10 biji bendi
1/2 cawan cili kisar
2 sb asam jawa
2 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa
Bahan ditumbuk kasar :
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2" kunyit hidup
1. Masukkan bahan tumbuk, serai dan air asam jawa dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih. Lepas itu potongkan bendi hujung dan pangkalnya dan masukkan bendi ke dalam kuah yang sedang mendidih. Masukkan garam sekali.
3. Biar mendidih lagi, masukkan daun limau purut dan terus tutup api dan tutup periuk supaya bau daun limau itu meresap ke dalam kuah.
Kuah ni boleh juga dimasukkan ikan tapi hari ni kita nak masuk sayur aje. Lawankan makan dengan ikan masin goreng atau ikan goreng atau ayam goreng.
Makan pulak dengan kuah yang meladong dalam nasi...phuuh sedap giler.
No comments:
Post a Comment