Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts
Wednesday, September 11, 2019
Bubur Biji Nangka
Untuk membuat biji nangka :
1 cawan tepung pulut
3 helai daun pandan
2/4 cawan air
1/4 st air kapur sirih
1/2 st garam
sedikit pewarna hijau
1 liter air untuk merebus
1 liter air sejuk
Untuk membuat buburnya :
1 biji kelapa parut putih
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 sb gula pasir
1/4 st garam
1. Daun pandan dipotong kecil dan dikisar dengan air tadi. Perah dan ambil air pandan itu.
2. Tepung pulut digaul dengan air kapur dan garam. Masukkan air pandan dan sedikit pewarna hijau bagi mendapatkan warna yang menarik. Gaul hingga menjadi doh.
3. Sementara itu didihkan 1 liter air dalam periuk. Ambil sedikit doh itu dibulatkan dan dibentukkan sedikit lonjong macam biji nangka. Buatlah kecil-kecil supaya sedap nak memakannya nanti. Masukkan biji nangka itu ke dalam air mendidih tadi. Bila biji nangka itu sudah timbul dipermukaan air, segera diangkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk pulak supaya ia tidak melekat sebelum dihidang. Jangan biar hingga biji nangka itu terlalu kembang, rasanya tidak sedap pada akulah.
4. Untuk membuat buburnya pula, perahkan kelapa parut dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat. Perah kelapa sekali lagi dengan 1 cawan air dijadikan santan cair. Masukkan santan cair, gula pasir, garam dan daun pandan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sambil dikacau. Bila santan dah mula mendidih, masukkan santan pekat. Masak hingga mendidih tapi jangan masak sampai santan menjadi cair semula. Tutup api dan masukkan biji-biji nangka tadi.
Labels:
Bubur
Thursday, February 14, 2019
Bubur Nasi untuk orang sakit
1 cawan beras
2 helai daun salamair secukupnya
sehiris halia
garam secukup rasa
Bahan sampingan :
20 gm soun
20 gm kulit tauhu
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/3 cawan ikan bilis goreng
sedikit bawang goreng
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
1. Masak nasi seperti biasa. Lepas itu tambahkan air, halia dan dalam salam. Masak lagi hingga menjadi bubur.
2. Hiris bawang besar dan cili merah. Didihkan air dan rebus soun dan kulit tauhu hingga lembut. Toskan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris itu hingga naik bau.
4. Masuk soun, kulit tauhu dan garam. Masak hingga kering.
5. Akhir sekali hidangkan bubur nasi dengan soun goreng tadi bersama bawang goreng, ikan bilis goreng dan serbuk lada sulah.
Labels:
Bubur
Tuesday, November 8, 2016
Pengat Keledek
250 gm keledek
3 cawan santan
2/3 cawan gula merah
1 sb gula pasir
1 helai daun pandan
2 sb sagu mata ikan
secubit garam
1. Keledek dikupas kulitnya dan dipotong dadu. Basuh bersih dan direbus hingga empuk. Toskan. Sagu mata ikan direndam dalam 5 minit.
2. Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
3. Semasa hampir mendidih, masuk garam dan sagu mata ikan. Masak hingga mendidih dan pekat dengan api perlahan.
4. Akhir sekali masukkan keledek. Biarkan sekejap dan tutup api.
2 sb sagu mata ikan
secubit garam
1. Keledek dikupas kulitnya dan dipotong dadu. Basuh bersih dan direbus hingga empuk. Toskan. Sagu mata ikan direndam dalam 5 minit.
2. Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
3. Semasa hampir mendidih, masuk garam dan sagu mata ikan. Masak hingga mendidih dan pekat dengan api perlahan.
4. Akhir sekali masukkan keledek. Biarkan sekejap dan tutup api.
Labels:
Bubur,
Kentang/Ubi
Tuesday, December 29, 2015
Bubur Caca dan Keledek
1 cawan bubur caca
1 biji keledek - dipotong dadu
1 biji kelapa parut
1 helai daun pandan
2 sb gula pasir
secubit garam
1. Bubur caca direbus hingga masak tapi jangan kembang sangat. Biarlah ia kenyal sedikit (bak kata omputih al-dente). Rebuskan sekali keledek. Lepas tu toskan.
