Showing posts with label Tauhu. Show all posts
Showing posts with label Tauhu. Show all posts

Monday, October 11, 2021

Salad of The Day



4 keping tauhu
1 pokok daun salad
sedikit tauge - dicelur dan toskan
minyak untuk menggoreng tauhu

Sos :
1/2 cawan cili kisar
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sb asam jawa
air anggaran 3/4 cawan
garam dan gula secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.  Sejukkan dan potong dua.  Belahkan sedikit bahagian tengah tauhu itu.  

2.  Sumbatkan sekeping daun salad ke dalam belahan tauhu itu bersama tauge.

3.  Untuk membuat sosnya, kisarkan cili kisar bersama cili merah dan bawang putih.  Kemudian masukkan dalam periuk bersama perahan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.  Masak hingga mendidih dan agak pekat.

4.  Masa nak makan, tuangkan sos itu diatas salad itu.




Saturday, May 2, 2020

Tauhu Begedil




20 biji tauhu pop
400 gm kentang
200 gm daging 
1 pokok daun sup
2 biji cili padi
1 st serbuk lada sulah
2 sb bawang goreng
1 sb serbuk ikan bilis goreng
2 biji telur
500 ml minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Kentang dikupas kulit dan dipotong 4 atau 6.  Rebus kentang itu hingga lembut.  Toskan airnya dan lecek kentang itu panas-panas hingga hancur.



2.  Daging dicincang dan digoreng tanpa minyak.  Daun sup dihiris halus.  Cili padi dihiris halus.  Tauhu pop dibahagi dua, separuh dibelah dibahagian atasnya sahaja dan separuh lagi dibelah berpalang di atasnya.  Diterbalikkan tauhu itu dan keluarkan isinya.  Ia akan terbentuk seperti kelopak bunga.


3.  Gaulkan kentang, daging cincang, daun sup, bawang goreng, serbuk lada sulah, serbuk ikan bilis, cili padi dan garam hingga sebati.


4.  Ambil sedikit isi begedil itu dan sumbatkan ke dalam tauhu pop tadi.  

5.  Panaskan minyak.  Celupkan tauhu yang telah diisi inti tadi ke dalam telur yang telah dipukul sedikit dengan garam dan serbuk lada sulah.



6.  Gorengkan tauhu begedil itu dalam minyak panas hingga garing.  



7.  Akhir sekali bolehlah dinikmati tauhu begedil itu dengan sambal kicap.





Tuesday, March 10, 2020

Bayam Malbari Tumis Belacan




200 gm bayam malbari
1 tiub tauhu jepun
1 biji cili merah
1 sb belacan bakar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Bayam malbari dibersihkan dan dipotong.  Basuh dan bilas 3x bagi menghilangkan pasir-pasir halus.  




2.  Tauhu jepun dipotong 1/2" tebal.  Toskan sekejap supaya kering sedikit airnya.  Cili merah dan bawang besar dihiris.  Bawang putih dicincang.

3.  Panaskan minyak dan goreng tauhu jepun hingga garing.  Toskan dan ketepikan.  



4.  Bekas minyak menggoreng tauhu tadi ditumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan belacan hingga naik bau.



5.  Masuk sayur, air dan garam.  Masak hingga sayur masak.  Gunakan api kuat.  Masak sekejap sahaja supaya sayur ini tidak terlalu berlendir.  

6.  Akhir sekali masukkan tauhu jepun yang digoreng tadi.  Kacau-kacaukan dan tutup api.





Tuesday, October 8, 2019

Sayur Green Dragon



100 gm sayur green dragon
2 ulas bawang putih
1 keping tauhu
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Sayur green dragon dipotong 2".  Bawang putih dicincang.
Tauhu dipotong 9.

2.  Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning.  Toskan.

3.  Tumis bawang putih dalam bekas minyak menggoreng tauhu tadi hingga kekuningan.

4.  Masukkan sayur green dragon dan goreng sekejap.  Masuk pula tauhu goreng tadi bersama garam.  Goreng sekejap dan tutup api.  Sayur ni cepat aje masaknya dan memang sedap.



