4 keping roti
3 biji kentang
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1/2 biji bawang besar - didadu kecil
2 biji cili padi - dihiris
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk kari
sedikit planta
3 sb bijan
garam secukup rasa
1. Kentang direbus dan dilecek.
2. Campurkan kentang rebus dengan daun ketumbar, bawang besar, cili padi, serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Gaul rata.
3. Roti dipotong tiga segi. Sapukan nipis planta di atasnya.
4. Letakkan isi kentang tadi atas roti dan ratakan.
5. Taburkan bijan diatas inti kentang itu. Tekankan sedikit.
6. Panaskan non-stick pan tanpa planta. Bakar roti dikedua-dua belah hingga sedikit kekuningan.
Makan semasa panas.
No comments:
Post a Comment