Bahan A :
1 paket yeast
1/2 cawan air suam
1 st gula pasir
Bahan B :
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan butter cair
1/4 cawan gula pasir
1 biji telur
1/4 st garam
Peanut butter secukupnya
1. Satukan Bahan A. Biarkan hingga yeast itu mengembang. Jika tidak kembang, kena buat semula.
2. Dalam mangkuk adunan, satukan tepung, butter cair, gula pasir, telur, garam dan adunan yeast tadi. Gaul sambil uli hingga jadi doh yang lembut.
3. Bulatkan doh dan tutup dengan kain lembab. Biar hingga doh mengembang.
4. Kemudian tabur tepung atas papan canai dan uli doh tadi. Bahagi doh kepada 5 bahagian. Bulat-bulatkan setiap doh itu dan tutup semula dengan kain lembab. Biarkan hingga doh naik.
5. Ambil sebiji doh itu dan canai bulat lonjong. Separuh dari doh yang dicanai itu dipotong memanjang seperti sikat.
7. Sapu planta pada acuan bulat dan tabur tepung sekeliling acuan. Susunkan adunan roti itu dalam acuan. Perap lagi biar ia naik mengembang.
8. Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar roti selama 30 minit. Keluarkan roti itu dari oven dan segera sapukan planta di atas roti itu semasa panas lagi.
No comments:
Post a Comment