Saturday, March 9, 2019

Serimuka Gula Merah




Bahan untuk lapisan bawah :
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 helai daun pandan
1 st garam

1.  Rendam beras pulut dalam 1-3 jam.  Basuh dan toskan.

2.  Masuk beras pulut, santan cair, daun pandan dan garam ke dalam loyang.  Kukus lebih kurang 20 minit hingga pulut masak.  Gaul-gaulkan pulut dan keluarkan daun pandan itu.




3.  Gunakan loyang saiz 7"x7".  Sapukan minyak sekeliling loyang itu.  Ratakan pulut dalam loyang itu sambil ditekan-tekan sedikit supaya padat.  Ketepikan.



Bahan untuk lapisan atas :
2 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 sb tepung ubi
2 biji telur
150 gm gula merah
1 st garam

1.  Masak gula merah bersama air dan daun pandan hingga gula larut.  Tapis dan sejukkan.



2.  Campurkan santan, telur, tepung gandum, tepung sagu dan sagu ke dalam air gula merah tadi.  Gaul hingga sebati dan tepung tidak bergentel.  Tapiskan.



3.  Sementara itu didihkan semula air di dalam periuk kukus.  Tuangkan adunan ini atas lapisan pulut tadi.  Kukus 20 minit atau hingga masak.  



4.  Bila dah masak, biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong.  





Friday, March 8, 2019

Biskut Kacang Tanah




Bahan untuk inti kacang :
200 gm kacang tanah
2/4 cawan gula icing

Bahan untuk pastry :
120 gm tepung kek
2 sb butter - cairkan
1 st gula icing
40 ml susu cair
1 kuning telur
1/4 st garam

1.  Sangai kacang tanah dan buang kulitnya.  Kisarkan kacang itu bersama gula icing sehingga boleh dikepal.

2.  Campur tepung dengan garam.  Masuk butter cair dan gaulkan sedikit.  Lepas tu masuk gula icing dan gaul lagi.  Adunan agak berderai.





3.  Campur susu dan kuning telur dalam satu bekas.  Kacau sedikit.  Masukkan ke dalam tepung tadi.  Gaul hingga jadi doh.  Biarkan 30 minit.

4.  Ambil sedikit doh dan canai memanjang lebih kurang 4"lebar. 


5.  Inti kacang tadi dibuatkan gulungan panjang berdiameter lebih kurang 1/2".  Letakkan inti kacang itu atas doh yang telah dicanai tadi.  Gulungkan doh itu.  



6.  Potong serong dan dikelar-kelarkan sedikit.  Lepas itu picitkan sedikit doh itu supaya kelaran itu terbuka.



Bakar biskut pada suhu 160C/320F selama lebih kurang 15-20 minit.




Thursday, March 7, 2019

Lepat Jagung




2 batang jagung
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 cawan santan
1/2 st garam
daun pisang secukupnya

1.  Potong daun pisang 6"x9".  Lap dan layurkan atas api supaya tidak koyak semasa membungkus.  Kalau dapat daun pisang yang lembut, tak payah layur atas api.



2.  Jagung dilurutkan bijirinnya dengan pisau.
  

3.  Campurkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, gula, santan dan garam.  Gaulkan hingga rata.  Kemudian masakkan atas api.  Bila mendidih masukkan jagung dan masak lagi hingga likat.  Tutup api.



4.  Ambil sehelai daun pisang dan letakkan 2 sb adunan tadi di tengah daun pisang.  Bungkus kuih itu seperti membungkus lepat ubi dan susun dalam loyang pengukus.



5.  Sementara itu panaskan air dalam kukusan hingga mendidih.  Kukus kuih dalam 15 minit.






Resipi asal kredit : Chef Hanieliza