3. Masukkan santan cair bersama gula dan daun pandan ke dalam periuk. Biarkan ia mendidih.
4. Kemudian masukkan santan pekat dan garam. Bila mendidih, masukkan bubur caca dan keledek yang direbus tadi. Biarkan seketika dan tutup api.
Bubur ni boleh dimakan panas ataupun sejuk. Masukkan dalam peti sejuk kalau nak makan sejuk. Sedap. Macam makan cendol pulak rasanya.
Labels:
Bubur
Sunday, September 14, 2014
Bubur Goci
Masakan ni nak letak kategori bubur ke kuih ke, aku pun tak tau. Yang aku tau nama dia dah memang macam tu.
1 cawan tepung pulut
1 cawan air
garam
1 cawan kelapa parut - putih
60 gm gula melaka
1 st gula pasir
pewarna hijau dan kuning
1. Gula melaka dimasak dengan 1/2 cawan air dan gula pasir hingga gula larut dan nampak pekat sikit. Sejukkan.
2. Tepung pulut digaul dengan garam. Lepas tu di gaul sedikit demi sedikit dengan 1/2 cawan air. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagi doh kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
3. Sementara tu, didihkan air dalam periuk. Ambil sedikit doh, dibulat-bulatkan dan ditekan tengahnya dengan jari supaya nampak berlekuk.
4. Lepas tu, masukkan ia ke dalam air yang tengah mendidih tadi. Buatlah sehingga doh itu habis. Bila kuih tadi dah terapung di atas permukaan air macam buat kuih buah melaka tu, tu tanda kuih tu dah boleh diangkat dan ditoskan.
Monday, November 11, 2013
Bubur Kacang Merah
1 cawan kacang merah
3 cawan santan
1/4 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 sb sagu mata ikan
1 helai daun pandan
sedikit garam
1. Rendam kacang merah sehingga kembang. Ini akan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Toskan.
2. Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan hingga gula larut. Tapiskan dan masukkan kembali ke dalam periuk.
Bubur yang berlebihan, masuk dalam peti sejuk dan sedap dimakan sejuk.
Labels:
Bubur
Saturday, September 28, 2013
Bubur Biji Salak
400 gm ubi keledek
1/2 cawan tepung ubi
200 gm gula melaka
1 cawan air
1 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 helai daun pandan
garam secukupnya
1. Ubi keledek dikukus hingga lembut dan dilecek hingga halus semasa panas-panas.
2. Ambil 3/4 bahagian dari ubi keledek yang dilecek itu, dicampurkan dengan tepung ubi kayu dan garam. Gaul rata dan bulat-bulatkan. Tepung ubi itu jangan terlalu banyak nanti ia jadi terlalu kenyal dan menghilangkan rasa keledek itu.
2. Didihkan air dalam periuk dan masukkan tepung biji salak tadi. Masak seperti memasak kuih buah melaka. Bila biji salak itu telah terapung, angkat dan toskan.
3. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Masukkan lebihan keledek yang dilecek tadi ke dalam air gula melaka itu dan biarkan ia larut. Tutup api dan masukkan tepung biji salak tadi.
4. Santan pekat tadi dimasak dengan daun pandan dan garam hingga santan agak pekat.
Labels:
Bubur
Monday, July 22, 2013
Pulut Cempedak
10 ulas cempedak
1 cawan beras pulut
1/2 cawan santan cair
1 1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
1. Beras pulut direndam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
2. Panaskan air di dalam kukusan sehingga benar-benar mendidih. Beras pulut yang telah direndam itu ditoskan airnya dan ratakan dalam loyang bersama santan cair. Santan itu mestilah separas dengan pulut itu.
Tabur garam dan masukkan daun pandan. Kukus pulut itu hingga masak sambil digaul-gaul. Kalau nak masak seperti nasi pun boleh juga. Bila dah masak, ketepikan.
3. Santan pekat tadi dimasak dengan sedikit garam dan daun pandan hingga agak pekat. Kacau-kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Kemudian masukkan buah cempedak ke dalam santan itu dan biarkan ia masak dalam 3 minit. Angkat.
4. Selain dihidangkan pulut bersama cempedak yang telah dimasak bersama santan sekali ataupun dimakan bersama santan dan cempedak mentah.
