Sunday, May 24, 2020

Nasi Mandhy




2 cawan beras basmathi
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (saiz kecil)
5 biji cili hijau
1 sb rempah nasi mandhy/mendi
secubit saffron
1/2 cawan air panas
2 1/2 cawan air
1 sb minyak sapi
secekak daun ketumbar
sedikit kismis
garam secukup rasa

1.  Beras basmathi dibasuh bersih dan direndam dalam 20 minit. Toskan airnya.

2.  Bawang putih dikupas kulit dan dibiarkan sebiji-sebiji.  Disini bawang putih itu dibelah dua dan dibuang tunas ditengahnya.

Bawang besar dihiris.  Cili hijau dipotong tebal.  Saffron direndam dengan 1/2 cawan air panas tadi hingga warnanya keluar.

3.  Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga kekuningan.

4.  Kemudian masuk bawang besar.  Tumis lagi hingga bawang layu dan masuk cili hijau.

5.  Lepas itu masuk rempah nasi mandhy .  Tumis sekejap dan masukkan daun ketumbar.  Gaul-gaulkan dan masuk beras.  Gorengkan beras itu dalam 3-4 minit.

6.  Akhir sekali masuk saffron bersama air rendamannya dan air secukupnya serta garam.  Penggunaan air biasa itu boleh digantikan dengan air rebusan ayam atau daging.

7.  Tutup periuk dan biarkan nasi masak.  Semasa nasi hampir kering, taburkan minyak sapi di permukaannya dan biarkan ia masak sepenuhnya.





Nasi mandhy ini boleh gunakan ayam atau kambing yang dimasak sekali dengan nasi.  




No comments:

Post a Comment