Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Thursday, August 19, 2021

Kari Udang Mamak



Bahan A :
2" kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1" halia - dihiris halus memanjang

Bahan B : 
1 sb serbuk ketumbar
3 sb rempah kari ikan
1 sb serbuk cili
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan

Bahan C :
3 sb yogurt
1 biji tomato - didadu
10 biji cili padi
air secukupnya

15 ekor udang
2 pokok daun ketumbar - dihiris
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan tumis Bahan A hingga naik bau.



2.  Masuk pula Bahan B.  Bila nampak dah mula pecah minyak, masuk Bahan C.

3.  Kemudian apabila kuah mula mendidih, masuk udang dan garam.  Jika terlalu pekat, tambah air.



4.  Akhir sekali masuk daun ketumbar dan tutup api.  Kacau-kacaukan.






Sunday, June 6, 2021

Lala Masak Pedas



Bahan A :
1 kg lala
5 batang serai
garam secukupnya

Bahan B :
5 batang serai - diketuk
2" halia - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 cawan cili kisar
1 sb sos tiram
1/4 cawan minyak untuk menumis
1 cawan air
1 sb gula melaka
garam secukup rasa

1.  Bersihkan lala dan rebus lala itu bersama serai dan garam hingga masak.  Lala itu akan terbuka menandakan ia telah masak.  Keluarkan lala itu.

2.  Panaskan minyak.  Tumis halia, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

3.  Masukkan cili kisar dan serai.  Tumis lagi hingga pecah minyak.  Masuk sos tiram dan gula melaka.  Tumis sekejap.

4.  Masuk air.  Bila mendidih, masuk lala rebus tadi bersama garam.  Balik-balikkan dan tutup api.  Taburkan daun ketumbar.  






Friday, May 21, 2021

Sambal Fucuk Tahu Aleeya Zailan


Baru aku tahu wujudnya masakan ni kat Melaka.  Ini pun dapat tahu dari dak leeya, founder Avenys tu.
Memang sedap wei sambal ni.  Makan dengan ketupat ke, nasi ke...


100 gm fucuk tahu
10 ekor udang
1 cawan santan
2 cawan cili kisar
1 cawan air asam jawa
2 sb gula melaka
1 cawan minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris - aku tambah
garam secukup rasa

Bahan kisar :
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 sb belacan

1.  Udang dibersihkan dan dibuang perut.  Fucuk tahu direndam hingga kembang.  Fucuk tahu ni ada 2 jenis.  Boleh saja digunakan mana yang disukai.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga bawang nampak kekuningan.

3.  Lepas itu masukkan cili kisar.  Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.  Tambah minyak jika perlu.  Kemudian masuk santan dan air asam jawa.  Warna sambal akan menjadi oren sedikit.  Biar ia mendidih sedikit.  Jika terlalu pekat, boleh tambah air.

4.  Akhir sekali masuk udang, fucuk tahu, bawang besar hiris, garam dan gula melaka.  Masak lagi hingga mendidih.  Masakan ini agak berkuah sedikit tetapi pekat.







Monday, November 2, 2020

Udang Sanggul

 


10 ekor udang harimau
2 bungkus maggi
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Maggi dicelur sekejap.  Jangan terlalu lembut supaya tidak putus-putus.  Toskan dan gaulkan dengan 1 sb minyak dan sedikit garam.  

2.  Udang dibersihkan dan dibuang kulit tapi tinggalkan bahagian ekor sahaja.  Belah belakang udang dan buang urat perutnya.  Toskan udang biar kering.

3.  Lumurkan udang dengan serbuk lada hitam, garam dan serbuk lada sulah.  

4.  Kemudian ambil sedikit maggi tadi dan belit-belitkan pada udang.  Buat hingga habis.

5.  Panaskan minyak dan letak udang salut maggi tadi perlahan-lahan dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan.  Toskan.





Krup-krap pabila memakannya.  Makan begitu saja tanpa cicah sos pun sedap.


Sunday, October 18, 2020

Udang Bakar Cheese



10 ekor udang harimau
1 cawan mozarella cheese
1 pokok daun ketumbar
2 sb salted butter
3 biji cili padi
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano

1.  Udang dipotong sedikit bulunya tanpa dibuang kulitnya.  Belah belakang udang dengan gunting atau pisau tajam.  Buang perutnya dan dibasuh bersih.
Susun udang atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  

2.  Daun ketumbar dan cili padi dihiris halus.  Tomato dibuang empulurnya dan didadu kecil.  Bawang putih dicincang halus.

