Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Sunday, March 12, 2023

Biskut Badam Koko Crunch



2/3 cawan salted butter
1/2 cawan halus
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
2 sb serbuk badam
1 1/4 cawan tepung gandum
2/3 cawan tepung jagung
2/3 cawan kepingan badam - sangai sekejap
3/4 cawan koko crunch dipatah 3-4

1.  Pukul butter dan gula halus hingga berkrim.
2.  Masuk telur dan esen vanila.  Gaul rata.
3.  Masuk serbuk badam, tepung gandum dan tepung jagung.  Gaul hingga sebati.
4.  Akhir sekali masukkan kepingan badam dan koko crunch.  Gaul rata perlahan-lahan.
5.  Ambil 1 sb  adunan itu dan dan letakkan atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Kemudian tekan perlahan diatasnya dengan garfu.
6.  Bakar biskut pada suhu 160C lebihkurang 15 minit.  Setelah masak, biarkan biskut sejuk seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.







Saturday, March 11, 2023

Biskut Coklat Koko Crunch



Bahan A :
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm susu tepung
30 gm serbuk koko

Bahan B :
200 gm planta
150 gm gula halus
1/2 st esen vanila
1 biji kuning telur
1 cawan koko crunch
3 sb serbuk badam

Bahan C :
Acuan kertas  
Acuan tart 

1.  Ayak bersama Bahan A.  Ketepikan.
2.  Pukul planta dengan gula halus hingga kembang.
3.  Masuk esen vanila dan kuning telur.  Pukul lagi hingga sebati.
4.  Masukkan Bahan A dan serbuk badam.  Gaulkan perlahan-lahan hingga menjadi doh yang lembut.
5.  Letakkan acuan kertas dalam acuan aluminium itu.  Ambil sedikit doh dan tekankan sedikit dalam acuan itu.  Isi doh separuh sahaja.  Hiaskan di atasnya dengan koko crunch serta bentukkan seperti bunga.  
6.  Bakar biskut pada suhu 170C selama 15-20 minit atau hingga masak.






Saturday, March 4, 2023

Biskut Koko Crunch KakWan




250 gm planta
160 gm gula perang
2 biji kuning telur
300 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
1/4 st baking powder
1/4 st soda bikarbonat
100 gm koko crunch
50 gm chocolate chip/rice
1 cawan koko crunch untuk hiasan

1.  100 gm koko crunch dikisar halus. 
2.  Tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan soda bikarbonat diayak bersama.
3.  Pukul planta dan gula perang hingga berkrim.
4.  Masuk kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
5.  Masukkan tepung yang telah diayak bersama.  Gaulkan hingga sebati.
6.  Akhir sekali masukkan koko crunch yang dikisar dan chocolate chip/rice.  Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.  Ambil sedikit adunan itu dan bulat-bulatkan.  Hiaskan di tengahnya dengan kepingan koko crunch.
8.  Bakar biskut pada suhu 150c lebihkurang 25 minit.  Sejukkan dan hiaskan dengan coklat cair.







Friday, December 17, 2021

Biskut Krispi Lapis Gula



Bahan A : 
100 ml air sejuk
1 biji telur
1 st cuka
1 st garam

Bahan B :
400 gm tepung gandum
220 gm butter

Bahan C :
1/2 cawan gula perang kasar

1.  Satukan Bahan A.


2.  Gaul dan ramas Bahan B.


3.  Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit ke dalam B sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.  Simpan doh itu dalam peti sejuk dalam 30 minit.


4.  Taburkan sedikit tepung atas pencanai.  Canaikan doh tadi empat segi memanjang.  Taburkan gula perang merata diatas permukaan doh itu.  Kemudian lipat 3.


5.  Canai lagi seperti tadi dan tabur lagi gula perang diseluruh permukaan doh itu.  Kali ini lipat 4 dan canai lagi.  Kemaskan bentuk 4 segi memanjang itu.


6.  Sapukan sedikit air sejuk di atas permukaan doh itu dan tabur lagi gula perang.  


7.  Potongkan doh itu 1/2" x  3 1/2".  Susun atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Boleh ditambah taburan gula itu supaya lebih menarik selepas dibakar.


