguam yang lakukan , biasanya mereka akan kenakan yuran guaman kepada anda untuk perkhidmatan tersebut. Jadi jika anda ingin jimat kos guaman, adalah disarankan anda lakukan sendiri urusan pertukaran tersebut, kerana ianya bukanlah sesuatu yang sukarpun untuk dilakukan. Cuma perlukan sedikit masa untuk menguruskannya.

📌 Jika tidak, ianya akan memberi kesan kepada pemilik asal di mana segala bil perkhidmatan di atas akan diserahkan kepada pemilik asal dan masih atas nama pemilik asal. Kesannya, sekiranya ada tunggakan bil, pemilik asal yang akan dituntut oleh pihak-pihak di atas.

📌 Jadi penting juga bagi pemilik asal untuk follow up dan sahkan dengan pembeli selepas urusan jual beli selesai sama anda pertukaran nama tersebut telah dibuat atau sebaliknya. Jangan bila sudah dapat wang jualan rumah, anda lepas tangan sepenuhnya. Apa-apa jadi kelak, anda juga yang akan dipertanggungjawabkan.

Moga tulisan ini dapat memberi peringatan kepada anda untuk menyelesaikan urusan pertukaran nama tersebut dengan segera sebaik sahaja urusan jual beli selesai.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)

Wednesday, September 16, 2015

Tip Untuk Membuat Roux (RU) dan White Sauce

sumber : Mamak Haji


1.Roux (Ru) ia lah tepung gandum dan lemak dimasak sekali untuk gunakan sebagai pemekat sos. Lemak dalam masakan Perancis bermakna "butter". Tetapi dalam masakan lain mungkin mereka gemar gunakan lemak khinzir (lard) atau pun minyak sayuran seperti majerine atau pun minyak masak kerana kalau gunakan "butter", butter itu kena clarified dulu.


2. Roux digunakan sebagai pemekat sos pada 3 jenis ibu sos masakan Perancis, yang perlukan roux ini, Bechamel sauce, veloute sauce dan espagnole sauce.

3. kadar untuk tepung gandum (serba guna) dan Butter ialah dalam nisbah 1 : 1 ..kalau butter 2 sudu besar dan tepung pun 2 sudu besar juga.

4. Roux ini biasanya dibuat tiga warna Light Roux (ru ringan seperti putih, blond roux (ru perang) dan Roux berwarna itam.

5. Jumlah sukatan stok ayam atau stok tulang lembu untuk dijadikan kecairan sos biasanya 4X dari sukatan kiraan jumlah butter dan tepung. Contohnya: Kita gunkan 2 sudu besar Butter dan 2 sudu besar Tepung (2+2) X 4 = 16 sudu besar (1 cawan) air stok (rebusan tulan ayam atau lembu). Faham yea.

6. Biasanya "butter tulin" tidak boleh digunakan dalam masak tepung ini, kerana butter cepat bakar bila dikenakan haba tinggi atau terlalu lama masak kerana pepejal susu yang terdapat dalam butter itu akan hangus cepat. Oleh kerana sebab ini, butter yang digunakan biasanya di clarify dulu untuk mengekalkan haruman butter dalam pembikinan sos ini. Minyak sapi ada lah butter clarify tetapi bau minyak sapi yan kita beli itu biasanya bagi mamak haji tak berikan aroma sebenar butter..mamak haji tak tahu kenapa?.

7. Butter clarified ini kita boleh sediakan dengan panaskan butter tanpa garam dalam kuali dengan api dapur rendah low (atau cara renehan / simmering). Bila butter ini cair ia akan hasilkan bueh dipermukaan. Kelurkan bueh-bueh dengan senduk. Tapi jangan buang bueh ini, boleh digunakan dalam masakan lain seperti buat roti. Semakin lama butter ini dipanaskan, semakin banyak bueh terhasil dan kita boleh dengar bunyi letup-letupan kecil dan memercik butter panas ini, anda perlu awas yea. Bila bunyi ini berhenti anda boleh tutup api dapur, Keluarkan kuali dan tapis minyak butter ini. Minyak terhasil ini lah digelar, "Clarified Butter".

