Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Saturday, June 25, 2022

Sambal Cili Padi Terung Pipit



100 gm terung pipit
1/2 cawan cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sb belacan
1/2 cawan ikan bilis
1 keping asam-keping
minyak masak dan garam secukup rasa

1.  Terung pipit diketuk sedikit dengan lesung batu.  Lepas tu rebuskan terung pipit itu bagi buang rasa pahitnya.  Toskan.
2.  Cili padi, bawang putih, bawang besar dan belacan digoreng dengan 1st minyak hingga cili layu.  Kemudian ditumbuk bahan goreng itu.
3.  Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumbuk bersama ikan bilis dan asam keping hingga pecah minyak.
4.  Akhir sekali masukkan terung pipit dan garam.  Gorengkan lagi hingga garing sedikit dan angkat.




Wednesday, September 1, 2021

Opor Nangka Muda



300 gm nangka muda
3 batang serai
500 ml air
2 sb asam jawa - bancuh dengan 1 caw air
1 sb gula melaka
1/4 cawan kerisek
200 gm santan KARA
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa

Bahan kisar :
1" lengkuas
2" halia
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 biji cili merah
3 sb cili kisar
1 sb ketumbar
1 sb jintan manis
1 st serbuk kunyit
1 sb belacan

1.  Potong-potongkan nangka muda itu dan rebus hingga empuk.  Toskan.

2.  Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai, air dan air asam jawa.  


3.  Bila mendidih masuk nangka, santan, gula melaka, kerisek dan garam.  

4.  Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.  






Tuesday, August 31, 2021

Sambal Tumis Terung Pipit



100 gm terung pipit
3 cawan cili kisar
6 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 sb belacan
1 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 cawan ikan bilis
1/2 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Terung pipit dibuang tampuknya dan direbus hingga betul-betul lembut.  Toskan.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

3.  Masuk cili kisar dan belacan.  Tumis hingga pecah minyak.

4.  Kemudian masuk air asam jawa.  Bila mendidih, masuk ikan bilis dan bawang besar.  Masak lagi hingga mendidih.  Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.


5.  Akhir sekali masuk garam dan terung pipit.  Kacaukan sampai mendidih dan tutup api.






Nangka Muda Masak Bercili



Bahan A :
200 gm nangka muda - dipotong kecil
2 keping daun bay

Bahan B :
4 biji cili merah
4 biji cili padi merah
3 ulas bawang putih

Bahan C :
1 kuntum bunga kantan
1 helai daun kunyit 
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Rebus Bahan A hingga betul-betul lembut dan toskan.
2.  Bahan B ditumbuk kasar.  
3.  Panaskan minyak dan tumis Bahan B tapi jangan sampai garing.
4.  Kemudian masukkan nangka rebus tadi bersama bunga kantan.  Gaul-gaulkan biar sebati.
5.  Akhir sekali masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa.  Gaulkan lagi dan masak lagi supaya lebih naik baunya.  






 

Sunday, June 6, 2021

Terung Inti Daging




4 biji terung
1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji tomato - didadu kecil
1 pokok daun ketumbar - dihiris
1 sb serbuk lada hitam
1 st serbuk lada sulah
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

1.  Terung dibuang sedikit kulit luarnya (tak buang pun tak apa).  Lepas itu letak atas kuali dan masak hingga layu.  Titikkan sedikit minyak.  

2.  Dengan menggunakan kuali yang masak terung tadi, panaskan 2 sb minyak dan masukkan daging, bawang besar, bawang putih dan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.  

3.  Kemudian masuk tomato dan garam.  Masak sekejap dan tutup api.  Tabur daun ketumbar.

4.  Terung tadi dibelah dua dibahagian atasnya.  Sumbatkan inti daging itu ke dalam terung itu.  

5.  Panaskan semula kuali tadi dan masak lagi sekejap terung itu.







Friday, February 12, 2021

Sambal Goreng Pucuk Ubi



300 gm pucuk ubi
1 cawan ikan bilis
1 cawan minyak untuk menggoreng
3 sb gula melaka
2 keping asam-keping
garam secukup rasa

Bahan kisar :
2 sb biji ketumbar
2 sb jintan manis
100 gm cili padi
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

1.  Pucuk dibersihkan dan dipotong 1".
2.  Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
3.  Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
4.  Masuk pucuk ubi dan gaul sebati.  Goreng hingga kering berderai dan daun pucuk ubi itu jadi rangup.  Gunakan api sederhana.
5.  Akhir sekali tutup api dan masukkan ikan bilis goreng.  Gaul rata.



Simpan dalam bekas kedap udara.  Boleh dimakan dengan nasi goreng atau mee atau diratah begitu sahaja.

Ni dah tinggal habuk-habuk yang dah hancur pun masih sedap rangup dimakan.  Dah bawah-bawah nampak lebih berminyak.




