Wednesday, December 5, 2012

Bun Kacang Merah




1 paket yeast
1/2 cawan air suam
1/4 cawan butter - cairkan
1/4 cawan gula pasir
2 biji telur
2 - 2 1/2 cawan tepung gandum
1 st minyak 
1/4 st garam
sedikit butter cair untuk sapuan

1.  Satukan yeast, air suam dan 1/2 st gula dalam mangkuk adunan. Biarkan ia naik/kembang.



2.  Masukkan butter, gula pasir, telur dan garam.  Gaul hingga sebati.

3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan.

4.  Sapukan sekeliling dalam mangkuk adunan dengan minyak. Letak doh di dalamnya dan tutup mangkuk doh dengan plastik wrap.  Perapkan selama 2 jam atau sehingga doh naik berganda. Doh ini boleh disimpan dalam peti sejuk selama sehingga 3 hari jika hendak digunakan kemudian.



5.  Bahagi doh kepada 14 biji.  Bulatkan.  Leperkan sedikit dan letak 1 sb inti kacang merah.  Bulatkan semula dan susun bun di atas baking pan yang telah digliskan atau dialas dengan baking paper.  


6.  Tutupkan doh itu dengan tuala lembap dan biarkan selama 1 jam atau hingga ia naik sekali ganda.



7.  Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar bun 15-20 minit. Sekiranya bahagian atas bun bertukar warna kecoklatan terlalu cepat, tutupkan diatasnya dengan aluminium foil sehingga keseluruhan bun masak.  



Keluarkan bun dan sapukan permukaan bun dengan butter yang dicairkan semasa bun masih panas.




No comments:

Post a Comment