Friday, March 27, 2020

Pakej Rangsangan Ekonomi Negara


"Kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda undi tetapi kerajaan ini prihatin dengan anda".



"We are a nation at war with invisible forces.  The situation we are now facing is unprecedented in history.  And, this government may not be the government that you voted for.  But I want allof you to know that this government cares for you.  I resigned to the fact that I came in as you Prime Minister not at the best moment.  I face political, economic and health crisis all at the same time."

"We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation.  God willing, we will come out stronger when this crisis end and the dust settles." 

"Insyaallah".  





Tuesday, March 10, 2020

Ikan Tongsan Panggang




2 keping ikan tongsan
1 paket pes mee goreng Adabi
1 biji limau nipis
1 sb garam kasar

1.  Kepingan ikan tongsan dilumur dengan jus limau dan garam kasar.  Biarkan dalam 20 minit.



2.  Lepas itu lumurkan dengan pes mee goreng Adabi.



3.  Panggang ikan itu hingga garing di kedua-dua belah ikan.



Bayam Malbari Tumis Belacan




200 gm bayam malbari
1 tiub tauhu jepun
1 biji cili merah
1 sb belacan bakar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Bayam malbari dibersihkan dan dipotong.  Basuh dan bilas 3x bagi menghilangkan pasir-pasir halus.  




2.  Tauhu jepun dipotong 1/2" tebal.  Toskan sekejap supaya kering sedikit airnya.  Cili merah dan bawang besar dihiris.  Bawang putih dicincang.

3.  Panaskan minyak dan goreng tauhu jepun hingga garing.  Toskan dan ketepikan.  



4.  Bekas minyak menggoreng tauhu tadi ditumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan belacan hingga naik bau.



5.  Masuk sayur, air dan garam.  Masak hingga sayur masak.  Gunakan api kuat.  Masak sekejap sahaja supaya sayur ini tidak terlalu berlendir.  

6.  Akhir sekali masukkan tauhu jepun yang digoreng tadi.  Kacau-kacaukan dan tutup api.