3.  Cairkan butter dan biarkan suam sedikit.  Masukkan bawang putih, daun ketumbar, cili padi, tomato, serbuk lada hitam dan oregano.  Gaul rata.

4.  Letakkan bahan inti atas udang.  Taburkan mozarella cheese.  Boleh tabur sedikit lagi serbuk lada hitam jika mahu lebih pedas.

5.  Bakar udang hingga kemerahan.




Monday, May 18, 2020

Sotong Masak ala Thai



5 ekor sotong
3 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 st sos ikan
3/4 cawan air
5 biji limau kasturi
1 batang serai
1 pokok daun ketumbar
gula dan garam secukup rasa

1.  Sotong dibersihkan dan dipotong-potong atau dibiarkan seekor-seekor.  Rebus atau kukus sotong itu dalam 5 minit.  Toskan.

2.  Cili padi, bawang besar, bawang putih dan daun ketumbar dihiris halus.  Serai diambil bahagian putihnya saja dan dihiris.

3.  Masukkan cili padi, bawang besar, bawang putih, serai, air dan sos ikan dalam kuali.  Didihkan sekejap.  

4.  Tutup api dan perahkan jus limau kasturi.  Masuk gula dan garam secukupnya.  Tuangkan sos atas sotong tadi dan taburkan daun ketumbar.


Saturday, April 11, 2020

Cucur Badak Udang




A : Bahan untuk serunding
1/2 biji kelapa parut
1 st serbuk kunyit
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2 batang serai
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 sb ketumbar

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2.  Masuk kelapa parut, serbuk kunyit dan garam.  Gaul hingga rata.  Biarkan kelapa itu agak lembab-lembab sedikit.  Jika terlalu kering, serunding akan seperti berhampas.



B : Bahan untuk kulit
500 gm ubi keledek
3/4 cawan tepung gandum 
10 ekor udang
2 sb tepung gandum 
600 ml minyak untuk menggoreng
sedikit air
garam secukup rasa

1.  2 sb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air dijadikan gam yang likat.  Udang dibersihkan dan dibelah dua.

2.  Keledek direbus hingga empuk dan toskan.  Kemudian dilecek hingga halus semasa masih panas.

3.  Gaulkan keledek lecek dengan tepung dan garam hingga jadi doh yang boleh dibentuk.

4.  Ambil sedikit doh keledek itu dan leperkan.  Letak inti serunding dan bulat-bulatkan.  Leperkan sedikit.  Buat hingga habis.

5.  Masa hendak goreng tekankan sedikit bahagian tengah kuih itu agar berlekuk sedikit.  Cucukkan sedikit dengan garfu di permukaan tengah kuih.  Sapukan gam tepung tadi dan lekatkan udang di atasnya.  Tekankan sedikit.  Biarkan gam itu kering sekejap dalam 10 minit.  

6.  Panaskan minyak dan gorengkan kuih tadi.  Masukkan bahagian udang itu ke bawah dulu sebelum diterbalikkan.  Waktu menggoreng itu pastikan minyak agak panas supaya udang tidak tertanggal.  Goreng hingga garing dan toskan.  




Sunday, December 29, 2019

Nasi Goreng USA


Dulu aku selalu fikir Nasi Goreng USA tu macam ala-ala nasi goreng mat saleh.  Tapi tak pernah rasa nak cuba order.  
Rupanya dah lebih setengah abad hidup ni baru aku tahu maksud USA itu adalah Udang, Sotong Dan Ayam yang digunakan sebagai bahan utama resipinya.  

Penyediaannya terdiri dari nasi goreng dan jugak lauknya.  Sayur dalam nasi goreng tu selalunya kobis dan carrot atau ikut suka masing-masing.



A :  Bahan untuk nasi goreng
600 gm nasi sejuk
3 sb cili kisar
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 biji bawang besar - dihiris
10 biji kacang pea - dipotong serong
4" carrot - dipotong halus memanjang
100 gm kobis - dihiris
1 pokok daun ketumbar - dihiris
2 biji cili padi - dihiris
3 sb minyak untuk menumis
sedikit bawang goreng
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.  Masuk cili kisar dan tumis lagi hingga garing.

