Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Saturday, June 25, 2022

Sambal Cili Padi Terung Pipit



100 gm terung pipit
1/2 cawan cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sb belacan
1/2 cawan ikan bilis
1 keping asam-keping
minyak masak dan garam secukup rasa

1.  Terung pipit diketuk sedikit dengan lesung batu.  Lepas tu rebuskan terung pipit itu bagi buang rasa pahitnya.  Toskan.
2.  Cili padi, bawang putih, bawang besar dan belacan digoreng dengan 1st minyak hingga cili layu.  Kemudian ditumbuk bahan goreng itu.
3.  Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumbuk bersama ikan bilis dan asam keping hingga pecah minyak.
4.  Akhir sekali masukkan terung pipit dan garam.  Gorengkan lagi hingga garing sedikit dan angkat.




Friday, December 10, 2021

Ikan Bawal Sambal Penyet



Bahan A :
1 ekor ikan bawal
sedikit garam dan serbuk kunyit

Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelarkan.  Kemudian digaram-kunyit dan digoreng hingga garing.  Toskan.


Bahan B :
1 pokok salad
1 biji timun
1 keping tempe

Salad dibersihkan.  Timun dihiris.  Tempe dihiris nipis, ditabur sedikit garam dan digoreng garing.  Toskan.


Bahan C :
Sambal Penyet
Sup jernih (tak buat)

Resipi sambal penyet boleh lihat disini. 
Sup jernih ni yang simple ni hanya didihkan air rebusan ayam bersama garam, perasa ayam maggi, celeri dan daun bawang.  





Tuesday, August 31, 2021

Sambal Tumis Terung Pipit



100 gm terung pipit
3 cawan cili kisar
6 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 sb belacan
1 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 cawan ikan bilis
1/2 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Terung pipit dibuang tampuknya dan direbus hingga betul-betul lembut.  Toskan.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

3.  Masuk cili kisar dan belacan.  Tumis hingga pecah minyak.

4.  Kemudian masuk air asam jawa.  Bila mendidih, masuk ikan bilis dan bawang besar.  Masak lagi hingga mendidih.  Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.


5.  Akhir sekali masuk garam dan terung pipit.  Kacaukan sampai mendidih dan tutup api.






Sambal Kicap Daun Ketumbar


Kali ni kita buat sambal kicap yang ada kelainan sikit bahannya.  Aku tengok resipi ni di page Aleeya Zailan.  Selama ni tak pernah campur daun ketumbar.

Bolehlah dijadikan koleksi resipi dalam blog aku ni.  Sambil tu kita syorkan korang belilah produk detox ni yang boleh buat perut dan usus korang selesa sangat.


Kalau korang nak order, silakan wasap 018-3206681 untuk keterangan lanjut juga.  Kalau dekat boleh COD dan kalau jauh boleh dipos.

OKlah berbalik pada sambal kicap tadi, ini resipinya.
100 gm cili padi
3 ulas bawang merah
1 pokok daun ketumbar
1/2 cawan kicap Tamin
3 biji limau kasturi dibuang biji saja
2 sb gula melaka
beberapa titik fish sauce

Campurkan semua bahan dalam blender.  Limau kasturi tu dimasuk sekali kulitnya.








Friday, May 21, 2021

Sambal Fucuk Tahu Aleeya Zailan


Baru aku tahu wujudnya masakan ni kat Melaka.  Ini pun dapat tahu dari dak leeya, founder Avenys tu.
Memang sedap wei sambal ni.  Makan dengan ketupat ke, nasi ke...


100 gm fucuk tahu
10 ekor udang
1 cawan santan
2 cawan cili kisar
1 cawan air asam jawa
2 sb gula melaka
1 cawan minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris - aku tambah
garam secukup rasa

Bahan kisar :
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 sb belacan

1.  Udang dibersihkan dan dibuang perut.  Fucuk tahu direndam hingga kembang.  Fucuk tahu ni ada 2 jenis.  Boleh saja digunakan mana yang disukai.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga bawang nampak kekuningan.

3.  Lepas itu masukkan cili kisar.  Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.  Tambah minyak jika perlu.  Kemudian masuk santan dan air asam jawa.  Warna sambal akan menjadi oren sedikit.  Biar ia mendidih sedikit.  Jika terlalu pekat, boleh tambah air.

4.  Akhir sekali masuk udang, fucuk tahu, bawang besar hiris, garam dan gula melaka.  Masak lagi hingga mendidih.  Masakan ini agak berkuah sedikit tetapi pekat.