Wednesday, January 21, 2015

Pengganti Bahan Alkohol Dalam Masakan



Memang seronok kalau dapat mencuba berbagai resipi dari negara-negara luar.  Tetapi ada ketika kandungan resipinya menggunakan alkohol.  Jadi, kita kenalah cari alternative lain sebagai penggantinya ataupun ketepikan aje bahan itu.

Apapun, bahan-bahan alkohol tu boleh digantikan dengan bahan yang lain :

1.  Ang Chiu atau arak masak
Ia adalah proses fermentasi beras perang dan aroma alkohol yang kuat.  Rasanya sedikit masam dan manis.  Ia banyak digunakan dalam masakan cina.

Pengganti :  kicap masin yang dicampur dengan jus limau/lemon.


2.  Mirin dan Sake
Ia merupakan hasil fermentasi beras yang berwarna putih jernih yang dinamakan Sake.  Yang berwarna kekuningan dan manis dipanggil Mirin.  Bahan ini banyak digunakan dalam masakan jepun.

Pengganti :  Jus anggur segar yang dicampur dengan jus lemon sebagai pengganti Sake.  Jika ditambah sedikit gula, ia sebagai pengganti Mirin.


3.  Brandy
Ia adalah minuman beralkohol dengan aroma dan citarasa buah cherry yang manis.

Pengganti :  Sirap buah cherry yang pekat yang dicampurkan dengan air suam.


4.  Red Wine
Ia adalah hasil fermentasi buah anggur merah keungguan dengan aroma alkohol yang kuat.

Pengganti  :  Jus anggur merah segar atau jus cranberry.


5.  White Wine
Ia adalah fermentasi buah anggur hijau yang warnanya putih kekuningan dengan rasa manis dan beraroma alkohol.

Pengganti  :  Stok ayam atau sayuran atau jus epal segar.


6.  Vodka
Minuman beralkohol ini aromanya tajam dengan rasa masam yang kuat.

Pengganti  :  Jus buah anggur yang dicampur dengan jus limau/lemon.


7.  Bourbon
Minuman beralkohol ini rasa manisnya kuat.

Pengganti  :  Extrak vanila atau jus cranberry atau jus anggur



sumber :  food.detik.com


Thursday, September 25, 2014

Petanda Lokasi Jerawat



Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut :

1&2  :  Sistem pencernaan - kurangkan makanan segera, lemak dan tingkatkan pengambilan air suam.

3  :  Hati - kurangkan makan berminyak dan bahan tenusu.

4, 5&7  :  Kurang minum air - tingkatkan pengambilan air suam.

6  :  Jantung - jaga tekanan darah.  Kurangkan makan pedas dan daging.  Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3.

8  :  Buah pinggang - anda mungkin kurang minum air.  Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10  :  Pernafasan - Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12  :  Hormon - stress dan hormon punca utama.  Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air dan tingkatkan pengambilan sayuran.

13  :  Usus - lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14  :  Penyakit - badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit.  Banyakkan rehat dan berfikir positif.

Friday, September 20, 2013

Pelajari Rahsia Penyakit Melalui Jari Anda



Asas 5 jari
Jari Telunjuk  :  Usus
Jari Tengah  :  Jantung
Jari Manis  :  Imuniti
Jari Kelingking  :  Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda.  Kalau ruas jari kehitaman, itu maknanya badan kita penuh dengan racun dan toksik.  Perkara tersebut boleh menyebabkan kita mengalami sembelit.


Seterusnya seseorang wanita boleh lihat sistem dalaman perempuan pula adalah dengan melihat pada jari kelingking.  Jika jari kita meruncing atau bengkok maknanya haid tidak teratur, mengalami keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin dalam badan.  Kalau yang selalu marah-marah tu mungkin banyak angin dalam badan sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak anda mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab?  Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan, itu tandanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi dan penyakit paru-paru.  Sekiranya perut ibu jari terdapat urat hijau kebiruan, itu tandanya anda mengidap gastric.

Selain itu, urat biru/hijau ada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki, itu tandanya seseorang itu mengalami stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya bagi seseorang wanita itu, jika terdapat warna putih berbentuk bulat sabit di setiap kuku jari tangan anda, itu tandanya anda mengalami hormon yang tidak seimbang.  Tapi berlainan pula, sekiranya terdapat warna putih berbentuk bulan sabit di kuku ibu jari sahaja, itu menunjukkan anda sihat.