2.  Kemudian masukkan kacang pea dan kobis.  Biar seketika.

3.  Lepas itu masukkan nasi sejuk.  Gaul rata dan masuk garam.  Tutup api dan masuk dalam pinggan.  Taburkan daun ketumbar, cili padi dan bawang goreng.









B : Lepas itu kita sediakan lauknya pula.
10 ekor udang
2 ekor sotong
100 gm isi ayam
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sb cili kisar
1/4 cawan air rebusan ayam/daging
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 sb kicap masin
2 helai daun limau purut
1 sb minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau.

2.  Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.  Masuk ayam.  Bila ayam dah masak masukkan sotong dan udang.  Sotong dan udang tak perlu dimasak terlalu lama macam ayam.

3.  Lepas itu masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat, air rebusan ayam/daging, garam dan gula.  Masak hingga pekat sedikit.  Tutup api dan masuk daun limau purut.

Hidangkan lauk ini bersama nasi goreng tadi.





Thursday, September 12, 2019

Kari Udang




10 ekor udang
3 sb rempah kari
1 biji kelapa
2 cawan air
1 sb asam jawa
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" kunyit hidup
1" lengkuas
1" halia

1.  Kelapa diperah dengan 2 cawan air diambil santannya.  Rempah kari dibancuh dengan sedikit air dijadikan pes.  Asam jawa diramas dengan sedikit air.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga kekuningan.

3.  Masuk rempah kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.

4.  Masuk air asam jawa, santan dan garam. Bila mendidih masuk udang.  Masak sekejap dan tutup api.






Monday, November 12, 2018

Udang Goreng Oats



10 ekor udang besar
1 biji telur
1 cawan quaker oats
3 sb tepung jagung
2 cawan minyak untuk menggoreng
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Udang dibuang kulit dan bahagian kepala.  Hanya tinggalkan bahagian ekor.  Belah di kedua-dua sisi udang dan dibuang urat hitam.  Basuh dan toskan.


2.  Pecahkan telur dan dipukul sedikit bersama serbuk lada sulah dan garam.  Telur, quaker oats dan tepung jagung diletak dalam bekas berasingan.


3.  Golekkan udang dalam tepung jagung supaya tidak berair.  Kemudian celupkan udang itu dalam bancuhan telur tadi.  Lepas itu golekkan dalam quaker oats hingga keseluruhan udang itu bersalut dengan quaker oats.


4.  Panaskan minyak dan gorengkan udang itu hingga garing.  Toskan.  


5.  Makanlah dengan sos yang disukai.



Tuesday, November 28, 2017

Nasi Goreng Udang Salai Sarawak



400 gm nasi sejuk
2 sb cili kisar
4 pokok sawi
100 gm kobis hiris
2 keping fish cake
1 biji cili hijau
1 pokok daun sadri
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
3 sb udang salai sarawak
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

1.  Udang salai itu direndam sekejap bagi lembut sebelum ditumbuk.  Fish cake dipotong nipis.  Cili hijau dan daun sadri dihiris.  


2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.  Masuk cili kisar dan fish cake.  Tumis lagi hingga garing.


3.  Masukkan pula sawi dan kobis hiris.  Bila sayur dah mula layu, masukkan nasi sejuk.  Gaul-gaulkan hingga rata.


4.  Akhir sekali masukkan garam.  Bila hidang taburkan cili hijau dan daun sadri.



Monday, August 28, 2017

Tom Yam Putih




10 ekor udang
1 biji bawang besar
200 gm bunga kobis
2 batang serai
4 helai daun limau purut
20 gm lengkuas
1 biji limau nipis
1 st fish sauce
4 biji cili padi
500 ml air
garam secukup rasa

1.  Udang dibersihkan.  Bawang besar dihiris.  Bunga kobis dipotong kecil.  Serai dititik.  Lengkuas diketuk.  Limau nipis diambil jusnya.  

2.  Masukkan udang, bawang besar, serai, lengkuas dan air ke dalam periuk.   

3.  Bila telah hampir mendidih, masukkan kobis bunga. Biarkan hingga mendidih lagi.

4.  Akhir sekali masukkan fish sauce, daun limau purut, jus limau nipis, cili padi dan garam.  Biarkan sekejap dan tutup api.