Friday, February 12, 2021

Sambal Goreng Pucuk Ubi



300 gm pucuk ubi
1 cawan ikan bilis
1 cawan minyak untuk menggoreng
3 sb gula melaka
2 keping asam-keping
garam secukup rasa

Bahan kisar :
2 sb biji ketumbar
2 sb jintan manis
100 gm cili padi
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

1.  Pucuk dibersihkan dan dipotong 1".
2.  Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
3.  Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
4.  Masuk pucuk ubi dan gaul sebati.  Goreng hingga kering berderai dan daun pucuk ubi itu jadi rangup.  Gunakan api sederhana.
5.  Akhir sekali tutup api dan masukkan ikan bilis goreng.  Gaul rata.



Simpan dalam bekas kedap udara.  Boleh dimakan dengan nasi goreng atau mee atau diratah begitu sahaja.

Ni dah tinggal habuk-habuk yang dah hancur pun masih sedap rangup dimakan.  Dah bawah-bawah nampak lebih berminyak.




Saturday, February 6, 2021

Sambal Penyet



100 cili merah
200 gm cili padi
2 biji tomato
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sb belacan
garam secukup rasa

1.  Cili merah dipotong-potong.  
2.  Panaskan minyak dan gorengkan bahan-bahan itu hingga naik bau.  

3.  Kemudian dikisar kasar semua bahan itu.
4.  Panaskan semula lebihan minyak tadi dan tumiskan bahan kisar tadi hingga pecah minyak.  


Sambal penyek ini sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak bersama ayam goreng, ikan goreng atau telur dadar.






Wednesday, June 17, 2020

Nasi Dagang Kelantan


Mula-mula keliru juga bila tengok ada orang jual nasi dagang yang berlainan rupanya tapi dorang claim itu nasi dagang asli.  Bila refer kat blog http://bicaramentari.blogspot.com/2019/10/dag.html  barulah tahu rupanya Nasi Dagang Kelantan berbeza sedikit dari Nasi Dagang Terengganu. Nasi Dagang Kelantan menggunakan beras yang telah dicampur dengan beras perang.  Aku beli beras ini di pasaraya.


A : Cara buat Nasi Dagang
2 cawan beras nasi dagang
3 ulas bawang merah - dihiris
1/2 halia - dihiris
1 st halba
2 helai daun pandan
2 cawan santan
garam secukup rasa

1.  Beras dibasuh bersih dan direndam dalam 4 jam dan toskan.  
2.  Masukkan beras ke dalam loyang bersama daun pandan.  Kukus beras tanpa air hingga beras kembang.
3.  Keluarkan beras itu dan digaul bersama santan dan garam.  Masukkan santan itu sedikit demi sedikit sambil digaul.  
4.  Kukus semula beras itu dalam 5 minit.  Kemudian gaul-gaulkan nasi itu dan tuangkan lagi santan secukupnya.  Tabur di atasnya bawang merah, halia dan halba.  Kukus lagi hingga nasi betul-betul masak.  Kalau nasi itu macam keras, tambah sedikit lagi santan cair atau air saja.  Sesekali buka penutup kukusan dan digaul-gaulkan nasi itu agar ia masak sama rata.


B : Cara buat gulai ikan tongkol
1 ekor ikan tongkol
3 sb rempah kari ikan
2 sb cili kisar
2 biji telur - direbus
500 ml santan
2 keping asam-keping
1 sb gula melaka
air secukupnya untuk merebus ikan
garam secukup rasa

Bahan kisar :
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" lengkuas
2" kunyit hidup
1 sb biji ketumbar
1" halia

1.  Ikan direbus dengan garam, asam keping dan gula melaka.  Sukatan air lebih seinci dari paras ikan.  Setelah mendidih, tapis dan asingkan air rebusan ikan.  
Sebaiknya disimpan semalaman tapi aku terus masak aje.  

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. 
3.  Lepas itu masuk cili kisar dan serbuk kari.  Tumis lagi hingga pecah minyak.

4.  Masukkan air rebusan ikan dan santan.  Biarkan mendidih sambil dikacau-kacau.

5.  Kemudian masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama telur rebus, asam-keping dan garam.  Masak lagi hingga mendidih dan masukkan cili padi.


