Wednesday, June 30, 2021

Cinnamon Toast Blinis



8 oz cream cheese
1/2 cawan gula pasir
1 biji merah telur
1/4 st esen vanila
2 sb serbuk kayu manis
1 bungkus roti gardenia
3 sb butter
  
1.  Pukul cream cheese, 1/4 cawan gula pasir, merah telur dan esen vanila hingga berkrim.  Taburkan secubit serbuk kayu manis ke dalam cream cheese dan gaul sedikit.  




2.  Baki gula tadi digaulkan bersama serbuk kulit kayu manis.  Asingkan.

3.  Roti dibuang bahagian tepinya dan digelek supaya leper.  Lepas itu roti itu dipotong 2 atau 3.  Jika dipotong 3, blinis ini akan nampak lebih menarik.


4.  Sapukan cream cheese tadi diatas roti dan gulungkan.  Buat hingga habis.


5.  Kemudian barulah disapukan butter pada roti itu dan ditabur dengan campuran kayu manis.  Kalau tak suka bau dan rasa pahit kayu manis tu cukup sekadar tabur sedikit saja.


6.  Susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Bakar blinis ini pada suhu 200C selama 15 minit.





Monday, June 28, 2021

Kerepek Isi Ketam Versi Lebau




Dulu pernah buat kerepek isi ketam ni tapi versi halus-halus.  Kali ni kita buat versi lebau-lebau pulak.  Baru terasa sikit nikmat isi ketam tu.



Yang versi halus tu letih nak carik bagi halus.  Versi lebau ni kita potong nipis je.

Isi ketam tu guna sebanyak mana yang korang nak.  Potong senipis yang boleh.  


Panaskan 1 liter minyak.  Masukkan sedikit isi ketam itu.  Kemudian baru kecilkan sedikit api supaya isi ketam itu garing sepenuhnya dan tidak terlalu gelap warnanya.  Memang agak lambat sikit fasa menggoreng dengan api perlahan ni tapi kena sabau.






Sunday, June 27, 2021

Mee Celup Thai



A :  Cili Jeruk
5 biji cili hijau
1 st garam
1 sb gula pasir
cuka secukupnya

1.  Cili hijau dihiris kasar. 
2.  Masukkan cili dalam bekas.
3.  Masukkan cuka separas cili. 
4.  Akhir sekali masuk garam dan gula.  Kacaukan sedikit dan tutup bekas.  Biarkan 2-3 jam dan sudah boleh digunakan.

B :  Minyak Bawang Putih
1 labu bawang putih
1/2 cawan minyak

1.  Bawang putih didadu kecil.
2.  Panaskan minyak dan masukkan bawang putih.
3.  Gorengkan hingga bawang sedikit kekuningan.  
4.  Tuangkan bawang putih itu bersama dengan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

C :  Minyak Cili
3 ulas bawang putih 
1/2 cawan minyak masak
1/4 cawan cili flakes

1.  Bawang putih diketuk tanpa dibuang kulitnya.
2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih sekejap.
3.  Akhir sekali masuk cili flakes.  Masak hingga naik bau, tutup api.  Simpan dalam bekas bertutup .

D :  Sup Mee Celup
3 ulas bawang putih - diketuk
4 ulas bawang merah - dihiris
4 sekawan - 
  (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
1 1/2 liter air
2 sup bunjut
2" halia - diketuk
2 batang serai - diketuk
4 batang akar ketumbar
1 sb serbuk lada hitam
100 gm daging
10 biji bebola daging
1 st sos ikan
kicap pekat secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1 sb minyak untuk menumis

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan 4 sekawan hingga naik bau.
2.  Masuk air bersama sup bunjut, halia, serai, akar ketumbar, serbuk lada hitam dan daging.  Masak hingga daging empuk.
3.  Keluarkan daging dan hiris daging.  Ketepikan daging untuk hidangan.
4.  Akhir sekali masukkan kicap pekat, sos ikan, garam, gula dan bebola daging.  Bila mendidih dan bebola daging telah masak, tutup api.




E :  Bahan-bahan lain 
200 gm mee kuning - dicelur
200 gm kway teow - dicelur
200 gm kangkung - dicelur
100 gm tauge - disiram dengan air panas
4 biji limau kasturi
4 biji cili padi - dihiris
sedikit bawang goreng

Cara menghidang :
1.  Masukkan sedikit mee kuning dan kway teow dalam mangkuk.  
2.  Letak kangkung, tauge dan daging hiris.
3.  Tuangkan sup bersama meatball secukupnya dan letak sedikit cili jeruk, minyak bawang putih, minyak cili, cili padi, bawang goreng dan limau kasturi.







Saturday, June 26, 2021

Mee Goreng Basah



400 gm mee kuning
100 gm tauge
10 ekor udang
7 biji fish ball - dibelah dua
4 pokok sawi
3 ulas bawang putih - didadu kecil
1 sb cili kisar
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
1 cawan air rebusan daging
1 st tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak  dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.


2.  Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.


3.  Lepas itu masuk sos tiram, kicap pekat, udang, fish ball, sawi dan air rebusan daging.


4.  Bila mendidih, segera masukkan bancuhan tepung jagung.  Kacau-kacaukan.  Tambah air rebusan daging jika terlalu kering.  

5.  Akhir sekali masuk garam, mee kuning dan tauge.  Balik-balikkan, tutup api dan segera dihidangkan.  Mee ini tidak terlalu berkuah.  

