Saturday, April 11, 2020

Cucur Badak Udang




A : Bahan untuk serunding
1/2 biji kelapa parut
1 st serbuk kunyit
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2 batang serai
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 sb ketumbar

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2.  Masuk kelapa parut, serbuk kunyit dan garam.  Gaul hingga rata.  Biarkan kelapa itu agak lembab-lembab sedikit.  Jika terlalu kering, serunding akan seperti berhampas.



B : Bahan untuk kulit
500 gm ubi keledek
3/4 cawan tepung gandum 
10 ekor udang
2 sb tepung gandum 
600 ml minyak untuk menggoreng
sedikit air
garam secukup rasa

1.  2 sb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air dijadikan gam yang likat.  Udang dibersihkan dan dibelah dua.

2.  Keledek direbus hingga empuk dan toskan.  Kemudian dilecek hingga halus semasa masih panas.

3.  Gaulkan keledek lecek dengan tepung dan garam hingga jadi doh yang boleh dibentuk.

4.  Ambil sedikit doh keledek itu dan leperkan.  Letak inti serunding dan bulat-bulatkan.  Leperkan sedikit.  Buat hingga habis.

5.  Masa hendak goreng tekankan sedikit bahagian tengah kuih itu agar berlekuk sedikit.  Cucukkan sedikit dengan garfu di permukaan tengah kuih.  Sapukan gam tepung tadi dan lekatkan udang di atasnya.  Tekankan sedikit.  Biarkan gam itu kering sekejap dalam 10 minit.  

6.  Panaskan minyak dan gorengkan kuih tadi.  Masukkan bahagian udang itu ke bawah dulu sebelum diterbalikkan.  Waktu menggoreng itu pastikan minyak agak panas supaya udang tidak tertanggal.  Goreng hingga garing dan toskan.  




No comments:

Post a Comment