600 gm cream cheese
200 gm gula castor
4 biji telur
300 gm double cream
1 st esen vanila
40 gm tepung gandum
1/4 st garam
acuan kek bulat saiz 8"
1. Letak 2 keping baking paper dalam acuan secara bertindih menyilang.
2. Pukul cream cheese hingga lembut. Masuk gula dan pukul lagi.
3. Lepas itu masuk telur satu per satu sambil dipukul.
4. Kemudian masuk garam, double cream dan vanila. Pukul lagi hingga sebati.
5. Akhir sekali masuk tepung dan gaul dengan senduk kayu hingga sebati.
6. Tuang adunan kek dalam acuan. Bakar pada suhu 200C selama 40 minit.
7. Keluarkan kek dari oven. Bahagian tengah kek akan kelihatan bergoyang sedikit. Jika bahagian tepinya kelihatan merekah, jangan risau, sememangnya kejadiannya seperti itu.
Sejukkan kek selama 6-7 jam. Sebaiknya letak dalam peti sejuk. Bila telah sejuk, bahagian tengah kek kelihatan tenggelam.
No comments:
Post a Comment