Peristiwa yang bakal berlaku sebelum hari kiamat adalah :
1. Perang Armageddon
2. Kemunculan Imam Mahdi
3. Kemunculan Dajjal al-masih.
4. Kemunculan Yakjuj-Makjuj
5. Hari Kiamat
Semuanya dikatakan akan berlaku di bumi Palestin. Perang Armageddon dikatakan sebagai Perang Akhir Zaman. Ia adalah perang yang maha dahsyat yang membawa kehancuran dunia ini. Orang-orang Yahudi dikatakan telah pun bersiap-sedia untuk menghadapi perang ini. Seperti yang diketahui bahawa orang-orang Yahudi ini telah mengkaji Al-Quran kita sedalam-dalamnya dan banyak rahsia-rahsia menuju kiamat telah mereka singkap. Tetapi disebabkan hati mereka yang dajal, mereka masih berusaha untuk menguasai dunia dengan cuba merubah pengakhiran dunia.
Selama ini bangsa Yahudi telah bekerja keras menghapuskan Islam. Mereka cerobohi sebahagian bumi Palestin yang pernah hidup dalam kemakmuran suatu ketika dahulu. Kenapa mereka minat sangat dengan bumi Palestin? Mereka telah memerangi bumi Palestin sejak tahun 1948. Mereka percaya banyak rahsia tertanam di bawah Masjid Al-Aqsa yang mana mereka teramat yakin rahsia itu boleh membuat mereka menguasai dunia.
Mereka bangga dapat menguasai sebahagian besar bumi Palestin ketika ini. Sebenarnya, sudah ketentuan Allah yang bangsa Yahudi ini akan dikumpulkan di bumi Palestin sebab mereka akan dimusnahkan juga akhirnya di bumi Palestin itu sendiri.
Lihatlah bagaimana orang-orang Palestin gigih pertahankan bumi Palestin dalam keadaan yang cukup sengsara. Tidak pula generasi-generasi mereka itu mengharapkan untuk melarikan diri ke tempat lain. Semuanya telah tercatit di dalam Al-Quran dan hadis yang orang-orang Palestin ini adalah syahid.
Semangat mereka kental mempertahankan Islam dan bumi Palestin sehingga tidak merasa keindahan
duniawi.
Baca ini : Perang Armageddon
Asal Usul Kaum Yahudi
No comments:
Post a Comment