C :  Cara Buat Sambal Kelapa 
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan kembong
3 ulas bawang merah
1 hiris halia
1 batang serai
garam secukup rasa

1.  Ikan direbus dan diasingkan isi dan tulang.  
2.  Kelapa digoreng hingga keperangan.  
3.  Kisar bawang merah, halia dan serai hingga halus.  
4.  Masak bahan kisar hingga kering.  Masuk kelapa goreng dan ikan rebus.  Goreng hingga kering dan sejukkan.  Kemudian dikisar separuh halus.  


D :  Cara Buat Acar
1 batang timun
1 batang carrot
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
2-3 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

1.  Timun dibuang empulurnya dan dipotong halus memanjang.  Carrot juga dipotong sama.  Bawang besar dihiris.  Cili merah dihiris atau dipotong kecil.
2.  Campurkan timun, carrot, bawang besar, cili merah, garam, gula dan perahkan jus limau kasturi.



E :  Cara Buat Sambal Lada
5 biji cili merah
5 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi
gula dan garam secukup rasa

1.  Goreng cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih tanpa minyak hingga layu.
2.  Kemudian dikisar kasar.  Perahkan jus limau kasturi dan masukkan garam dan gula.  






Tuesday, May 12, 2020

Nasi Kerabu



Nasi Kerabu :
2 cawan beras
1 batang serai
1 helai daun limau purut
15 kuntum bunga telang
3 cawan air panas
garam secukup rasa

1.  Bunga telang direbus atau direndam dengan air panas.
2.  Masukkan beras, serai, daun limau purut, air bunga telang dan garam ke dalam loyang.
3.  Kukus nasi hingga nasi masak.  Sesekali balik-balikkan nasi perlahan-lahan.



Sambal Kelapa
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan sardin
1 keping asam-keping
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
1/4 st serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa

1.  Kelapa disangai hingga keperangan.  
2.  Ikan sardin direbus bersama asam keping dan garam.  Ambil isi ikan dan hancurkan.
3.  Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dihiris.  
4.  Gorengkan tanpa minyak isi ikan, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan serbuk lada hitam hingga kering.  Kemudian campurkan kelapa tadi.  Balik-balikkan dan angkat.
5.  Campurkan gula dan garam secukup rasa.  Akhir sekali ditumbuk atau dikisar kering biar halus sedikit sambal kelapa itu tapi jangan terlalu halus macam serbuk.  


Solok Lada
5 biji cili hijau besar
1/2 cawan kelapa parut
1 ekor ikan sardin 
1 biji kuning telur
1/2 cawan santan
garam secukup rasa

1.  Bersihkan cili, dibelah tengah tapi jangan sampai putus dan dibuang bijinya.
2.  Ikan sardin direbus dan diambil isinya.  Campurkan isi ikan dengan kelapa parut, kuning telur dan garam.  Gaul rata.
3.  Sumbatkan ke dalam cili hijau.  Letak cili-cili itu dalam bekas dan siram atasnya dengan santan.  Kukus 10 minit.

Sambal Tumis :
*1 cawan santan
*15 tangkai cili kering
*2 biji bawang besar
*7 ulas bawang merah
*9 ulas bawang putih
*1" halia
1 keping asam-keping
1 batang serai - diketuk
2 sb gula melaka
garam secukup rasa

1.  Kisar bahan bertanda*.  
2.  Panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak.
3.  Masuk serai, asam keping, gula melaka dan garam.  Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.

Sos cili merah :
4 biji cili merah
6 biji limau kasturi
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Kisar semua bahan.


Ulam-ulaman :
Kobis - dihiris
Daun kesum - dihiris
Bunga kantan - dihiris
Tauge

Gaulkan semua bahan.



Lain-lain bahan sampingan yang biasa dihidang bersama nasi kerabu adalah timun, keropok ikan, ikan goreng tepung atau ayam goreng.



Monday, January 20, 2020

Tempe & Ikan Bilis Goreng Berlada




200 gm tempe
100 gm ikan bilis
200 gm cili merah
10 biji cili padi hijau
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam dan gula secukup rasa

1.  Tempe dipotong nipis.  Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing. Toskan.  



2.  Goreng pula ikan bilis hingga garing dan toskan.





3.  Cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih dipotong-potong dan digoreng sekejap hingga layu.  Lepas itu tumbuk bahan-bahan yang digoreng itu.



4.  Bekas minyak menggoreng tadi ditumiskan bahan tumbuk tadi hingga pecah minyak.  Masukkan garam dan sedikit gula.



5.  Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis tadi.  Gaul-gaulkan hingga rata dan kering.  Angkat.