Tuesday, April 28, 2020

Terung Berlada




3 biji terung
2 biji cili merah
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb belacan
1/4 cawan ikan bilis
1/4 cawan minyak masak
garam secukup rasa

1.  Terung dibelah dua.  Rendam dalam air supaya tidak lebam.
2.  Ikan bilis digoreng dan ditumbuk kasar.
3.  Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk kasar.
4.  Panaskan minyak dan masukkan terung tapi letak terung itu bahagian kulitnya diatas supaya warnanya unggunya naik.  Tak perlu diterbalikkan terung itu.  Ia akan masak keseluruhannya dengan sendiri.  Bila dah lembut terung itu, angkat dan susun dalam pinggan.
5.  Kemudian tumiskan bahan tumbuk hingga naik minyak.  Masukkan sekali ikan bilis dan garam.  Bila dah garing, tuang atas terung tadi.





Ayam Ungkep




1/2 ekor ayam
1 batang serai
1 sb jintan manis 
1 sb jintan putih
1 sb ketumbar
1 keping asam-keping
3 helai daun limau purut
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1" halia
1" kunyit hidup
10 biji cili padi

1.  Serai diketuk.  Jintan manis, jintan putih dan ketumbar ditumbuk kasar.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga pecah minyak.

3.  Masuk serai, ayam dan asam keping.  Masukkan sedikit air supaya masakan tidaak terlalu kering.  Biarkan hingga ayam masak.  Akhir sekali masuk garam dan daun limau purut.

resipi kredit : daridapur.com

Sunday, April 26, 2020

Mee Kari Tulang




400 gm mee kuning
100 gm tauge
2 pokok daun sup - dihiris
4 biji cili padi - dihiris
4 biji limau kasturi
1 batang timun
1 cawan bawang goreng

Bahan untuk rebus tulang :
1 kg tulang lembu
1 biji bawang besar - dipotong 4
2" kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 liter air

Bahan untuk kari :
7 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
7 biji fish ball - dibelah dua
1 keping fish cake - dipotong kecil
1 biji kentang - didadu
20 gm halia - diketuk
20 gm lengkuas - diketuk
1/4 cawan rempah kari - bancuh dengan sedikit air
200 ml santan Kara
1 keping asam-keping
2 tangkai daun kari
1/3 cawan minyak untuk menumis
air secukupnya
garam secukup rasa

1.  Masuk semua bahan untuk rebus tulang itu dalam periuk.  Rebus hingga daging-daging yang ada pada tulang itu empuk.  Kemudian tapiskan air rebusan tulang dan tulang itu untuk masak kari.  Bahan-bahan yang lain boleh dibuang.

2.  Untuk buat kari pula, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas hingga kekuningan.

3.  Lepas itu masuk rempah kari, daun kari, fish ball, fish cake dan kentang.  Tumis hingga garing sedikit dan masukkan air rebusan tulang bersama tulang lembu itu.

4.  Bila mendidih, masuk santan dan air secukupnya.  Kuah jangan terlalu cair atau terlalu pekat.  Akhir sekali masuk asam-keping dan garam.  Bila mendidih dan cantik pekatnya, tutup api.

5.  Masa menghidang, letak mee kuning dalam mangkuk bersama tauge dan timun.  Tuang kuah kari dan tabur daun sup, cili padi, bawang goreng.  Perahkan jus limau kasturi.








Jus Tembikai Lemon




1/2 biji tembikai
1 biji lemon
air gula secukupnya

Masukkan tembikai ke dalam blender.  Kisar hingga halus.  Tapiskan jusnya.  Kalau tak nak tapis pun boleh aje.  Masukkan air gula secukup manis yang dikehendaki.  Akhir sekali perahkan jus lemon.



Saturday, April 25, 2020

Ayam Pandan Thai




500 gm isi ayam - dipotong kecil
10 helai daun pandan (besar)
2 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan untuk perap ayam :
* 3 ulas bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 1 akar ketumbar
* 2 tangkai cili kering
* 1/2" kunyit hidup
* 1" halia
* 1 batang serai
* 1 sb ketumbar
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
1 sb santan pekat
1 st fish sauce
garam secukup rasa

1.  Kisar bahan bertanda *.  Kemudian gaulkan pada ayam bersama bahan perap yang lain.   Perapkan ayam dalam 2 jam.

2.  Lepas itu ambil seketul ayam dan bungkus dengan daun pandan.

3.  Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.








Friday, April 24, 2020

Apam Gula Hangus





1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 sb planta
2 sb susu pekat
1 st soda bikarbonat

1.  Masukkan gula pasir dalam kuali dan dimasak hingga larut menjadi gula hangus.  Perlahan-lahan masukkan air sambil dikacau perlahan.  Perlu hati-hati semasa masukkan air sebab ia akan memercik.  Bila gula telah larut, sejukkan.

2.  Campurkan telur, tepung gandum, minyak masak, planta, susu pekat dan soda bikarbonat.  Pukul dengan whisk hingga sebati.

3.  Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.  Pukul lagi hingga sebati.  Tapis adunan itu supaya tidak ada tepung yang bergentel.

4.  Sapu minyak dalam acuan dan tuang adunan 3/4 acuan itu.  Kukus apam selama 15 minit.  Tapi kalau pakai acuan kuih lompang isi adunan itu 1/2 acuan aje atau boleh lebihkan sedikit aje.  





Inilah kejadiannya kalau guna acuan lompang. 


Wednesday, April 22, 2020

Puff Gulung Inti Buah-buahan Kering



1 keping puff pastry
1/2 cawan buah-buahan kering
4 sb gula perang kasar
1 biji telur
2 sb butter cair

1.  Resipi puff pastry sila rujuk di https://csuraya.blogspot.com/2018/01/puff-pastry.html

2.  Canai puff pastry itu atas plastik atau baking paper.  Canai hingga agak nipis sedikit.  Sapu butter cair di atas permukaan pastry itu.  

3.  Tabur gula perang kasar di atasnya dan tabur buah-buahan kering.  Tak perlu guna banyak pun buah-buahan kering itu sebab ia agak manis.

4.  Gulungkan puff pastry itu dan potongkan 1" tebal.  Susun atas baking tray yang telah dialas dengan baking paper dan sapu telur yang telah dipukul sedikit di atasnya.  

5.  Bakar puff itu pada suhu 170C lebih kurang 15 minit atau hingga kekuningan.






Tuesday, April 21, 2020

Biskut Kacang Tanah




2 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan planta
1/2 cawan gula castor
1/4 cawan kacang tanah
1 biji telur
1st esen vanila
1/4 st garam
sedikit pewarna (3 jenis)

1.  Kacang tanah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar.  
2.  Pukul planta dan gula castor hingga kembang. 
3.  Masuk telur dan esen vanila.  Pukul lagi hingga sebati.
4.  Lepas itu masuk tepung gandum dan garam sedikit demi sedikit
sambil diuli.  Masuk pula kacang tanah dan diuli lagi hingga sebati dan menjadi doh.
5.  Bahagi doh kepada 3 bahagian dan diwarnakan.  Simpan doh dalam peti ais lebihkurang 30 minit.  
6.  Kemudian carikkan sedikit-sedikit setiap doh itu dan tabur atas papan pencanai.  Tabur rapat-rapat.  Kemudian canaikan doh itu dan diterap bulat.
7.  Susun biskut atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Bakar biskut pada suhu 160c selama 15 minit atau hingga masak.










Monday, April 20, 2020

Apple Strudel




Untuk inti :
4 biji epal
3/4 cawan gula pasir
1 sb butter
1 sb tepung jagung
1 st serbuk kayu manis
1/4 st serbuk buah pala 
1/2 st garam
1/4 cawan air

Untuk pastry :
puff pastry 
1 biji telur

1.  Cara buat inti :  Campurkan epal, gula pasir, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, garam dan air dalam kuali.  Masak hingga epal lembut.  Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan butter.  Masak lagi hingga likat.  Sejukkan.