Wallahualam...ini hanyalah sebagai panduan.  Apapun lebih baik pergi buat medical check-up.

sumber : apodahjadi.blogspot

Tuesday, May 14, 2013

Beza Dairy / Non-Dairy Whipping Cream

Aku selalu jugak keliru dengan kedua-dua jenis whipping cream ni.  Setiap kali nak beli aku terpaksa refer balik info-info tentang bahan ni.  Secara ringkasnya aku catitkan bezanya di sini untuk rujukan sendiri.  Bukan pakai selalu pun sebab tu selalu lupa.

Non-Dairy Whipping Cream
Bahan ini sesuai untuk hiasan kek.  Corak-corak yang telah dibentuk menggunakan bahan ini boleh tahan lebih kurang satu (1) minggu.  Bahan ini terdapat dalam bentuk cecair ataupun krim yang boleh terus dihiaskan ke atas makanan.  

Manakala dalam bentuk cecair pula perlu dipukul dengan mixer sehingga kental  berkrim.  Sebelum dipukul, kotak mengandungi cecair itu perlu digoncang terlebih dahulu supaya ia sebati.   Isikan dairy whipping cream ini 1/4 daripada saiz mangkuk mixer sebab krim ini akan mengembang dengan kuantiti yang banyak.  Perlu diingat cecair ini tidak boleh dipukul terlalu lama sebab ia akan menjadi krim hiasan yang tidak licin dan rata.  Sekiranya perkara ini berlaku, masukkan sedikit lagi cecair non-dairy whipping cream ini dan dipukul semula dengan kelajuan perlahan hingga nampak licin dan berkilat.

Krim ini telah sedia mengandungi gula.  Ia hanya perlu dipukul sahaja dan telah sedia digunakan.  Jika hendakkan hiasan yang berwarna, kita hanya perlu gaulkan dengan pewarna pada krim yang telah dipukul itu.

Cream hiasan yang berlebihan boleh disimpan didalam freezer selama 6 bulan. 

Antara jenama yang terdapat di sini ialah Rich's Whip Topping, Flavor Right Premium Dessert and Pastry Topping dan lain-lain.


Dairy Whipping Cream
Bahan ini hanya sesuai untuk dicampurkan sebagai bahan pembuatan kek sahaja.  Boleh juga digunakan untuk hiasan makanan instant seperti ice-cream dan pudding.  Krim ini tidak tahan lama kerana ia mudah cair.

Bahan ini juga tidak boleh terlebih pukul sebab ia akan menjadi cair dan dipanggil "butter-milk".  Bila telah jadi seperti ini simpanlah butter-milk ini untuk kegunaan lain.

Antara jenama yang terdapat di pasaran adalah Anchor UHT Whipping Cream, Emborg Whipping Cream dan President UHT Whipping Cream.
Emborg Whipping Cream 200ml


Wednesday, December 19, 2012

Ham, Bacon Dan Istilah-Istilah Daging Babi


Ramai orang Islam Malaysia ni yang suka makan ham dan bacon.  Nampak macam lazat aje kan.  Disebabkan nak terikut-ikut cara makanan barat, kita pun bedal ajelah asalkan ada tertulis 'halal'.  Tapi tak tahulah betul-betul halal ke?  Sebab tak nampak kesan buruknya selepas makan, itu yang pantang nampak tanda 'halal'.  Lainlah kalau sejurus lepas makan aje terus pengsan ke, muntah ke , barulah kita tak berani nak makan betul tak?

Mula-mula aku tengok bacon atau ham tu pun dah timbul rasa waswas sebab dagingnya berwarna keputihan kan.  Ye lah secara basicnya yang aku tahu daging babi ni warna dia agak pink-pink dan putih-putih sikit.  Bila ditanya kat supermarket mereka kata ham dan bacon kat Malaysia ni halal dan ia dari daging lembu.  Yang pelik tu kenapa nak gunakan perkataan yang digunakan untuk daging babi.   Kalau betul ia halal, pihak berwajib yang bertanggungjawab sepatutnya kena create satu nama lain bagi mengelakkan sebarang keraguan.

