Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Monday, July 19, 2021

Kurma Tulang



500 gm tulang berserta isi
100 gm rempah kurma
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2" halia - dihiris halus
1 batang carrot - dipotong panjang
1 biji cili merah - dibelah dua
1 biji cili hijau - dibelah dua
2 biji kentang - dipotong 4
1 biji bawang besar - dipotong 4
500 ml air
200 ml santan KARA
2 helai daun pandan
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumis :
2" kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2.  Masuk rempah kurma, tulang. kentang dan air.  
3.  Bila mendidih dan daging-daging pada tulang empuk masuk carrot, cili merah, cili hijau, bawang besar, daun pandan dan santan.  Masak lagi hingga mendidih sekali lagi.
4.  Akhir sekali masuk garam dan tutup api.






Monday, July 5, 2021

Mee Champa

 

Bahan untuk sup :
1/2 kg tulang dan daging
1 liter air
1 biji bawang besar - dipotong 4
1" lengkuas - dihiris
1 ekor sotong kering
4 pokok daun ketumbar
2 pokok daun bawang
3" kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
1 sb sos ikan
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Masukkan tulang dan daging bersama air dalam periuk.  Rebus hingga mendidih.  Tukar air dan rebus lagi tulang&daging itu hingga dapat sup yang jernih.  Bilaskan tulang&daging pada air paip dan rebus semula.


2.  Bakar sotong kering, bawang besar, lengkuas atas dapur.  Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga disangai dalam kuali sampai naik bau sedikit.



3.  Masuk bahan bakar dan disangai itu ke dalam sup jernih tadi.


4.  Masuk sos ikan, daun ketumbar bersama akarnya, daun bawang, serbuk lada sulah dan garam.  Renihkan sup itu dengan api perlahan.  Sup yang jernih tadi akan bertukar warna disebabkan bahan-bahan bakar tadi.


Cara buat sambal lada :
4 biji cili merah
20 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 sb cuka
garam secukup rasa

1.  Cili merah, cili padi dan bawang putih direbus hingga layu.
2.  Kemudian kisar bahan rebus itu bersama cuka dan garam.




Minyak bawang putih :
1 labu bawang putih - dicincang
1/2 cawan minyak masak

1.  Panaskan minyak.  Masuk bawang putih.
2.  Goreng bawang putih.  Bila bawang putih itu hampir kekuningan, angkat dan toskan bawang putih itu.  
3.  Masukkan minyak bawang putih itu ke dalam mangkuk.  Biar sejuk.  
4.  Bila minyak dan bawang telah sejuk, baru dimasukkan bawang putih itu ke dalam minyak itu semula.  Bawang putih itu akan kekal rangup.


Bahan-bahan hidangan yang lain :
1 bungkus kway teow - dicelur dan ditoskan
3 pokok daun ketumbar - dihiris
1 biji limau nipis - dipotong kecil
100 gm tauge - disiram dengan air mendidih
sedikit lobak asin - didadu kecil
sedikit kicap
sedikit serbuk lada sulah
sedikit bawang goreng

Cara menghidang :
1.  Masuk kway teow dalam mangkuk.
2.  Letak tauge.
3.  Tuang sup bersama tulang&daging tadi.
4.  Tabur daun ketumbar dan letak limau nipis, lobak asin, kicap, serbuk lada sulah, sambal lada, minyak bawang putih dan bawang goreng.






Saturday, June 19, 2021

Roti Kacang Pool


1 bungkus roti potong
3/4 cawan daging cincang
1/2 cawan kacang merah
1 tin kacang pool /medammas
1 tin kecil baked beans
2 sb rempah kari
1 sb serbuk ketumbar
1 st serbuk lada hitam
3" kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 sb minyak sapi - dicairkan
air secukupnya
minyak untuk menumis
gula dan garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" halia

Bahan sampingan :
Roti potong secukupnya
1 biji bawang besar - didadu kecil
1 biji tomato - didadu kecil
3 biji cili hijau - dihiris
6 biji limau kasturi - dibelah dua

1.  Kacang pool dipecahkan sikit tapi jangan sampai terlalu hancur.  Tapi kat sini kita pakai medammas yang sedia dimakan tu.  Kita kasi tumis lagi bagi menambah rasa.


2.  Rempah kari dan serbuk ketumbar disatukan dengan sedikit air jadi pes.


3.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.

4.  Masuk pes rempah, serbuk lada hitam, daging cincang, kulit kayu manis dan buah pelaga.  Tumis hingga naik bau.  


5.  Masuk kacang merah, kacang pool/medammas, baked beans dan air secukup pekat yang dikehendaki.

6.  Bila mendidih, masuk garam dan gula secukup rasa.  Tuangkan minyak sapi panas diatasnya.


Masukkan kuah kacang pool dalam mangkuk.  Letak telur mata kerbau/telur rebus, bawang besar, tomato dan cili hijau.  Cicah dengan roti bakar.  Roti tu sapu dengan planta dan bakar atas kuali.