2.  Cara buat pastry :  rujuk di  https://csuraya.blogspot.com/2018/01/puff-pastry.html

3.  Canaikan pastry ukuran 6"x14".  Lepas itu potong-potongkan pastry itu seperti dalam gambar.  

4.  Letakkan inti di bahagian tengah pastry.  Kemudian lipatkan potongan pastry itu bersilang-silang.  Sapukan telur yang telah dipukul diatasnya dan bakar pada suhu 160C hingga kekuningan.









Monday, April 13, 2020

Kari Daging Kerbau




1 kg daging kerbau
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2" halia
2" lengkuas
1 biji buah pala
3 sb rempah kari daging
3" kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari
1 kotak santan
1/4 cawan minyak untuk menumis
10 biji cili padi
garam secukup rasa

1.  Daging kerbau dipotong-potong dan direbus hingga empuk.  



2.  Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar.  Halia dihiris halus memanjang.  Lengkuas diketuk.  Rempah kari dibancuh dengan sedikit air dijadikan seperti pes.  Buah pala ditumbuk isinya.

3.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, halia, lengkuas bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.  Tumis hingga bawang nampak kekuningan.

4.  Masuk rempah kari dan daun kari.  Tumis sekejap hingga naik bau tapi jangan sampai hangit. 

5.  Kemudian masuk daging rebus tadi.  Tumis lagi hingga rempah meresap ke dalam daging.  Jika terlalu kering, masuk 2 sb air rebusan daging. 

6.  Akhir sekali masuk santan, air rebusan daging tadi dan garam.  Semasa kuah mendidih, taburkan serbuk buah pala tadi dan masuk cili padi.  Biar ia mendidih lagi dan tutup api.




Urap Sayur Kangkung



500 gm sayur kangkung
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 biji kelapa parut
1 st serbuk kunyit
1 sb minyak
1 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
1 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb serbuk udang kering
1 batang serai
1 sb serbuk jintan manis
1 st jintan putih
1 sb ketumbar

1.  Sayur kangkung dicelur sekejap dalam air mendidih dan toskan.
Bawang besar dan cili merah dihiris.

2.  Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar bersama serbuk kunyit hingga garing.  

3.  Masuk kelapa dan dikacau sekejap hingga rata dan sebati.  Jangan sampai terlalu kering.

4.  Akhir sekali masuk sayur kangkung, bawang besar dan cili merah.  Gaul-gaulkan sekejap dan tutup api.  Masa menghidang, perahkan jus limau kasturi.





Saturday, April 11, 2020

Cucur Badak Udang




A : Bahan untuk serunding
1/2 biji kelapa parut
1 st serbuk kunyit
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2 batang serai
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 sb ketumbar

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2.  Masuk kelapa parut, serbuk kunyit dan garam.  Gaul hingga rata.  Biarkan kelapa itu agak lembab-lembab sedikit.  Jika terlalu kering, serunding akan seperti berhampas.



B : Bahan untuk kulit
500 gm ubi keledek
3/4 cawan tepung gandum 
10 ekor udang
2 sb tepung gandum 
600 ml minyak untuk menggoreng
sedikit air
garam secukup rasa

1.  2 sb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air dijadikan gam yang likat.  Udang dibersihkan dan dibelah dua.

2.  Keledek direbus hingga empuk dan toskan.  Kemudian dilecek hingga halus semasa masih panas.

3.  Gaulkan keledek lecek dengan tepung dan garam hingga jadi doh yang boleh dibentuk.

4.  Ambil sedikit doh keledek itu dan leperkan.  Letak inti serunding dan bulat-bulatkan.  Leperkan sedikit.  Buat hingga habis.

5.  Masa hendak goreng tekankan sedikit bahagian tengah kuih itu agar berlekuk sedikit.  Cucukkan sedikit dengan garfu di permukaan tengah kuih.  Sapukan gam tepung tadi dan lekatkan udang di atasnya.  Tekankan sedikit.  Biarkan gam itu kering sekejap dalam 10 minit.  

6.  Panaskan minyak dan gorengkan kuih tadi.  Masukkan bahagian udang itu ke bawah dulu sebelum diterbalikkan.  Waktu menggoreng itu pastikan minyak agak panas supaya udang tidak tertanggal.  Goreng hingga garing dan toskan.