Apapun di sini aku sharekan istilah-istilah yang digunakan untuk daging babi.  Sumber :  di sini

1.  Pork  :  istilah yang digunakan untuk daging babi dalam masakan.

2.  Swine  :  istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi.

3.  Pig  :  istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4.  Hog  :  istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5.  Porcine  :  istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi.  Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6.  Boar  :  babi liar

7.  Sow  :  istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8.  Sow Milk  :  susu babi

9.  Lard  :  minyak yang berasaskan lemak babi.

10.  Ham  :  daging bahagian peha babi.

11.  Bacon  :  daging babi yang diperap dengan garam.


Baca juga ini :
Bacon dan Ham Halal di Malaysia?   
Kena Tahu: Apa itu Bacon & Ham  
"Daging Ayam dan Lembu Tidak Cukup Lemak Untuk Membentuk Apa-apa Shape."


Tuesday, December 18, 2012

Kes Murtad


Aku terima message ini dari facebook.   

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.  Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang.   Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal.   Saya terpaksa tidur di stesen  keretapi.   Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong.   Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun.   Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.   

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.   Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya.   Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .  Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.  Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia.   Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.  Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang.   Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.   Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.  Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.   Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa 
tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00).  Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam.  Di 
Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.   Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja.  Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).   Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup  telinga hal dakwah Islam tidak mahu.   Air itu khusus untuk orang Islam sahaja.   Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak , Filipina dan Singapura.   Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang).   Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. 



Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.  Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution.  Pengetuanya En Ismail Rahim.  20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri
dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib)
telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.  Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah
ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari)  





En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982.   Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.  Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan
Islam Perak.  Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di
Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan
padri itu.  Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling !banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid.   Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400
orang telah masuk Kristian di Melaka.   


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.
Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.   Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.   Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu
Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku
Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

> > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)


Nauzubillahiminzalik.



Wednesday, December 12, 2012

Alat Memancungkan Hidung


Sekarang ni dah ada alat memancungkan hidung pulak. Yang sebenarnya aku baru tahu, padahal alat ni dah ada sejak tahun lepas lagi.  Nampak macam mudah aje.  Tak payahlah nak buat pembedahan plastik yang menelan belanja beribu-ribu ringgit. Itu pun belum tentu lagi tak merosakkan hidung.  

Alat ni adalah jenama keluaran Jepun.  Ia dinamakan Beauty Lift High Nose.




Alat ini menggunakan bateri dan mengandungi sejenis vibrator yang membantu proses memancungkan hidung.  

Alat memancungkan hidung ini terdapat dalam bentuk lain-lain juga, mungkin bergantung kepada fungsinya kot.  
                              


                                        

Kalau agak-agak nak tukar rupa hidung tu, silalah mencuba.
Lepas ni kalau melancung ke Jepun tu, jangan lupa cari benda alah ni ...hehehe.  Di Jakarta pun ada dijual.  Di Malaysia ni tak tahu pulak di mana agennya.   Kalau tak, pakai aje sepit baju.





Monday, December 10, 2012

Tips Menyimpan Telur

Lagi tips tentang telur.  

Telur perlu diletak pada cara yang betul agar ia tidak rosak sebelum waktunya.  Kalau kita perhatikan rupa bentuk telur, ia mempunyai bentuk yang agak besar di satu bahagian yang disebut bahagian kepala.  

Manakala bahagian yang agak mengecil sedikit seperti bentuk V disebut bahagian kaki.  

Jika diletak di dalam bekas telur atau dalam peti ais, bahagian kepalanya mestilah di sebelah atas...taklah tunggang-terbalik.

Tapi kalau nak letak berterabur macam ni, ok jugak kalau dah banyak.


                                   

Tips Merebus Telur


Merebus telur....bunyinya macam senang aje kan?  Bila masa mengupas telur dan kulit telur melekat sampai dah tak ada rupa telur lagi mulalah bengang sendiri dan bertanya macamana nak buat supaya telur rebus senang dikupas dan cantik rupanya.  Jom kita kongsi sama-sama tips ini.