Tuesday, December 25, 2018

Kacang Parang Masak Lemak




400 gm kacang parang
2 batang serai
1 keping tauhu
1 biji cili merah
1 biji kelapa
garam secukup rasa

Bahan kisar :
5 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 sb udang kering

1.  Kacang parang dipotong serong.  Serai dititik.  Tauhu dipotong 4.  Cili merah dihiris.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat.  Kemudian diperah lagi 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.



2.  Masukkan bahan kisar, serai, tauhu, kacang parang dan santan cair ke dalam periuk.  Masak dengan api perlahan hingga mendidih sambil dikacau-kacau.  Pastikan tidak pecah minyak.

3.  Bila dah mendidih, masukkan santan pekat dan garam.  Biar mendidih perlahan-lahan asalkan jangan pecah minyak.  Kacau-kacaukan kuah itu.  Pastikan kuah pekat.  Tutup api dan tabur cili merah.



Masak lemak ni sedap dilawankan dengan sambal belacan.  Kebetulan ada kundang aku buatlah sambal belacan kundang.

Kacang parang ni rasanya pahit-pahit lemak pada tekak akulah.  


Saturday, February 27, 2016

Tauhu Masak Sambal Daun Kesom




3 keping tauhu
10 gm daun kesom
1/4 cawan minyak masak
garam

Bahan kisar :
10 biji cili merah
1 sb udang kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2" kunyit hidup
1" halia
1" lengkuas

1.  Tauhu dipotong 3 dan digoreng hingga garing.  Toskan.

2.  Dengan menggunakan minyak menggoreng tauhu tadi, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.

3.  Masukkan daun kesom dan garam.  Daun kesom tu boleh dihiris ataupun dimasukkan begitu sahaja.  Buangkan batang yang terlalu keras, ambil daun dan batang yang lembut sahaja.

4.  Akhir sekali, masukkan tauhu.  Gaulkan hingga rata dan tutup api.





Friday, August 14, 2015

Ikan Masak Sambal Serai Bertauhu



3-4 ekor ikan - ikut suka
1 keping tauhu
2 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
1/3 cawan cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1/3 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2" halia

1.  Ikan digaram-kunyit dan digoreng hingga garing.  Ketepikan.
2.  Tauhu didadu dan digoreng hingga garing.  Ketepikan.


3.  Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga garing.
4.  Masukkan serai yang dititik, bawang besar dan air asam jawa. Masak hingga pecah minyak dan masuk garam.
5.  Masukkan ikan dan tauhu yang telah digoreng tadi dan gaul ratakan sambal hingga bersalut pada ikan.  



Saturday, July 25, 2015

Sambal Tumis Udang dan Tauhu




10 ekor udang besar
2 keping tauhu putih
1 biji bawang besar
1 cawan cili kisar
1 sb asam jawa
1/4  cawan air asam
1/3 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 st belacan


1.  Udang dibersihkan.  Belah belakangnya dan tarik keluar benda bertali.  Itulah perut/usus udang.

2.  Bawang besar dimayang.  Tauhu digoreng hingga  garing. Toskan dan dipotong dadu besar.  Asam jawa diramas dengan air dan tapiskan airnya.

3.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.  

4.  Masuk pula cili kisar.  Tumiskan hingga garing dan masuk air asam jawa.  Masaklah lagi hingga pecah minyak.  Kalau sambal nampak kering tapi masih belum pecah minyak, masukkan sedikit air biasa.  Jangan banyak sangat air, nanti sambal terlalu cair.


5.  Akhir sekali masuk tauhu, udang, bawang besar dan garam.  Bila udang sudah masak dan sambal dah mendidih, tutup api. 

Kalau nak goreng udang tu dulu pun boleh juga.  Tapi aku lebih suka masukkan udang mentah waktu sambal mendidih bagi mengeluarkan rasa manis udang itu. 



Wednesday, May 13, 2015

Jemput-Jemput Tofu Lembut




1 pack tofu lembut
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
3 biji cili padi - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris
1 pokok daun bawang - dihiris
1/4 cawan ikan bilis
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Tekan-tekankan tofu dengan belakang senduk hingga hancur halus. 




