20 biji tauhu pop
400 gm kentang
200 gm daging
1 pokok daun sup
2 biji cili padi
1 st serbuk lada sulah
2 sb bawang goreng
1 sb serbuk ikan bilis goreng
2 biji telur
500 ml minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
1. Kentang dikupas kulit dan dipotong 4 atau 6. Rebus kentang itu hingga lembut. Toskan airnya dan lecek kentang itu panas-panas hingga hancur.
2. Daging dicincang dan digoreng tanpa minyak. Daun sup dihiris halus. Cili padi dihiris halus. Tauhu pop dibahagi dua, separuh dibelah dibahagian atasnya sahaja dan separuh lagi dibelah berpalang di atasnya. Diterbalikkan tauhu itu dan keluarkan isinya. Ia akan terbentuk seperti kelopak bunga.
5. Panaskan minyak. Celupkan tauhu yang telah diisi inti tadi ke dalam telur yang telah dipukul sedikit dengan garam dan serbuk lada sulah.
6. Gorengkan tauhu begedil itu dalam minyak panas hingga garing.
7. Akhir sekali bolehlah dinikmati tauhu begedil itu dengan sambal kicap.
No comments:
Post a Comment