1.  Sebaiknya digunakan telur yang dah hampir expired.  Maksudnya telur yang telah berusia hampir 2 minggu.  Menurut info yang aku dapat, telur fresh juga adalah salah satu sebab telur rebus susah dikupas.

2.  Masukkan telur dalam bekas merebus.  Kemudian masukkan air paip.  Paras air mestilah lebih kurang 1" dari paras telur.  Kalau air terlalu banyak, telur itu akan berlaga-laga semasa mendidih.

3.  Masukkan beberapa biji beras.  Ini adalah salah satu cara nak tahu kalau telur rebus tu dah masak atau belum berpandukan pada beras itu yang sudah jadi nasi.  Jika nasi itu tidak terlalu kembang, maknanya telur rebus itu akan lembut aje isinya.  Jika nasi itu nampak terlalu kembang, itu tanda telur rebus itu sudah terlalu masak dan isinya akan terlalu pejal.

4.  Bila air rebusan telur itu sudah mendidih ataupun telur rebus itu sudah masak, tutup api dan masukkan 1 sudu cuka.  Ini dapat membantu melongkahkan kulit telur.  Tutup semula periuk dan biarkan  dalam 10 minit.

5.  Sambil itu sediakan satu bekas lain yang berisi air paip/air sejuk.  Kemudian dialihkan telur rebus tadi ke dalam bekas itu.  Biarkan sehingga telur sejuk sebelum dikupas.  Menurut info yang aku dapat, sulfur yang terdapat pada putih telur akan bertindak secara kimia jika panas berterusan semasa proses penyejukkkan dan ia akan menwujudkan lingkaran hijau atau kehitaman disekeliling kuning telur.


Kenali Telur Yang Baik Untuk Digunakan

Selama ini setiap kali kita pecahkan telur, keadaan kuning dan putih telur bermacam-macam rupa.  Telur yang boleh digunakan adalah sehingga ia berusia 2 minggu.  Kadang-kadang kita tidak boleh terlalu berpandukan pada tag tarikh luput yang tertera sahaja.  Tapi macamana kita nak tahu samada telur itu masih sesuai digunakan untuk sesuatu masakan terutama untuk membuat kek ataupun telur goreng separuh masak.

Cuba masukkan sebiji telur ke dalam gelas yang mengandungi air bersih.  

1.  Sekiranya telur itu tenggelam ke dasar gelas secara melintang, ia menunjukkan telur itu masih baru dan sangat baik untuk digunakan.  Apabila telur itu dipecahkan, keadaan kuning telur akan terletak bulat serta cantik membukit dan putih telur akan kelihatan kental mengelilingi kuning telur itu.  Kalau hendak masak telur goreng separuh masak, elok gunakan telur baru macam ini.

2.  Sekiranya telur itu agak mengapung sedikit serong, ia menunjukkan telur itu masih elok digunakan tapi usia telur itu sudah satu minggu.  Apabila dipecahkan, kuning telur itu agak sedikit bulat leper dan putih telur itu sudah agak cair yakni tidak bulat dan kental.

3.  Sekiranya telur itu agak menegak, ia menunjukkan telur itu telah berusia dua minggu.  Ia adalah usia maksimum telur itu masih boleh digunakan.  Telur macam ini mesti segera digunakan dan sesuai direbus.

4.  Sekiranya telur itu terapung dipermukaan air, telur itu tidak boleh digunakan lagi.

Tapi kalau difikirkan semula jenuh pulak hendak mengetest setiap biji telur terutama bila digunakan untuk sesuatu masakan yang banyak menggunakan telur seperti kuih bahulu dan sebagainya.  Lepas tu nak kena basuh dulu telur itu sebelum dipecahkan pulak.  Kemudian kena tos dan keringkan atau dilap telur itu sebelum digunakan.  Selama ini setiap kali aku guna telur, inilah kerja remeh yang terpaksa aku buat dulu.


Wednesday, November 7, 2012

Makanan Yang Boleh Menghilangkan Bau Badan


Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang.

Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan banyak faktor.  Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan.  Makanan seperti bawang, kunyit, daging merah atau makanan pedas mendorong kepada masalah bau badan.