Masa menghidang, taburkan daun sup atau daun bawang, bawang goreng dan cili jeruk.





Friday, June 25, 2021

Assam Laksa Penang



1 paket laksa
4 ekor ikan sardin
1 tin kecil sardin
1 1/2 liter air
3 keping asam-keping
5 tangkai daun kesum
5 batang serai - diketuk
gula dan garam secukup rasa

Bahan sampingan :
1 biji timun - dipotong halus memanjang
1 ikat daun pudina
2 kuntum bunga kantan - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 pokok salad - dihiris
10 biji cili padi - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
1/2 biji nenas - dipotong halus memanjang
5 biji limau kasturi
rojak buah secukupnya

Bahan kisar :
1 cawan cili kisar
5 biji cili merah
8 ulas bawang merah
1" lengkuas
3 sb belacan
2 batang serai

Jus asam jawa :
1 kepal asam jawa
1/2 cawan air

1.  Laksa direbus hingga lembut.  Penyediaan laksa ni kena ikut arahan pada label.  Ada macam-macam jenis laksa.  Lepas itu toskan laksa tu.




2.  Ikan sardin segar dibersihkan dan direbus.  Tapiskan airnya untuk dijadikan kuah laksa.  Asing isi ikan dan tulang.  Berhati-hati dengan tulang-tulang kecil.  Isi ikan dibiarkan kasar-kasar, tak perlu dikisar macam kuah laksa lain.




2.  Masukkan bahan kisar, jus asam jawa, daun kesum, serai, isi ikan rebus, isi ikan sardin tin, garam dan gula.  Tambah asam keping jika tidak cukup masam.  Masak hingga mendidih. 
 

Kuah laksa akan lebih sedap jika direnih lama sikit dengan api perlahan.  Jika kuah menjadi pekat, boleh tambah air.  Kuah laksa ni memang cair sedikit dan akan nampak ketulan-ketulan ikan.  Ikan sardin tin itu dipecahkan sedikit aje tapi jangan terlalu hancur.




Cara menghidang :
Letak laksa dalam mangkuk.  Masukkan semua bahan sampingan.  Tuang kuah menutup laksa itu.  Masukkan 1 st rojak buah.  
Campuran nenas dan rojak buah itu memang menambah rasa yang sangat sedap.






Thursday, June 24, 2021

Burnt Cheese Cake



600 gm cream cheese
200 gm gula castor
4 biji telur
300 gm double cream
1 st esen vanila
40 gm tepung gandum
1/4 st garam
acuan kek bulat saiz 8"

1.  Letak 2 keping baking paper dalam acuan secara bertindih menyilang.
2.  Pukul cream cheese hingga lembut.  Masuk gula dan pukul lagi.
3.  Lepas itu masuk telur satu per satu sambil dipukul. 
4.  Kemudian masuk garam, double cream dan vanila.  Pukul lagi hingga sebati.
5.  Akhir sekali masuk tepung dan gaul dengan senduk kayu hingga sebati.
6.  Tuang adunan kek dalam acuan.  Bakar pada suhu 200C selama 40 minit.
7.  Keluarkan kek dari oven.  Bahagian tengah kek akan kelihatan bergoyang sedikit.  Jika bahagian tepinya kelihatan merekah, jangan risau, sememangnya kejadiannya seperti itu.  

Sejukkan kek selama 6-7 jam.  Sebaiknya letak dalam peti sejuk.  Bila telah sejuk, bahagian tengah kek kelihatan tenggelam. 



  


Wednesday, June 23, 2021

Peanut Butter Bread



Bahan A:
1/2 cawan susu suam
1 st yeast
1 st gula pasir

Bahan B :
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula pasir
1/4 st garam
1/4 cawan butter cair
1 biji telur (saiz besar)

Bahan C :
1 st minyak/butter
Peanut butter secukupnya

1.  Satukan Bahan A.  Biarkan ia mengembang.  Sekiranya tidak mengembang dalam masa 3-5 minit, maka kena buat lain.


2.  Satukan Bahan B.  Gaul sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.  Bulatkan doh itu.



3.  Sapukan minyak/butter dalam mangkuk doh.  Letakkan semula doh tadi ke dalam mangkuk itu dan tutup dengan tuala lembab.  Biarkan doh itu mengembang.


4.  Taburkan sedikit tepung gandum atas papan canai.  Letak doh yang telah mengembang itu atas papan canai.  Canaikan doh itu memanjang.


5.  Sapukan peanut butter ke seluruh permukaan doh yang dicanai itu.  Kiri dan kanan doh itu dilipat ke dalam.  Kemudian dilipat dua bertindih.

6.  Canai lagi doh itu memanjang.  Canai perlahan-lahan supaya tidak koyak.  


7.  Lepas itu potong-potongkan doh itu.  Ambil sepotong doh itu lalu dibelah tiga tapi dibahagian atasnya tidak putus.  Buatkan seperti tocang dan cantumkan hujung ke hujung.  



8.  Masukkan doh roti itu dalam acuan muffin yang telah disapu minyak/butter atau dimasukkan ke dalam mangkuk kertas.  Biarkan doh itu mengembang lagi.  


9.  Kemudian barulah dibakar pada suhu 170c selama 30 minit atau hingga kekuningan.  Sapukan butter cair ke atas roti itu semasa masih panas sejurus keluar dari oven.