Tuesday, January 12, 2021

Urap Nangka Muda



400 gm nangka muda
100 gm kelapa parut putih
3 helai daun limau purut
1 sb gula melaka
2 sb minyak untuk menumis
1 keping asam-keping
garam secukup rasa

Bahan dikisar halus :
5 biji cili merah
1 sb biji ketumbar
2" kunyit hidup
3 sb udang kering
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai

1.  Nangka muda dipotong kecil dan direbus hingga lembut.  Toskan.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.  Masuk asam keping, garam dan gula melaka.  Tumis lagi hingga pecah minyak.

3.  Kemudian masukkan kelapa dan daun limau purut.  Kecilkan api dan gaul-gaulkan kelapa itu hingga sebati.  

4.  Akhir sekali masukkan nangka muda yang telah direbus tadi.  Gaul hingga rata.  Tambah garam jika perlu.  Pastikan kelapa itu tidak terlalu kering.  Biar ia lembap sedikit.














Thursday, October 22, 2020

Asam Rebus Bendi

 

10 biji bendi
1/2 cawan cili kisar
2 sb asam jawa
2 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa

Bahan ditumbuk kasar :
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2" kunyit hidup

1.  Masukkan bahan tumbuk, serai dan air asam jawa dalam periuk.
2.  Masak hingga mendidih.  Lepas itu potongkan bendi hujung dan pangkalnya dan masukkan bendi ke dalam kuah yang sedang mendidih.  Masukkan garam sekali.
3.  Biar mendidih lagi, masukkan daun limau purut dan terus tutup api dan tutup periuk supaya bau daun limau itu meresap ke dalam kuah.

Kuah ni boleh juga dimasukkan ikan tapi hari ni kita nak masuk sayur aje.  Lawankan makan dengan ikan masin goreng atau ikan goreng atau ayam goreng.  

Makan pulak dengan kuah yang meladong dalam nasi...phuuh sedap giler.



Monday, June 29, 2020

Kerabu Nangka Muda




2 papan nangka muda
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan santan pekat
1 sb kerisek
5 biji cili padi
1 sb belacan
2 sb beras
3 biji limau kasturi 
garam dan gula secukup rasa

1.  Nangka muda dipotong kecil dan direbus hingga betul-betul lembut.  Memang agak lama juga nak merebusnya.  Toskan nangka itu dan siat-siatkan.  

2.  Bawang besar dihiris halus.  Beras digoreng hingga kekuningan dan ditumbuk atau dikisar.  

3.  Cili padi ditumbuk bersama belacan.  Campurkan semua dan perahkan jus limau kasturi.  Gaul rata hingga sebati.





Tuesday, April 28, 2020

Terung Berlada




3 biji terung
2 biji cili merah
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb belacan
1/4 cawan ikan bilis
1/4 cawan minyak masak
garam secukup rasa

1.  Terung dibelah dua.  Rendam dalam air supaya tidak lebam.
2.  Ikan bilis digoreng dan ditumbuk kasar.
3.  Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk kasar.
4.  Panaskan minyak dan masukkan terung tapi letak terung itu bahagian kulitnya diatas supaya warnanya unggunya naik.  Tak perlu diterbalikkan terung itu.  Ia akan masak keseluruhannya dengan sendiri.  Bila dah lembut terung itu, angkat dan susun dalam pinggan.
5.  Kemudian tumiskan bahan tumbuk hingga naik minyak.  Masukkan sekali ikan bilis dan garam.  Bila dah garing, tuang atas terung tadi.





Monday, April 13, 2020

Urap Sayur Kangkung



500 gm sayur kangkung
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 biji kelapa parut
1 st serbuk kunyit
1 sb minyak
1 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
1 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb serbuk udang kering
1 batang serai
1 sb serbuk jintan manis
1 st jintan putih
1 sb ketumbar

1.  Sayur kangkung dicelur sekejap dalam air mendidih dan toskan.
Bawang besar dan cili merah dihiris.

2.  Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar bersama serbuk kunyit hingga garing.  

3.  Masuk kelapa dan dikacau sekejap hingga rata dan sebati.  Jangan sampai terlalu kering.

4.  Akhir sekali masuk sayur kangkung, bawang besar dan cili merah.  Gaul-gaulkan sekejap dan tutup api.  Masa menghidang, perahkan jus limau kasturi.





Tuesday, March 10, 2020

Bayam Malbari Tumis Belacan




200 gm bayam malbari
1 tiub tauhu jepun
1 biji cili merah
1 sb belacan bakar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Bayam malbari dibersihkan dan dipotong.  Basuh dan bilas 3x bagi menghilangkan pasir-pasir halus.  




2.  Tauhu jepun dipotong 1/2" tebal.  Toskan sekejap supaya kering sedikit airnya.  Cili merah dan bawang besar dihiris.  Bawang putih dicincang.

3.  Panaskan minyak dan goreng tauhu jepun hingga garing.  Toskan dan ketepikan.  



4.  Bekas minyak menggoreng tauhu tadi ditumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan belacan hingga naik bau.



5.  Masuk sayur, air dan garam.  Masak hingga sayur masak.  Gunakan api kuat.  Masak sekejap sahaja supaya sayur ini tidak terlalu berlendir.  

6.  Akhir sekali masukkan tauhu jepun yang digoreng tadi.  Kacau-kacaukan dan tutup api.