Di sini kita rungkaikan bersama siapakah Yakjud Makjud ini. Ada pemahaman yang dibuat secara straight forward dan ada juga penerangan yang dibuat secara simbolik tetapi ada kelogikkannya. Wallahualam.
Pemahaman 1
Sebaik sahaja Nabi Isa membunuh Dajal, Allah swt memerintahkan baginda untuk membawa semua orang yang beriman naik ke tanah tinggi untuk menyelamatkan diri daripada bala yang kedua iaitu kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang tidak boleh dibunuh oleh sesiapa pun termasuk Nabi Isa.
Yakjuj dan Makjuj akan muncul dari tanah tinggi, berkulit kuning dan bermata sepet, akan memusnahkan semua benda dan kehidupan yang ada (hatta memakan batang tubuh manusia). Nabi Isa dan pengikutnya dipelihara Allah swt di tanah tinggi itu dan hampir kebuluran.
Nabi Isa akhirnya berdoa kepada Allah untuk membunuh yakjuj makjuj dan Allah menurunkan sejenis penyakit yang berkaitan dengan hidung dan hanya ada pada binatang. Semua yakjuj dan makjuj mati bergelimpangan memenuhi muka bumi malah ketika Nabi Isa dan pengikut baginda turun dari tanah tinggi mereka tidak boleh berjalan kerana terlalu banyaknya mayat yakjuj dan makjuj. Sekali lagi Baginda berdoa kepada Allah swt dan Allah mengutuskan burung-burung sebesar tengkok unta dan menerbangkan mayat-mayat itu hilang entah ke mana.
Namun begitu kesan kemusnahan dan kekotoran maha dahsyat masih lagi tinggal dan sekali lagi Nabi Isa memohon doa kepada Allah swt dan Allah menurunkan selebat-lebat hujan yang menyucikan sekelian alam sebersih-bersihnya.
Selepas itu, bermulalah pemerintahan Nabi Isa a.s mengikut syari'at Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh keamanan, keimanan dan kedamaian sehinggalah pada suatu hari Allah menghantar tiupan angin yang nyaman, bertiup lembut sehingga menyelinap masuk ke bawah ketiak semua orang-orang yang beriman (sehingga sekecil-kecil iman) dan mereka semuanya meninggal dunia. Maka tinggallah yang ada di muka bumi itu manusia-manusia yang kafir dan tidak beriman sahaja.
Maka selepas itu, barulah timbul tanda-tanda akhir dan hancur musnahlah dunia ...terjadilah dan muncullah Hari Kiamat ....wallahu'alam.
sumber : www.wanzafalis.wordpress.com/tag/kiamat/
Pemahaman 2
Yakjud Makjud Sebagai Makhluk Perosak.
Baca pula kupasan yang sungguh menarik dan cukup menguji akal minda kita sesama Islam dari http://akhzaman.blogspot.com/2010/02/makhluk-perosak-yang-tampan.html
Bangsa Yahudi juga digambarkan sebagai bangsa perosak. Adolf Hitler juga pernah melabelkan bangsa Yahudi adalah bangsa perosak dan telah berusaha menghapuskan bangsa itu sejak dahulu lagi.
Jika difikirkan dari sudut lain pula, selalunya apa yang tertulis di dalam Al-Quran atau dari hadis-hadis, segalanya dibuktikan dengan kejadian-kejadian yang sama seperti yang ditulis. Tidak ada pula simbolik-simboliknya ataupun yang berupa persamaan. Contohnya seperti kisah Nabi Luth, Tentera Abrahah dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment