Sunday, April 5, 2020

Sausage Bread




2 cawan tepung gandum
2 sb butter
1/2 cawan susu suam
1 biji telur untuk doh
1 biji telur untuk sapu atas roti
3 sb gula pasir
1/2 sb yeast
1/2 st garam
10 biji sausage


1.  Sausage direbus biar masak.  Tepung gandum, yeast, gula pasir dan garam digaul rata.  

2.  Masuk butter dan digaul sedikit.  Masuk telur dan digaul lagi.

3.  Kemudian masukkan susu suam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.



4.  Sapukan dalam mangkuk doh dengan sedikit minyak.  Perapkan adunan itu hingga ia kembang.  

5.  Tumbuk doh di bahagian tengah bagi mengeluarkan angin.  Bahagi doh kepada 10 bahagian.  




6.  Ambil sebiji doh, dileperkan sedikit memanjang.  Taburkan serbuk cheese dan letakkan sausage.  Boleh juga disapukan dengan sos tomato jika hendak.  Ikut kesukaan masing-masing.  Salutkan sausage itu dengan doh itu.  



7.  Letakkan roti itu di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Gunting roti itu tapi jangan sampai putus, cukup sekadar sampai sausage itu sahaja.  Lepas itu pintalkan potongan itu ke tepi.   Biarkan seketika hingga roti itu mengembang sedikit.



8.  Kemudian sapukan roti itu dengan telur dan taburkan serbuk cheese.  Bakar roti pada suhu 160C selama 10 minit atau hingga masak kekuningan.




No comments:

Post a Comment