Friday, March 18, 2016

Masak Lemak Telur Rebus




3 biji telur
10 biji cili padi
3" kunyit hidup
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1 biji kelapa
1 biji kentang
garam secukup rasa

1.  Telur direbus dan dikupas kulitnya.  Telur itu boleh juga digoreng dulu jika mahu.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.

2.  Cili padi, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih dikisar atau ditumbuk.  Serai diketuk.  Kentang dipotong 4 atau 6.

3.  Masukkan bahang tumbuk bersama serai, kentang dan santan cair ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.

4.  Kemudian masukkan santan pekat bersama telur, daun kunyit dan garam.  Masak lagi hingga mendidih.  Kuah semestinya pekat.  Oleh itu kena dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.  




Saturday, March 12, 2016

Kek Kukus Pandan



4 biji telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1 st baking powder
1 st ovalette
2 cawan tepung
1/3 cawan air pandan
pewarna hijau secukupnya

1.  Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.

2.  Masuk susu pekat dan minyak.  Pukul lagi hingga sebati.

3.  Lepas itu masuk tepung yang telah diayak dengan baking powder.  Gaul hingga sebati dan masukkan air pandan.  Gaul lagi hingga sebati. 

5.  Kemudian bahagi adunan kepada 3 bahagian.  Masukkan pewarna hijau mengikut kepekatan warna yang diperlukan.  Kalau tak nak bahagi 3 bahagian pun boleh, gaulkan aje pewarna hijau hingga sekata.


6.  Kukus kek selapis demi selapis dengan setiap lapisan dikukus lebih kurang 15 minit.  Lapisan yang akhir dikukus dalam 20 minit atau hingga kek masak.




Thursday, March 10, 2016

Ayam Kam Heong



1/2 ekor ayam
2 sb tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 helai daun limau purut
3 tangkai cili kering - dipotong-potong
2 sb sos tiram
3 sb cili kisar
3 sb gula
garam secukupnya

Bahan kisar :
4 batang serai
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2" halia

1.  Ayam dipotong kecil.  Ayam dilumur dengan garam dan tepung jagung.  Goreng ayam itu hingga garing dan toskan.

2.  Dengan menggunakan bekas minyak menggoreng ayam itu, tumiskan bahan kisar hingga garing.  

3.  Masuk pula cili kisar dan tumis lagi hingga cili masak.  Lepas itu masukkan sos tiram dan gula.  Tumis lagi hingga pecah minyak.

4.  Kemudian masukkan daun limau purut, daun kari dan cili kering.  Tumis sekejap dan akhir sekali masukkan ayam goreng tadi.  Masak hingga kering.



Tuesday, March 8, 2016

Kuih Koci Kalbuku




Bahan Inti Kelapa :    
2 cawan kelapa parut
1/4 cawan air
20 gm gula merah / gula melaka
1 sb gula pasir
1 helai daun pandan

1.  Masuk air, gula merah, gula pasir dan daun pandan dalam periuk.  Masak hingga gula larut.

2.  Masuk kelapa parut.  Gaulkan hingga sebati.  Jangan masak terlalu kering.  Biarlah inti kelapa tu nampak lembap-lembap sikit.  Inti kelapa ni kalau lebih, boleh simpan dalam peti ais untuk buat kuih lain pulak.




Bahan untuk buat kuih koci :
1 1/2 cawan tepung pulut putih
3 sb tepung pulut hitam
3/4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
1/2 st garam
1/4 cawan minyak masak
daun pisang secukupnya


1.  Santan pekat dimasak dengan daun pandan dan sedikit garam hingga pekat.  Sambil itu dikacau selalu.  Ketepikan.

Santan pekat ini lebih sedap dan menarik rupa kuih koci tu kalau menggunakan santan segar.  

2.  Daun pisang di lap di kedua-dua belah dan layur atas api.  Lepas itu dipotong 5"x7".  Itu kalau dapat satu pelepah daun pisang senang lah nak layur macam tu.  

Tapi kalau beli yang kat supermarket tu lebih senang dipotong (pakai gunting le) 5"x7", lapkan daun pisang tu, kemudian barulah dilayur.   Ketepikan.

3.  Campur tepung pulut putih, tepung pulut hitam, garam dan santan cair.  Gaul hingga menjadi doh.

Kalau gunakan santan kotak, gunakan separuh sukatan daripada 1/4 cawan.  Tambahkan air untuk dijadikan 1/4 cawan penuh. Campurkan ke dalam campuran tepung.  Tambahkan lagi 2/4 cawan air tapi masukkan sedikit-sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut.


4.  Ambil sedikit adunan.  Leperkan dan masukkan sesudu inti kelapa di tengahnya. Kemudian dibulatkan semula.  Adunan itu agak lembut, jadi sekadar dibulatkan tercantum menutup inti sudah memadai. Jika tidak, doh itu akan pecah (ini ikut pada pengalaman aku lah).




5.  Kemudian lumurkan kuih koci itu dengan sedikit minyak masak supaya ia tidak melekat pada daun pisang setelah ianya masak.



Letakkan bebola kuih koci itu ke atas daun pisang.  Lepas itu tuangkan 1 sb santan pekat yang dimasak tadi ke atas bebola kuih koci itu.  Kemudian barulah dibungkuskan kuih koci itu. 












6.  Kukus kuih koci itu lebih kurang 7-10 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.  Air dalam kukusan mesti betul-betul mendidih.




Selain menggunakan daun pisang, boleh juga digunakan bekas-bekas kecil.  Hanya letak bebola kuih koci yang telah disapu dengan minyak masak ke dalam bekas itu, tuangkan santan pekat yang telah dimasak terlebih dahulu dan terus dikukus.