Showing posts with label Snacks. Show all posts
Showing posts with label Snacks. Show all posts

Sunday, October 10, 2021

Cucur Maggi



Bahan A :
1 paket maggi kari
500 ml minyak untuk menggoreng

Bahan B :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3 batang isi ketam - dipotong 1" panjang
1 tangkai daun sup - dihiris
3 biji cili padi - dihiris
1 tangkai cili kering - dihiris
1/2 biji bawang besar - didadu kasar
1 biji telur
garam secukup rasa
1/4 cawan air

1.  Maggi direndam hingga lembut dan diuraikan.  Toskan.




2.  Satukan semua bahan B.  Gaul perlahan hingga rata.  Akhir sekali masukkan serbuk kari maggi.  Tambah cili kering jika nak lebih pedas.


3.  Panaskan minyak dan goreng seperti cekodok biasa hingga garing.




Wednesday, July 7, 2021

Muruku Bawang Putih



2 cawan tepung beras
4 sb tepung dhal/tepung muruku
3 ulas bawang putih
3 sb bijan
2 sb planta
1 cawan air (lebih kurang)
secubit jemuju
garam secukup rasa
acuan muruku 1 bintang
plastik/daun pisang

1.  Bawang putih ditumbuk dengan secubit garam hingga betul-betul halus supaya tidak tersekat dalam acuan.


2.  Satukan tepung beras, tepung dhal, bawang putih tumbuk, bijan, jemuju dan garam.  Gaulkan.


3.  Kemudian masukkan planta.  Gaul dan ramas.  Akhir sekali masuk air sedikit demi sedikit sambil digaul menjadi adunan yang lembut.  Kalau adunan agak keras, nanti susah nak tekan dengan acuan.


4.  Sapukan bahagian dalam acuan dan penekannya dengan minyak masak supaya adunan tak melekat. 

5.  Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam acuan.  Tekankan muruku itu ke atas plastik/daun pisang dulu.  Buat 4 kali putaran muruku itu untuk mendapatkan saiz yang sama.


6.  Waktu yang sama panaskan minyak dalam kuali.  Masukkan secubit adunan ke dalam minyak panas.  Jika adunan itu terapung, itu tanda minyak dah cukup panas.


7.  Masukkan muruku yang telah ditekan itu ke dalam minyak panas.  Goreng hingga buih-buih pada muruku itu menjadi perlahan.  Angkat dan toskan.






Thursday, July 1, 2021

Muruku Kentang






2 cawan tepung beras
200 gm kentang
secubit jemuju
2 sb bijan
1 sb planta
3/4 cawan air
garam secukup rasa

1.  Kentang direbus hingga lembut dan dilecek atau dikisar hingga betul-betul halus.  Boleh dimasukkan lebih kurang 2 sb air semasa dikisar.


2.  Campurkan tepung beras, kentang lecek/kisar, jemuju, bijan, garam dan planta.  


3.  Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut tapi tidak melekat di tangan. 


4.  Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan muruku.  Masukkan sedikit adunan itu ke dalam acuan muruku dan tekankan muruku itu atas sekeping plastik.  Boleh juga gunakan belakang senduk atau daun pisang.


5.  Panaskan minyak.  Masukkan secubit doh tadi dalam minyak panas.  Jika ia terus terapung, itu tanda minyak telah cukup panas.  Kemudian masukkan muruku yang telah ditekan tadi ke dalam minyak panas.  Goreng hingga sedikit putih kekuningan.  Gunakan api sederhana panas.  Jangan goreng hingga terlalu kuning nanti muruku akan jadi terlalu keras.





Monday, June 28, 2021

Kerepek Isi Ketam Versi Lebau




Dulu pernah buat kerepek isi ketam ni tapi versi halus-halus.  Kali ni kita buat versi lebau-lebau pulak.  Baru terasa sikit nikmat isi ketam tu.



Yang versi halus tu letih nak carik bagi halus.  Versi lebau ni kita potong nipis je.

Isi ketam tu guna sebanyak mana yang korang nak.  Potong senipis yang boleh.  


Panaskan 1 liter minyak.  Masukkan sedikit isi ketam itu.  Kemudian baru kecilkan sedikit api supaya isi ketam itu garing sepenuhnya dan tidak terlalu gelap warnanya.  Memang agak lambat sikit fasa menggoreng dengan api perlahan ni tapi kena sabau.






Thursday, December 10, 2020

Kerepek Betik

 

500 gm betik muda
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sb ketumbar biji
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
air garam secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya

Sebaiknya gunakan betik yang betul-betul muda.  Yakni masih putih melepak isinya.  Tapi disebabkan orang bagi betik yang masih mengkal dan keras lagi isinya, kita pun hentam sajalah.  


1.  Mula-mula betik muda tu dicucuk-cucuk permukaan luarnya dengan hujung pisau bagi mengeluarkan getahnya.

2.  Lepas tu buang kulit hijau dan bijinya juga.  Sagatkan betik itu halus memanjang.  

3.  Rendam sekejap dalam air garam dan dibilas beberapa kali bagi menghilangkan rasa pahit dan getahnya.  Toskan hingga kering.