Labels:
Bubur
Friday, July 19, 2013
Bubur Rampai
1 kotak santan MS
1 tin jagung berkrim
1 tin buah-buah campuran
1/2 cawan gula pasir
secubit garam
3 helai daun pandan
Campurkan semua bahan dan masak hingga mendidih
sambil dikacau-kacau. Sukatan gula itu ikut tahan kemanisan yang dikehendaki.
Labels:
Bubur
Tuesday, May 14, 2013
Bubur Nasi Halia
1/2 cawan beras
air secukupnya
1" halia muda
garam secukup rasa
sedikit badam panggang
1. Masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam periuk bersama air secukupnya. Tambah air dan masak hingga nasi menjadi bubur. Masukkan garam dan halia yang diparut atau dihiris halus.
2. Masa menghidang, taburkan dengan sedikit parutan/hirisan halia dan kepingan badam panggang. Sedap dimakan bersama ikan bilis yang digoreng bersama cili merah/ cili padi dan bawang besar hiris atau apa saja lauk yang disukai.
Labels:
Bubur
Friday, April 26, 2013
Bubur Putih Bubur Merah
Dulu bubur putih bubur merah ni mak aku buat masa aku
tamat mengaji muqaddam dan khatam quran.
Walaupun bubur ni nampak simple aje tapi sedap.
Nak buat pun senang aje.
Ada orang gunakan beras pulut tapi mak aku dulu gunakan
beras biasa aje.
1/2 cawan beras
1/2 cawan santan2 helai daun pandan
2-3 sb gula merah
5 cawan air
garam secukup rasa
1. Beras dimasak dengan air secukupnya bersama daun pandan sehingga menjadi bubur. Lepas tu masukkan santan. Bila mendidih dan agak pekat, tutup api.
2. Untuk Bubur Putih, keluarkan sebahagian bubur tadi dan dimasukkan garam. Gaul rata.
3. Untuk Bubur Merah pula, dimasukkan gula merah ke dalam baki bubur di dalam periuk tadi dan digaul rata.
Siap.
Labels:
Bubur
Sunday, March 31, 2013
Pengat Nangka
10 ulas nangka masak
1 biji kelapa putih
2 cawan air
2 sb sagu mata ikan - hijau
4 sb gula pasir
3 sb tepung jagung
2 helai daun pandan
garam
1. Nangka disiat memanjang. Kalau nak sebiji-sebiji pun boleh. Kelapa diperah dengan 2 cawan air itu diambil santan pekat.
2. Sagu mata ikan direndam lebih kurang 15 minit dan ditoskan. Kemudian direbus hingga sagu nampak jernih. Lepas tu rendam dalam air sejuk supaya sagu tak melekat. Ketepikan.
3. Satukan santan dan tepung jagung dalam periuk. Kacau biar tepung larut. Kemudian masukkan garam dan daun pandan.
4. Bila dah mendidih, masukkan nangka. Nangka ni akan mudah lembut jadi masukkan bila dah hampir pekat pun boleh juga. Masak lagi sambil dikacau selalu hingga pekat.
5. Tutup api dan masukkan sagu tadi.
Labels:
Bubur
Thursday, March 21, 2013
Pengat Keladi
400 gm ubi keladi
1 biji kelapa
2 cawan air
1/2 cawan gula merah/melaka
3 sb gula pasir
2 sb tepung jagung
3 sb sagu mata ikan (direndam dalam 10 minit)
secubit garam
2 helai daun pandan
1. Potong keladi dalam bentuk dadu. Pastikan tangan tidak basah ketika memotong keladi bagi mengelakkan tangan gatal-gatal. Kemudian dibasuh keladi dan direbus hingga empuk. Toskan.
2. Masak gula merah/melaka bersama air dan gula pasir hingga gula larut. Tapiskan. Kelapa diperah dengan 2 cawan air diambil santannya.
3. Kemudian masukkan larutan gula tadi bersama santan, garam, tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, sagu mata ikan dan daun pandan dalam periuk.
4. Bila hampir mendidih, masukkan keladi. Masak lagi hingga pekat dan sagu mata ikan nampak jernih/kembang sambil dikacau selalu.
Labels:
Bubur
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































