2 sb nescafe
2 sb gula pasir
2 sb air mendidih
500 ml susu segar
sedikit ais ketul
1. Satukan nescafe, gula pasir dan air mendidih. Pukul hingga pekat berkrim dan gebu. Adunan tidak jatuh bila diangkat pemukul itu.
2. Masukkan ketulan ais dalam gelas dan tuangkan susu segar.
3. Lepas itu sudukan perlahan-lahan di atasnya adunan nescafe tadi. Bolehlah dihidangkan.
Bila hendak minum, kacau rata-rata. Hmm...memang macam kopi kat Starbuck. Kalau korang tak suka rasa pure macam ni, tambahlah gula.
No comments:
Post a Comment