Untuk itu, anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut.  Namun ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan.  Apakah?  Berikut adalah makanan yang dapat mengurangkan aroma tubuh yang kurang menyenangkan.

Tomato
Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai-bagai bakteria termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap.  Seperti lapuran di Curebum, bau badan boleh hilang dengan kerap meminum jus tomato.  Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari.  Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam air mandian sebagai penambah ritual mandi anda.

Teh Hijau
Bau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan seperti udara, matahari dan debu.  Bau badan kerana faktor lingkungan dapat diatasi dengan bahan yang mengandungi antioksidan.  Teh hijau juga memiliki aroma khas.  Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh.

Saderi
Seperti kajian yang dilakukan Foodscout, daun saderi dapat melawan bau badan.  Kandungan saderi dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan.  Jadi jangan lupa memasukkan saderi dalam makanan sihat anda.

sumber :  mynewshub

Wednesday, August 15, 2012

Berhati-hati Ketika Anda Menyalin Pakaian di Pasaraya


Mesej ini sangat penting untuk anak-anak gadis / wanita yang menukar pakaian di pasaraya/pusat beli belah...

Hanya menjalankan ujian mudah ini : Letakkan hujung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan jika terdapat GAP antara kuku anda dan imej kuku, maka ia adalah cermin ASLI. Walau bagaimanapun, jika kuku anda TERUS menyentuh imej anda, BERHATI-HATI..ITU CERMIN TEMBUS..ADA YANG SEDANG MEMERHATIKAN ANDA KETIKA MENUKAR PAKAIAN

Jadi ingat, setiap kali anda melihat cermin untuk menyalin pakaian,buat "ujian kuku." ambil masa seminit sahaja untuk buat ujian ini. - Sumber : Facebook

AAP - Beringat-ingat dan berwaspada sentiasa !

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Wednesday, July 25, 2012

Wang Kertas Baru


dari : FB "saya anak melaka"
  
secara kebetulan atau suratan...
duit kertas baru yang seakan2 duit sembahyang china mati...
raya kang jgn tersilap bg kat anak2 buah, sudah...


Friday, July 20, 2012

Beza Marjerin dan Shortening/Crisco


 sumber : dari sini

>>Crisco adalah jenama sejenis shortening





Marjerin
Marjerin adalah bahan gantian kepada mentega kerana harganya yang lebih murah. Ia diperbuat daripada lemak sayuran ataupun lemak haiwan. Di negara kita, marjerin diperbuat dari minyak kelapa sawit, garam, air,pewarna, perisa, antipengoksida dan lain-lain. Ia bewarna kuning dan tidak mengandungi lemak susu. Bagi kebanyakan industri bakeri, mereka mengunakan marjerin untuk menjimatkan kos dan menambah perisa seperti butteroil dan lain-lain supaya rasanya sama seperti menggunakan mentega. Saya juga kadangkala mencampurkan marjerin dan mentega tulin bagi mendapatkan rasa seperti mentega untuk membuat kek dan juga biskut. Kek mentega yang menggunakan campuran dua bahan ini elok gebunya dan kurang berminyak jika dibandingkan dengan menggunakan majerin 100 peratus. Untuk membuat krim mentega sejenis marjerin bernama krimwell digunakan. Ia bewarna putih dan sesuai dicampurkan dengan mentega untuk membuat krim ini.

Panduan Penyimpanan
Marjerin tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana ia keras pada suhu bilik. Marjerin yang telah dibuka hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup rapat bagi menghindarkan ia menyerap bau-bauan dari makanan lain. Letakkan ia dalam almari yang kering dan dingin. Jangan simpan di tepi dapur atau tempat panas kerana ia akan cair.

Shortening
Shortening adalah lemak sayuran putih yang berkalori tinggi dan tidak mengandungi karbohidrat atau protin. Ia bewarna putih dan sering digunakan dalam pembuatan pastri, roti,krim mentega dan lain-lain. Shortening jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ia ada digunakan sedikit dalam pembuatan biskut. Anda perlu berhati-hati apabila membeli lemak putih ini kerana ada sejenis lemak putih yang dinamakan LARD adalah diperbuat dari lemak babi.Cara penyimpanan adalah sama dengan marjerin.