Wednesday, January 30, 2019

Sawi Putih Tumis Air Dengan Mee Suah



200 gm sawi putih
2" carrot
100 gm mee suah
1 biji cili merah
3 cawan air
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 st serbuk lada hitam
1" halia


1.  Didihkan air dalam kuali.  Masukkan mee suah dan biarkan hingga mee suah lembut.  Jangan lama sangat nanti terlalu kembang pulak.  Rendam sekejap mee suah itu dalam air sejuk dan toskan.  Ketepikan.



2.  Sawi putih dipotong-potong.  Carrot dipotong nipis.  Cili merah dihiris. 


3.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama cili merah hingga kekuningan.  


4.  Masuk air, sawi putih dan carrot.  Bila sayur dah masak, masuk garam dan mee suah tadi.  Gaul-gaulkan dan tutup api.




Lempeng Pisang & Kelapa




400 gm pisang masak
1 cawan kelapa parut
2/3 cawan tepung gandum
2 sb gula pasir/perang
1/4 st garam
1 sb minyak masak
daun pisang secukupnya



1.  Pisang dilenyek hingga hancur.  Kelapa parut diasingkan dalam 5sb untuk tabur atas lempeng.  Daun pisang dipotong 8" setiap keping.



2.  Campurkan semua bahan (kecuali 5sb kelapa)  dan adun hingga sebati.  



3.  Ambil sekeping daun pisang.  Sapukan sedikit minyak di atasnya.  Kalau tak nak letak minyak pun boleh jugak.  



4.  Letak 2sb adunan ke atas daun pisang.  Ratakan sedikit dalam bentuk bulat.  Letak pula 1 sb kelapa parut yang diasingkan tadi di tengahnya.  Kemudian ambil sedikit lagi adunan tadi dan tutupkan kelapa parut itu.  Ratakan sedikit perlahan-lahan.  



Buatlah lagi untuk lempeng selanjutnya sehingga habis.  Untuk adunan ini boleh dapat 5 keping lempeng.



5.  Panaskan pan tanpa minyak.  Letakkan sekeping lempeng bersama daun pisang tadi di atas pan. Biarkan hingga masak.  Kalau nak ada hitam-hitam sikit, masak lama sikit.  Kemudian terbalikkan lempeng itu dan biarkan masak.



6.  Dah siap semua dimasak, bolehlah dinikmati lempeng ni begitu sahaja atau sedap juga dicicah dengan sambal tumis.




Lempeng ni tak perlu daun pisang pun ok aje.  
Cuma bila guna daun pisang ni bau kampung tu ðŸ˜ŠðŸ˜‹  
lebih terasa dan nampak menarik.


Tuesday, January 22, 2019

Kobis Goreng Mamak Style




500 gm kobis
1 st biji sawi
1 tangkai daun kari
2 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah
1 biji cili hijau
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Kobis dihiris dan rendam sekejap dalam air garam.  Toskan.



2.  Cili kering dipotong pendek.  Bawang merah dan cili hijau dihiris.



3.  Panaskan minyak dan tumis biji sawi sekejap.  Masukkan daun kari, cili kering dan bawang merah.  



4.  Kemudian masuk kobis, cili hijau, serbuk kunyit dan garam.  Gaul-gaulkan dan masak hingga kobis masak.




Sunday, January 20, 2019

Ikan Selar Kuning Masak Pindang Serani


Teringat lagi inilah lauk yang aku suka arwah mak aku masak dulu.  Masa demam memang selera aku makan.  Harum halia dan serai tu sungguh menyelerakan.

Pindang serani ni tak perlu letak kunyit.  Warnanya memang keruh macam ni.


5-6 ekor ikan selar kuning
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2" halia
1 batang serai
1 sb asam jawa
2 cawan air
garam secukup rasa

1.  Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris.  Serai dititik.  Asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air.


2.  Masuk bawang merah, bawang putih, halia, serai dan air asam jawa ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih.


3.  Bila dah mendidih sedikit masukkan ikan dan garam.  Masak lagi hingga mendidih dan ikan masak.  Ikan selar kuning ni cepat hancur sebab itu dimasukkan lewat sedikit.  


4.  Bila menghidang, taburkan cili hijau atau cili padi potong kalau ada.  Sedap dimakan dengan nasi bersama sambal belacan atau sambal goreng.




