Showing posts with label Kentang/Ubi. Show all posts
Showing posts with label Kentang/Ubi. Show all posts

Friday, October 8, 2021

Ubi Kayu Salut Maggi



Bahan A :
1 batang ubi kayu yang lurus
1 paket maggi kari
1/2 paket serbuk maggi kari
700 ml minyak untuk menggoreng

Bahan B :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 paket serbuk kari maggi
air secukupnya
garam secukup rasa

1.  Ubi kayu dipotong dalam 5" panjang dan dibelah 4 bahagian.  Maggi direndam agar lembut sedikit supaya boleh dilerai.



2.  Satukan Bahan B.  Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi adunan yang pekat.


3.  Panaskan minyak.  Celupkan potongan ubi kayu ke dalam adunan tepung.  Ubi kayu itu tidak perlu direbus terlebih dahulu.  Salutkan pula untaian maggi sekelilingnya dan masukkan ke dalam minyak panas tadi.  Goreng hingga kekuningan.



4.  Taburkan sedikit serbuk kari maggi di atasnya.  Makan semasa panas.  Rasakan kerangupan dibahagian luarnya dan kelembutan ubi kayu dibahagian dalamnya.




Sunday, August 29, 2021

Ubi Kayu Tumis Ikan Bilis



300 gm ubi kayu rebus
1/2 cawan ikan bilis goreng
3 tangkai cili kering - dipotong 2"
1 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
2 tangkai daun kari
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Ubi kayu direbus dan toskan.  Potong kecil ubi rebus tu. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili kering hingga garing.
3.  Kemudian masukkan ikan bilis, ubi kayu rebus, daun kari dan garam.  Gaul-gaulkan hingga sebati. 







Thursday, July 1, 2021

Muruku Kentang






2 cawan tepung beras
200 gm kentang
secubit jemuju
2 sb bijan
1 sb planta
3/4 cawan air
garam secukup rasa

1.  Kentang direbus hingga lembut dan dilecek atau dikisar hingga betul-betul halus.  Boleh dimasukkan lebih kurang 2 sb air semasa dikisar.


2.  Campurkan tepung beras, kentang lecek/kisar, jemuju, bijan, garam dan planta.  


3.  Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut tapi tidak melekat di tangan. 


4.  Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan muruku.  Masukkan sedikit adunan itu ke dalam acuan muruku dan tekankan muruku itu atas sekeping plastik.  Boleh juga gunakan belakang senduk atau daun pisang.


5.  Panaskan minyak.  Masukkan secubit doh tadi dalam minyak panas.  Jika ia terus terapung, itu tanda minyak telah cukup panas.  Kemudian masukkan muruku yang telah ditekan tadi ke dalam minyak panas.  Goreng hingga sedikit putih kekuningan.  Gunakan api sederhana panas.  Jangan goreng hingga terlalu kuning nanti muruku akan jadi terlalu keras.





Wednesday, June 9, 2021

Kentang Bakar



Bahan A :
2 biji kentang - didadu besar
2 ulas bawang putih - dicincang
sedikit serbuk lada hitam
sedikit chilly flakes
sedikit parmesan cheese
sedikit minyak zaitun
sedikit garam

Bahan B :
2 batang serai - disiat-siat
sedikit parutan mozarella cheese

1.  Gaulkan bahan A hingga bersatu.  
2.  Tuangkan dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper.
3.  Taburkan serai dan mozarella cheese.
4.  Bakar dalam oven pada suhu 250C hingga kekuningan.








Monday, February 15, 2021

Roti Bakau Tepek Kentang & Bijan



4 keping roti
3 biji kentang
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1/2 biji bawang besar - didadu kecil
2 biji cili padi - dihiris
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk kari
sedikit planta
3 sb bijan
garam secukup rasa

1.  Kentang direbus dan dilecek.
2.  Campurkan kentang rebus dengan daun ketumbar, bawang besar, cili padi, serbuk kunyit, serbuk kari dan garam.  Gaul rata.
3.  Roti dipotong tiga segi.  Sapukan nipis planta di atasnya.
4.  Letakkan isi kentang tadi atas roti dan ratakan.
5.  Taburkan bijan diatas inti kentang itu.  Tekankan sedikit.
6.  Panaskan non-stick pan tanpa planta.  Bakar roti dikedua-dua belah hingga sedikit kekuningan.  




Makan semasa panas.


Friday, May 8, 2020

Pakora Kentang




200 gm kentang
1/3 cawan tepung dhal gram
2 sb tepung jagung
2 sb kacang dhal
1/4 biji bawang besar
1 biji cili hijau
1/2" halia
2 tangkai daun ketumbar
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa

1.  Rebus kentang hingga lembut dan dipecah-pecahkan kasar-kasar.  Kacang dhal direbus hingga kembang.
2.  Campurkan semua bahan ke dalam kentang dan digaul rata.
3.  Panaskan minyak.  Ambil sedikit adunan itu dalam 1 sb dan ditekankan bahagian tengahnya supaya tidak terlalu tebal.
4.  Masukkan pakora itu ke dalam minyak panas dan digoreng hingga garing kekuningan.







Thursday, May 7, 2020

Mee Soto




450 gm mee kuning
100 gm tauge
1 pokok daun sup 
1 paket kecil soun
1 cawan minyak
sedikit bawang goreng

1.  Mee kuning dicelur sekejap.  Tauge disiram dengan air panas.  Daun sup dihiris.
2.  Panaskan minyak dan goreng soun.  Soun itu jangan dibasuh.  Terus dimasukkan dalam kuali dan biarkan ia mengembang keseluruhannya.  Toskan.  Untuk dapatkan warna kuning, masukkan sedikit serbuk kunyit di dalam minyak goreng itu.  Paling mudah gunakan minyak bekas menggoreng ayam.  Minyak itu memang sudah sedia berwarna kuning berpunca dari ayam yang digoreng itu.