4.  Tumbuk ketumbar biji, bawang putih dan bawang merah.  

5.  Campurkan bahan tumbuk, tepung beras, tepung gandum dan garam ke dalam betik yang disagat itu.  Gaul hingga rata.  Jika tepung terlalu basah, boleh tambah tepung lagi.  

6.  Kemudian lerai-leraikan betik itu supaya tidak melekat semasa menggoreng.

7.  Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan betik itu hingga garing kekuningan.  Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.





Tuesday, July 28, 2020

Crispy Tempe Stick



1 paket tempe
1 ulas bawang putih
2 sb serbuk ketumbar
2 cawan serbuk roti
1 biji telur
2 cawan minyak untuk menggoreng
sedikit air
garam secukup rasa

1.  Tempe dipotong memanjang dan lebar dalam 1/2".
2.  Bawang putih dan ketumbar ditumbuk.  Gaulkan dengan sedikit air.
3.  Lumurkan pada tempe tadi.  Biarkan dalam 10 minit.  
4.  Telur dipukul sedikit dengan garam dan tuangkan ke dalam tempe tadi.  Balikkan perlahan-lahan agar bersalut pada tempe itu.
5.  Ambil satu per satu tempe itu dan salutkan dengan serbuk roti.  
6.  Panaskan minyak dan goreng tempe itu hingga garing.





Serius cakap, tempe stick ni rasa macam nugget..😊😊



Friday, May 8, 2020

Pakora Kentang




200 gm kentang
1/3 cawan tepung dhal gram
2 sb tepung jagung
2 sb kacang dhal
1/4 biji bawang besar
1 biji cili hijau
1/2" halia
2 tangkai daun ketumbar
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa

1.  Rebus kentang hingga lembut dan dipecah-pecahkan kasar-kasar.  Kacang dhal direbus hingga kembang.
2.  Campurkan semua bahan ke dalam kentang dan digaul rata.
3.  Panaskan minyak.  Ambil sedikit adunan itu dalam 1 sb dan ditekankan bahagian tengahnya supaya tidak terlalu tebal.
4.  Masukkan pakora itu ke dalam minyak panas dan digoreng hingga garing kekuningan.







Monday, February 10, 2020

Kerepek Ubi Kayu Rebus


Dah lama tak makan kerepek ini.  Suatu masa dulu, arwah mak aku selalu buat kerepek ini.  


400 gm ubi kayu
500 ml minyak untuk menggoreng
air dan garam secukupnya

1.  Ubi kayu dikupas kulit dan dibasuh bersih.  Dipotong lebih kurang 4" panjang ruasnya.

2.  Masukkan ubi kayu, air dan garam dalam periuk.  Rebus ubi kayu hingga empuk tapi jangan terlalu lembut.  Toskan dan sejukkan.



3.  Hiris nipis ubi kayu yang telah direbus itu.  Jemur ubi kayu itu dibawah panas matahari hingga kering.  

Macam rumah aku yang ada balkoni kecil tentulah sukar nak jemur.  Hari pertama aje jemur di balkoni.  Hari selanjutnya aku keringkan ubi kayu hiris itu di bawah kipas.  Ia memakan 2-3 hari juga untuk kering.

4.  Panaskan minyak dan gorengkan ubi kayu kering itu hingga kekuningan.  Jangan goreng lama sangat.  Api pun tidak boleh kuat sangat sebab kerepek ini mudah jadi hitam.



Selepas goreng, toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.  Dulu-dulu arwah mak aku setelah siap semuanya digoreng, dia akan sirakan ubi kayu itu dengan gula pasir atau gula merah yang telah dicairkan dalam kuali.  

Aku lebih suka makan begitu sahaja.  Selain rasa rangup, ia rasa lemak-lemak juga.



Saturday, February 1, 2020

Kerepek Terung




500 gm terung
1 liter minyak untuk meggoreng

Bahan salut :
3/4 cawan tepung sagu
1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan air
1 sb serbuk ketumbar
1/2 biji telur
2 sb santan
sedikit serbuk kunyit 
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Terung dihiris/disagat nipis.  Rendam dalam air bergaram supaya tidak lebam sementara habis dihiris/disagat.  Kemudian bilas dan toskan hingga kering.





2.  Satukan semua bahan salut dan adun hingga jadi beter.  Masukkan hirisan terung tadi secukupnya.  Gaul rata.



3.  Panaskan minyak hingga betul-betul panas.  Masukkan terung tadi sekeping-sekeping.  Goreng hingga garing dan toskan.  Supaya garingnya lebih tahan lama, letakkan kerepek itu dalam dulang pembakar dan bakarlah sekejap dalam oven.  Jangan lama nanti kerepek cepat hangus.


4.  Simpan kerepek itu dalam bekas kedap udara.