8.  Bakar pada suhu 200C lebih kurang 20-25 minit.




Monday, August 16, 2021

Biskut Napoleon



220 gm tepung gandum
170 gm butter sejuk
50 gm air sejuk
1/2 st cuka
1/4 cawan gula pasir 
gula ising secukupnya

1.  Tepung gandum dan butter sejuk digaul dan ramas.


2.  Satukan air sejuk dan cuka.  Masukkan dalam tepung tadi.  Gaul hingga menjadi doh.  Doh ini memang agak lembut.


3.  Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk dalam 30 minit. 


4.  Tabur tepung atas papan canai dan canai doh itu.  Tabur gula diatasnya.  Lipat dua dan lipat lagi  menjadi empat segi.  Canai lagi.  Tabur tepung lagi masa mencanai supaya doh tidak melekat.  Tabur gula pasir diatasnya.  Ulang hingga tiga kali proses ini.


5.  Akhir sekali canai lagi doh itu jadi empat persegi.  Kemaskan bahagian tepinya.  Potong bentuk tigasegi dan bakar biskut pada suhu 160C selama 20 minit.


6.  Bila menghidang, tabur gula ising diatasnya.







Wednesday, February 17, 2021

Biskut Cendawan



370 gm planta
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 st esen vanila
1 cawan badam kisar
2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
150 gm coklat masakan 
manik hiasan secukupnya

1.  Pukul planta dan gula halus sekejap aje.  Jangan dipukul hingga kembang.  

2.  Masuk kuning telur dan esen vanila.  Pukul lagi perlahan-lahan hingga bersatu semuanya.

3.  Akhir sekali masukkan badam kisar, tepung jagung dan tepung gandum.  Gaul sambil diuli hingga menjadi doh.

4.  Canai doh dan terap dengan acuan cendawan.  Bakar biskut dengan suhu 160C selama 20 minit.  Sejukkan biskut.

5.  Masak air hingga mendidih dalam periuk sederhana besar.  Tutup api.  Masukkan coklat dalam mangkuk tahan panas dan letak atas periuk berisi air mendidih tadi.  Pastikan mangkuk itu lebih besar dari mangkuk berisi air panas tadi.  

Bila coklat dah mula mencair, kacaukan sehingga betul-betul cair dan berkilat.  Colek coklat itu dengan mata pisau dan sapu atas biskut.  Hias ikut suka.





Saturday, January 16, 2021

Biskut Brownies



Bahan A :
240 gm chocolate coin
80 gm unsalted butter

Bahan B :
2 biji telur
100 gm tepung gandum
140 gm gula ising
1 st esen vanila

1.  Didihkan air dalam periuk.  Tutup api dan letak mangkuk tahan panas berisi chocolate coin tadi di atas periuk air panas tadi.  Kacau hingga coklat itu cair dan berkilat.  
2.  Pukul telur, gula dan esen vanila hingga gebu.
3.  Masuk tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati.
4.  Masuk coklat cair dan pukul lagi hingga sebati.
5.  Ambil 1 st adunan itu dan letak atas tray yang telah dialas dengan baking paper.  Selain guna sudu, boleh paipkan guna piping bag.
Pastikan mangkuk berisi adunan itu sentiasa bertutup supaya adunan tidak likat/kering.  Jika ia menjadi likat sedikit, ia masih tetap boleh mengembang bila dibakar.  
6.  Jika hendak tabur badam cincang diatasnya pun boleh.  Bakar biskut pada suhu 150C selama 18-20 minit.
7.  Biarkan biskut sejuk dulu sebelum disimpan. 
 





Friday, December 25, 2020

Biskut M&M

 

250 gm planta
150 gm brown sugar
2 biji kuning telur
250 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1/2 st serbuk penaik
1 st esen vanila
50 gm badam cincang
1 cawan coklat m&m (paket coklat)

1.  Pukul planta dan brown sugar hingga kembang.
2.  Masuk kuning telur dan esen vanila.  Pukul lagi.
3.  Masuk pula tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama.  Gaulkan hingga doh yang agak lembut.  
4.  Akhir sekali masukkan badam dan lebih kurang 1/2 cawan coklat m&m.  Gaul rata.
5.  Ambil 1 scoop adunan dan susun atas dulang pembakar.  Hiaskan dengan coklat m&m di atasnya.  Bakar biskut pada suhu 150C hingga kekuningan.  Keluarkan biskut dari oven tapi biarkan ia sejuk sekejap di atas dulang pembakar supaya biskut menjadi keras.