Friday, January 18, 2019

Sos Cocol Thai




100 gm cili merah
20 gm cili padi
5 ulas bawang putih
1 1/2 cawan air
1 sb cuka
1 biji limau nipis
2 sb sos ikan
1 sb tepung jagung + 2 sb air
1 pokok daun ketumbar
1 sb minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

1.  Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan air.



2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sekejap.  Tak perlu sampai garing.  Masukkan cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula.  Masak hingga mendidih.  Api jangan terlalu kuat.  

3.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi.  Gaul rata dan tutup api.

4.  Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang telah dicincang.  Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.



Boleh dibuat untuk mencicah tauhu goreng, udang bakar atau apa saja yang disukai.



Wednesday, January 16, 2019

Sambal Bajak Indon



100 gm cili merah
20 gm cili padi merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb belacan
2 biji tomato
3 helai daun salam
1 batang serai
20 gm lengkuas
1 st gula melaka
1 sb asam jawa
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Tomato dipotong 8.  Serai dan lengkuas dititik.  Asam jawa dibancuh dengan sedikit air.


2.  Panaskan minyak dan goreng cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, tomato dan belacan hingga layu.


3.  Tumbuk/kisar bahan yang digoreng tadi.

4.  Panaskan semula bekas minyak menggoreng tadi dan tumis bahan tumbuk/kisar hingga pecah minyak.


4.  Masuk daun salam, serai, lengkuas, gula melaka, air asam jawa dan garam.  Tumis sekejap dan tutup api.  



Tuesday, January 15, 2019

Jangan tuduh ulama bersalah meskipun dipenjara atau dibunuh



Imam Syafi'ie
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi
Ditangkap, dipenjara, dicambuk, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak setuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki
Dicambuk dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.  Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan At Tsauri
Seorang wali Allah yang termasyhur.  Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbun tanah.

Said Bin Jubair
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau.  Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al-Bustami
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah.  Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah.  Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa pun berhasil memancungnya.

Abul Husin An-Nuri
Wali Allah yang mampu menundukkan api.  Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat.  Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Subhanallah Allahu Akhbar La haula wala quwwata illa billah.

قل الحق ولو كان مرا

Katakanlah yang haq walaupun pahit.

Semoga kita diberikan keistiqomahan dalam menegakkan yang haq dan sentiasa mampu mengikut ulama-ulama yang istiqomah dalam berjuang.  Aamiin.

Ulama Warosatul Anbiya.



Saturday, January 12, 2019

Kek Gula Hangus aka Kek Sarang Semut


Tahun 80an dulu kakak aku selalu buat kek ni.  Kalau raya mesti ada kek ni.  Tapi waktu tu aku tak berapa suka sebab kek ni lain macam sikit.  Rasanya pahit-pahit sebab gula yang dihanguskan tu dan rasa kenyal-kenyal sikit.  Sarangnya tu yang buat dia nampak cantik.

Memang itulah sebetulnya rasa dan texture kek ni.  Kalau lembut macam kek biasa, itu tandanya keknya tak jadi ye.  



1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan planta
5 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 st soda bikarbonat



1.  Masuk gula pasir dalam kuali.  Masak hingga gula larut dan bertukar warna menjadi perang.



Masuk air perlahan-lahan dan berhati-hati kerana gula panas itu akan memercik.  Tutup api.



Kemudian masukkan planta/butter dan kacau hingga planta/butter larut.  Sejukkan gula hangus itu.



2.  Pecahkan telur dan kacau dengan whisk perlahan-lahan sehingga bersatu tapi jangan dipukul telur itu.  Cukup sekadar dikacau sahaja.



3.  Lepas itu masukkan susu pekat.  Kacau sikit.

4.  Masuk pula tepung yang telah diayak dengan baking soda.  Kacau hingga sebati. 



5.  Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.  Gaul hingga sebati.



6.  Tuangkan adunan itu ke dalam loyang yang telah disapu planta dan ditabur sedikit tepung atau dialas dengan baking paper.  Untuk adunan ini sebaiknya gunakan acuan 6"x6" biar nampak tinggi sikit kek itu.  Bila dah masukkan adunan dalam loyang kena biarkan adunan itu selama 3-5 jam supaya cantik texture sarangnya nanti.



7.  Panaskan oven pada suhu 170C.  Gunakan api bawah sahaja.  Masukkan loyang adunan tadi dan bakar kek 45 minit.  5 minit terakhir gunakan api atas dan bawah.



8.  Bila kek dah masak, sejukkan kek atas redai dan barulah dipotong.