Bahan untuk sup :
2 keping dada ayam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1" halia
1" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 sb rempah sup Adabi
1 liter air
garam secukup rasa

1.  Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar.  Halia diketuk.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
3.  Masuk rempah sup, ayam, air dan garam.  
4.  Bila mendidih, keluarkan ayam.  Segera lumurkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.  Goreng ayam itu hingga garing dan siat-siatkan ayam itu untuk dimakan dengan mee soto.


Bahan untuk begedil :
200 gm kentang
100 gm daging cincang
1 pokok daun bawang
2 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Kentang dipotong nipis dan digoreng hingga kekuningan.
2.  Daging cincang digoreng sekejap tanpa minyak hingga bertukar warna kecoklatan.
3.  Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.  Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.  
4.  Telur dipukul sedikit dengan sedikit serbuk lada sulah dan garam.  Celupkan begedil itu ke dalam telur lalu digoreng hingga garing.


Bahan untuk sos kicap :
50 gm cili padi
1/4 cawan kicap lemak manis
1/2 cawan air
gula secukup rasa

Campurkan semua bahan dan dikisar halus.  
  





Saturday, May 2, 2020

Tauhu Begedil




20 biji tauhu pop
400 gm kentang
200 gm daging 
1 pokok daun sup
2 biji cili padi
1 st serbuk lada sulah
2 sb bawang goreng
1 sb serbuk ikan bilis goreng
2 biji telur
500 ml minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Kentang dikupas kulit dan dipotong 4 atau 6.  Rebus kentang itu hingga lembut.  Toskan airnya dan lecek kentang itu panas-panas hingga hancur.



2.  Daging dicincang dan digoreng tanpa minyak.  Daun sup dihiris halus.  Cili padi dihiris halus.  Tauhu pop dibahagi dua, separuh dibelah dibahagian atasnya sahaja dan separuh lagi dibelah berpalang di atasnya.  Diterbalikkan tauhu itu dan keluarkan isinya.  Ia akan terbentuk seperti kelopak bunga.


3.  Gaulkan kentang, daging cincang, daun sup, bawang goreng, serbuk lada sulah, serbuk ikan bilis, cili padi dan garam hingga sebati.


4.  Ambil sedikit isi begedil itu dan sumbatkan ke dalam tauhu pop tadi.  

5.  Panaskan minyak.  Celupkan tauhu yang telah diisi inti tadi ke dalam telur yang telah dipukul sedikit dengan garam dan serbuk lada sulah.



6.  Gorengkan tauhu begedil itu dalam minyak panas hingga garing.  



7.  Akhir sekali bolehlah dinikmati tauhu begedil itu dengan sambal kicap.





Saturday, April 11, 2020

Cucur Badak Udang




A : Bahan untuk serunding
1/2 biji kelapa parut
1 st serbuk kunyit
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2 batang serai
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 sb ketumbar

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2.  Masuk kelapa parut, serbuk kunyit dan garam.  Gaul hingga rata.  Biarkan kelapa itu agak lembab-lembab sedikit.  Jika terlalu kering, serunding akan seperti berhampas.



B : Bahan untuk kulit
500 gm ubi keledek
3/4 cawan tepung gandum 
10 ekor udang
2 sb tepung gandum 
600 ml minyak untuk menggoreng
sedikit air
garam secukup rasa

1.  2 sb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air dijadikan gam yang likat.  Udang dibersihkan dan dibelah dua.

2.  Keledek direbus hingga empuk dan toskan.  Kemudian dilecek hingga halus semasa masih panas.

3.  Gaulkan keledek lecek dengan tepung dan garam hingga jadi doh yang boleh dibentuk.

4.  Ambil sedikit doh keledek itu dan leperkan.  Letak inti serunding dan bulat-bulatkan.  Leperkan sedikit.  Buat hingga habis.

5.  Masa hendak goreng tekankan sedikit bahagian tengah kuih itu agar berlekuk sedikit.  Cucukkan sedikit dengan garfu di permukaan tengah kuih.  Sapukan gam tepung tadi dan lekatkan udang di atasnya.  Tekankan sedikit.  Biarkan gam itu kering sekejap dalam 10 minit.  

6.  Panaskan minyak dan gorengkan kuih tadi.  Masukkan bahagian udang itu ke bawah dulu sebelum diterbalikkan.  Waktu menggoreng itu pastikan minyak agak panas supaya udang tidak tertanggal.  Goreng hingga garing dan toskan.  




Thursday, April 9, 2020

Jejari Kentang




600 gm russet potato
1 cawan tepung jagung
2 biji cili padi 
4" carrot
2 sb serbuk cheese
1 st serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Kentang dibuang kulit, dipotong 4 dan direbus hingga lembut.  Toskan airnya dan terus dilecek hingga halus.

2.  Cili padi dihiris.  Carrot didadu kecil.  



3.  Campurkan semua bahan dan digaul hingga sebati.  Kena gaul lama sikit supaya betul-betul cantik untuk dibentuk.  Bentukkan ia bulat lonjong.


4.  Panaskan minyak dan pastikan minyak kena betul-betul panas supaya jejari kentang itu tidak pecah.  Gorenglah jejari kentang itu hingga garing.  Cicah dengan sos kesukaan.




Boleh aje ditambah daun ketumbar atau daun sup dalam adunan kentang itu.  Boleh juga disalut dengan serbuk roti sebelum digoreng.