2.  Kemudian satukan semua bahan-bahan.  Gaulkan hingga sebati macam adunan jemput-jemput.  Tak perlu masuk air.


3.  Ambil satu sudu adunan dan bulatkan menggunakan satu lagi sudu.  Masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga garing.

4.  Cicahkan dengan sambal kicap atau cili sos.




Friday, July 18, 2014

Tauhu Telur Goreng Sos Tiram



250 gm tauhu telur
4" carrot
100 gm brokolli
1 biji cili merah
1 sb tepung jagung
2 sb air
4 sb minyak
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan untuk sos :
1 sb sos tiram
1-2 titik minyak bijan
1 sb kicap pekat
1/4 cawan air

1.  Tauhu telur dipotong 1" tebal, basuh sekejap dan toskan.  Carrot dipotong halus memanjang. Brokolli dipotong kecil.  Cili merah dihiris.  Tepung jagung dibancuh dengan 2 sb air itu.




2.  Panaskan minyak dan goreng tauhu telur itu hingga garing keseluruhannya.  Masa menggoreng tu pastikan tauhu itu tidak terlalu berair.  Nanti akan meletup-letup.  Tauhu itu nanti akan rangup di luar dan lembut di dalam.  Toskan.

3.  Bekas minyak menggoreng tauhu tadi ditumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan.  



4.  Masuk brokolli, carrot dan campuran bahan sos.  Gaulkan.

5.  Bila sayur dah hampir masak, masukkan bancuhan tepung jagung dan garam.  Bila dah hampir pekat, tutup api dan masukkan tauhu telur yang digoreng tadi.  Gaul rata dan angkat.  Kalau nak basah sikit, tambahkan sedikit lagi air.




Tuesday, December 4, 2012

Telur Gulung Kukus




3 biji telur
2 keping tauhu putih
2 inci carrot
1/2 cawan daging kisar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji cili padi 
1 biji cili merah
1 pokok daun bawang 
1 sb bawang goreng
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Telur dipukul dengan sedikit garam, lada sulah dan masukkan sedikit hirisan daun bawang.   Panaskan kuali hingga betul-betul panas berasap sedikit.  Tuangkan telur dan lenggangkan kuali hingga telur itu merata bulatnya dalam kuali.  Tak perlu guna minyak.  

2.  Carrot didadu kecil.  Daun bawang, cili merah dan cili padi dihiris.  Tauhu dilecek.


3.  Daging kisar digoreng sekejap hingga bertukar warna coklat.  Lepas itu gaulkan dengan carrot, tauhu, bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah, daun bawang dan bawang goreng. 



5.  Letak telur dadar atas daun pisang.  Lepas itu letak bahan yang dicampur tadi di atas telur dadar tadi.  Kemaskan dan gulungkan telur itu.  Bungkus dengan daun pisang atau aluminium foil.



6.  Kemudian kukus telur gulung itu dalam 15 minit. 


Saturday, March 10, 2012

Telur dan Tauhu Goreng




Masakan yang aku dapat dari blog Shinta ni memang mudah dan ringkas aje.  Bolehlah dibuat  kalau kesuntukan masa nak menyediakan makanan. 

3 biji telur
2 keping tauhu
1/4 st serbuk lada sulah 
1 pokok daun sadri 
1 cawan tauge 
1 sb bawang goreng
1 sb minyak untuk menggoreng

Bahan untuk sos dikisar halus :
5 batang cili merah
2 ulas bawang putih
1 sb gula perang
3 sb kicap lemak manis
garam secukup rasa


1.  Tauhu dipotong nipis.  Daun sadri dihiris.  Tauge dicelur dengan air panas sekejap dan toskan hingga kering. 



2.  Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.  


3.  Pukul telur sedikit bersama garam dan lada sulah.  Tuangkan telur itu ke dalam kuali berisi tauhu tadi.  Gorengkan hingga garing di kedua-dua belah telur itu.



4.  Telur dadar itu dipecah-pecahkan menjadi kepingan-kepingan.  Angkat dan masuk dalam pinggan.



5.  Taburkan di atasnya dengan tauge, daun sadri dan bawang
goreng.  Kemudian tuangkan sos tadi.