Monday, December 10, 2012
Tips Merebus Telur
Merebus telur....bunyinya macam senang aje kan? Bila masa mengupas telur dan kulit telur melekat sampai dah tak ada rupa telur lagi mulalah bengang sendiri dan bertanya macamana nak buat supaya telur rebus senang dikupas dan cantik rupanya. Jom kita kongsi sama-sama tips ini.
1. Sebaiknya digunakan telur yang dah hampir expired. Maksudnya telur yang telah berusia hampir 2 minggu. Menurut info yang aku dapat, telur fresh juga adalah salah satu sebab telur rebus susah dikupas.
2. Masukkan telur dalam bekas merebus. Kemudian masukkan air paip. Paras air mestilah lebih kurang 1" dari paras telur. Kalau air terlalu banyak, telur itu akan berlaga-laga semasa mendidih.
3. Masukkan beberapa biji beras. Ini adalah salah satu cara nak tahu kalau telur rebus tu dah masak atau belum berpandukan pada beras itu yang sudah jadi nasi. Jika nasi itu tidak terlalu kembang, maknanya telur rebus itu akan lembut aje isinya. Jika nasi itu nampak terlalu kembang, itu tanda telur rebus itu sudah terlalu masak dan isinya akan terlalu pejal.
4. Bila air rebusan telur itu sudah mendidih ataupun telur rebus itu sudah masak, tutup api dan masukkan 1 sudu cuka. Ini dapat membantu melongkahkan kulit telur. Tutup semula periuk dan biarkan dalam 10 minit.
5. Sambil itu sediakan satu bekas lain yang berisi air paip/air sejuk. Kemudian dialihkan telur rebus tadi ke dalam bekas itu. Biarkan sehingga telur sejuk sebelum dikupas. Menurut info yang aku dapat, sulfur yang terdapat pada putih telur akan bertindak secara kimia jika panas berterusan semasa proses penyejukkkan dan ia akan menwujudkan lingkaran hijau atau kehitaman disekeliling kuning telur.
Labels:
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih.info yg sgt berguna.
ReplyDeletesgt berguna
ReplyDelete