Thursday, March 13, 2014

Karipap Roti




10 keping roti gardenia

1 cawan inti karipap
1 sb tepung gandum + sedikit air sebagai gam
1 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Gelekkan roti dengan penggelek supaya leper.  Gunakan roti gardenia sebab ia mudah digelek.  Buangkan bahagian tepi roti. 

2.  Letak inti karipap di atasnya seperti dalam gambar.  Sapukan gam tepung ditepi-tepi roti dan lekatkan.  






3.  Tekankan tepi-tepinya dengan garfu.



3.  Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng karipap roti hingga garing kekuningan.  Toskan.



Boleh juga jika permukaan roti itu disapu dengan butter cair dan dibakar atau disapu dengan telur dan digoreng.



Ini dicelup dengan telur. 




Saturday, March 8, 2014

Spaghetti Sardin



230 gm sardin
200 gm spaghetti - rebus dan toskan
1 biji bawang besar - didadu kecil
1 biji tomato - didadu kecil
1 biji capsicum hijau dan merah - didadu besar
2 ulas bawang putih - dihiris
3 sb cili kisar
1/2 cawan air
2 sb minyak untuk menumis
sedikit oregano  
garam secukup rasa

1.  Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.  Bila cili dah nampak sedikit garing, masukkan sardin. Hancur-hancurkan sedikit ikan sardin itu. Masak hingga pecah minyak.


2.  Masuk pula air dan capsicum.  Biarkan ia mendidih dan akhir sekali masuk garam.  Jika terlalu kering, tambah air dan biar ia mendidih sekejap.

3.  Tuang kuah sardin itu ke atas spaghetti, taburkan dengan dried oregano.






Roti Poket




2 keping roti putih
2 sb serbuk roti
1 biji telur
1 sb tepung gandum + 1 st air untuk dijadikan gam

Bahan isian roti :
2 keping hirisan tauhu yang telah digoreng
2 helai daun salad 
2 keping hirisan timun
2 keping hirisan tomato
2 keping cheddar cheese
2 sb sos cili
2 sb mayonnaise

1.  Roti putih tu sebaiknya digunakan roti gardenia kerana ia mudah dileperkan apabila digelekkan dengan penggelek.  Leperkan kedua-dua keping roti itu.  



Kemudian tekapkan roti itu dengan acuan bulat semuat roti itu.   Kalau tak ada penerap saiz yang sesuai, potong aje roti tu bentuk bulat gunakan gunting atau pisau....habis cite.  
  

2.  Lepas tu, sapukan gam tepung di tepi permukaan kedua-dua keping roti itu.  Tekan-tekankan sedikit supaya melekat dengan baik dan tak terbuka apabila digoreng nanti.




3.  Pecahkan telur dan masuk sedikit garam.  Pukul sedikit dan celupkan roti tadi ke dalam telur itu.  Kemudian salutkan keliling roti itu dengan serbuk roti. 



4.  Panaskan minyak dengan api sederhana.  Gorengkan roti itu sehingga garing kekuningan di kedua-dua belah.  Roti itu akan menggelembung di bahagian tengahnya.  Toskan dan belah dua.



5.  Untuk isian roti pula, ia boleh dipelbagaikan ikut kesukaan masing-masing.  


Akhir sekali masukkan bahan-bahan isian kesukaan.