300 gm pucuk ubi
1 cawan ikan bilis
1 cawan minyak untuk menggoreng
3 sb gula melaka
2 keping asam-keping
garam secukup rasa
Bahan kisar :
2 sb biji ketumbar
2 sb jintan manis
100 gm cili padi
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1. Pucuk dibersihkan dan dipotong 1".
2. Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
4. Masuk pucuk ubi dan gaul sebati. Goreng hingga kering berderai dan daun pucuk ubi itu jadi rangup. Gunakan api sederhana.
5. Akhir sekali tutup api dan masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata.
Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh dimakan dengan nasi goreng atau mee atau diratah begitu sahaja.
Ni dah tinggal habuk-habuk yang dah hancur pun masih sedap rangup dimakan. Dah bawah-bawah nampak lebih berminyak.
No comments:
Post a Comment