Friday, June 18, 2021

Roti Sosej Kurita



Bahan A :
10 keping roti
10 batang sosej

Bahan B :
1 sb tepung gandum
sedikit air

Bahan C :
1 biji telur
secubit garam dan serbuk lada sulah

1.  Sosej direbus dengan sedikit garam.  Rebus sekejap aje dan toskan.

2.  Sosej itu dibelah dua.  Kemudian kiri-kanan sosej itu dibelah-belah (tengok gambar).

3.  Roti dibuang bahagian tepinya.  Gelek roti hingga nipis.  Potong dua roti itu.  


4.  Letak satu sosej itu atas roti dan gulung.  Letak gam tepung (Bahan B) dihujung roti dan tekan sikit supaya melekat.


5.  Sapukan telur yang telah dipukul sedikit dengan garam dan lada sulah keliling roti itu sahaja.


6.  Panaskan minyak sederhana panas supaya sosej itu tidak cepat hitam.




Sunday, June 6, 2021

Terung Inti Daging




4 biji terung
1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji tomato - didadu kecil
1 pokok daun ketumbar - dihiris
1 sb serbuk lada hitam
1 st serbuk lada sulah
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

1.  Terung dibuang sedikit kulit luarnya (tak buang pun tak apa).  Lepas itu letak atas kuali dan masak hingga layu.  Titikkan sedikit minyak.  

2.  Dengan menggunakan kuali yang masak terung tadi, panaskan 2 sb minyak dan masukkan daging, bawang besar, bawang putih dan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.  

3.  Kemudian masuk tomato dan garam.  Masak sekejap dan tutup api.  Tabur daun ketumbar.

4.  Terung tadi dibelah dua dibahagian atasnya.  Sumbatkan inti daging itu ke dalam terung itu.  

5.  Panaskan semula kuali tadi dan masak lagi sekejap terung itu.







Thursday, July 16, 2020

Rendang Daging Cili Padi



1 kg daging lembu
1 bungkus santan / 2 biji kelapa
1 keping asam-keping
5 keping daun limau purut
2 helai daun kunyit
2 sb kerisek
1 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
4 batang serai
2" lengkuas
2" halia
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cawan cili padi
2" kunyit hidup

1.  Daging dipotong-potong.  Daun kunyit dihiris.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3.  Masuk daging dan santan.  Masak hingga daging empuk dan pekat dan pecah minyak.  
4.  Masuk kerisek, asam-keping, daun limau, daun kunyit dan garam.

Jangan masak terlalu kering, biarlah ia agak basah dan berkuah sedikit.







Saturday, May 2, 2020

Tauhu Begedil




20 biji tauhu pop
400 gm kentang
200 gm daging 
1 pokok daun sup
2 biji cili padi
1 st serbuk lada sulah
2 sb bawang goreng
1 sb serbuk ikan bilis goreng
2 biji telur
500 ml minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Kentang dikupas kulit dan dipotong 4 atau 6.  Rebus kentang itu hingga lembut.  Toskan airnya dan lecek kentang itu panas-panas hingga hancur.



2.  Daging dicincang dan digoreng tanpa minyak.  Daun sup dihiris halus.  Cili padi dihiris halus.  Tauhu pop dibahagi dua, separuh dibelah dibahagian atasnya sahaja dan separuh lagi dibelah berpalang di atasnya.  Diterbalikkan tauhu itu dan keluarkan isinya.  Ia akan terbentuk seperti kelopak bunga.


3.  Gaulkan kentang, daging cincang, daun sup, bawang goreng, serbuk lada sulah, serbuk ikan bilis, cili padi dan garam hingga sebati.


4.  Ambil sedikit isi begedil itu dan sumbatkan ke dalam tauhu pop tadi.  

5.  Panaskan minyak.  Celupkan tauhu yang telah diisi inti tadi ke dalam telur yang telah dipukul sedikit dengan garam dan serbuk lada sulah.



6.  Gorengkan tauhu begedil itu dalam minyak panas hingga garing.  



7.  Akhir sekali bolehlah dinikmati tauhu begedil itu dengan sambal kicap.





Sunday, April 26, 2020

Mee Kari Tulang




400 gm mee kuning
100 gm tauge
2 pokok daun sup - dihiris
4 biji cili padi - dihiris
4 biji limau kasturi
1 batang timun
1 cawan bawang goreng

Bahan untuk rebus tulang :
1 kg tulang lembu
1 biji bawang besar - dipotong 4
2" kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 liter air

Bahan untuk kari :
7 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
7 biji fish ball - dibelah dua
1 keping fish cake - dipotong kecil
1 biji kentang - didadu
20 gm halia - diketuk
20 gm lengkuas - diketuk
1/4 cawan rempah kari - bancuh dengan sedikit air
200 ml santan Kara
1 keping asam-keping
2 tangkai daun kari
1/3 cawan minyak untuk menumis
air secukupnya
garam secukup rasa

1.  Masuk semua bahan untuk rebus tulang itu dalam periuk.  Rebus hingga daging-daging yang ada pada tulang itu empuk.  Kemudian tapiskan air rebusan tulang dan tulang itu untuk masak kari.  Bahan-bahan yang lain boleh dibuang.

2.  Untuk buat kari pula, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas hingga kekuningan.

3.  Lepas itu masuk rempah kari, daun kari, fish ball, fish cake dan kentang.  Tumis hingga garing sedikit dan masukkan air rebusan tulang bersama tulang lembu itu.

4.  Bila mendidih, masuk santan dan air secukupnya.  Kuah jangan terlalu cair atau terlalu pekat.  Akhir sekali masuk asam-keping dan garam.  Bila mendidih dan cantik pekatnya, tutup api.

5.  Masa menghidang, letak mee kuning dalam mangkuk bersama tauge dan timun.  Tuang kuah kari dan tabur daun sup, cili padi, bawang goreng.  Perahkan jus limau kasturi.