Untuk inti :
4 biji epal
3/4 cawan gula pasir
1 sb butter
1 sb tepung jagung
1 st serbuk kayu manis
1/4 st serbuk buah pala
1/2 st garam
1/4 cawan air
Untuk pastry :
puff pastry
1 biji telur
1. Cara buat inti : Campurkan epal, gula pasir, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, garam dan air dalam kuali. Masak hingga epal lembut. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan butter. Masak lagi hingga likat. Sejukkan.
2. Cara buat pastry : rujuk di https://csuraya.blogspot.com/2018/01/puff-pastry.html
3. Canaikan pastry ukuran 6"x14". Lepas itu potong-potongkan pastry itu seperti dalam gambar.
4. Letakkan inti di bahagian tengah pastry. Kemudian lipatkan potongan pastry itu bersilang-silang. Sapukan telur yang telah dipukul diatasnya dan bakar pada suhu 160C hingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment