Thursday, December 6, 2012

Bubur Jagung



2 batang (250 gm) jagung 
1 sb sagu mata ikan
2 sb gula apong
2 cawan santan
sedikit garam
2 helai daun pandan
1 sb tepung kastad

1.  Jagung dikikis biji-bijinya.  Sagu mata ikan direndam sekejap dengan air panas.  


2.  Masukkan semua bahan dalam periuk dan hingga mendidih. Gula apong tu boleh digantikan dengan gula melaka atau gula merah.  Tapi kenalah ditambah dalam 1 sb gula pasir bagi seimbangkan manisnya.   Masaklah hingga mendidih dan sagu mata ikan itu menjadi jernih.  

Kalau tak masuk tepung kastad pun tak mengapa.  Ia hanya untuk menaikkan aroma dan menambah warna kepada bubur itu sahaja.




No comments:

Post a Comment