Sunday, November 8, 2020

Biskut Marble Shortbread



Bahan A :
300 gm butter
100 gm gula ising
400 gm tepung gandum
30 gm susu tepung
65 gm nestum
50 gm serbuk badam

Bahan B :
400 gm dark chocolate
60 gm shortening

Bahan C :
60 gm white chocolate
20 gm shortening

1.  Tepung gandum, susu tepung, nestum dan serbuk badam digaul.  

2.  Pukul butter dan gula ising sekejap asal bersatu sahaja.  Jangan dipukul terlalu lama.

3.  Masukkan campuran tepung tadi ke dalam butter dan digaul hingga jadi doh.

4.  Alaskan acuan dengan baking paper dan tekan-tekankan adunan tadi ke dalamnya biar rata.  Cucuk-cucukkan dengan garfu dan bakar pada suhu 160C hingga kekuningan.  Keluarkan dari oven dan biarkan saja ia sejuk dalam loyang itu. 

5.  Cairkan dark chocolate dengan shortening dengan kaedah double-boil.  Cairkan juga white chocolate bersama shortening dalam bekas lain.  

6.  Tuangkan dark chocolate cair itu atas biskut tadi.  Masukkan pula white chocolate cair tadi dalam piping bag dan lorekkan ikut suka atas chocolate tadi.  Sejukkan biskut dalam petisejuk hingga keras.  Keluarkan biskut dari petisejuk dan biarkan seketika agar lapisan coklat lembut sedikit.  Potong-potongkan dengan pisau tajam dengan cara tekankan pisau itu di atas biskut.  

Jika terus dipotong sejurus keluar dari petisejuk, biskut akan pecah apabila dipotong.  Selain dipotong dengan pisau tajam, anda boleh gunakan cutter yang didatangkan berserta dengan loyang.  Dengan cutter itu, potongan biskut akan lebih cantik.






Monday, May 18, 2020

Biskut Bright Eye Susan




250 gm planta
120 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
300 gm tepung gandum
1/2 st baking powder
200 gm badam cincang
200 gm cherry merah jenis sebiji-sebiji

1.  Pukul planta dan gula castor hingga berkrim.
2.  Masuk kuning telur dan esen vanila.  Pukul lagi.
3.  Kemudian masuk tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder sambil diuli menjadi doh.  Doh ini agak lembut.
4.  Bulatkan doh itu kecil-kecil dan golekkan atas badam cincang.  Susun atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper dan tekankan ceri merah ditengahnya.  Ceri merah itu boleh dipotong dua atau empat.
5.  Bakar biskut pada suhu 160c selama 10 minit.





Sunday, May 10, 2020

Biskut Almond Eye



130 gm planta
60 gm gula ising
250 gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1st esen vanila
100 gm cooking chocolate
60 biji badam

1.  Pukul planta dan gula ising hingga berkrim.
2.  Masuk kuning telur, esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3.  Akhir sekali masuk tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
4.  Canai doh dan terap dengan acuan bentuk mata atau sampan.  Susun biskut atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Cucukkan bahagian tengah biskut itu dengan garfu.
5.  Bakar biskut pada suhu 150c lebih kurang 15 minit.  Biarkan biskut sejuk dahulu.
6.  Cairkan cooking chocolate menggunakan kaedah double boiler dan paipkan chocolate cair itu atas biskut dan letak sebijik badam ditenghnya.  Bila coklat telah keras, simpan biskut dalam balang kedap udara.







Thursday, May 7, 2020

Biskut Snow Almond




1 cawan planta
1 cawan gula castor
1/3 cawan gula perang
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastad
1 cawan serbuk badam
1 st soda bikarbonat
200 gm serbuk roti putih
200 gm Vanhouten coin cooking chocolate

1.  Pukul planta, gula castor dan gula perang hingga kembang.  
2.  Masuk kuning telur dan esen vanila.  Pukul lagi.
3.  Masuk tepung gandum yang telah diayak dengan tepung jagung, tepung kastad, serbuk badam dan soda bikarbonat.  Uli hingga menjadi doh.
4.  Bulat-bulatkan doh itu.  Susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper. 
5.  Bakar pada suhu 150c selama 10-15 minit.
6.  Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double boiler.  Celupkan biskut dalam chocolate cair itu.  Tiriskan sedikit chocolate itu dan golekkan biskut itu atas serbuk roti.