Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Monday, October 11, 2021

Brazilian Lemonade



6 cawan air sejuk
1 cawan gula halus
2 biji limau nipis
1/2 cawan jus limau nipis
1/2 cawan susu pekat

1.  Masukkan 3 cawan air sejuk ke dalam blender.  Masukkan sekali bahan lain dan kisarkan hingga nampak berbusa.


2.  Baki 3 cawan air sejuk tadi dimasukkan ke dalam jug.  Tuangkan jus yang dikisar ke dalam jug itu dan kacau hingga sebati.


3.  Kemudian bolehlah dihidangkan.  Deko lah ikut suka.




Wednesday, May 20, 2020

Air Selasih Ku Sayang




1 sb biji selasih
1/2 cawan air bunga telang
500 ml air sejuk
air gula secukupnya
sedikit ketulan ais

1.  Rendam biji selasih dengan air panas hingga kembang.  Bunga telang direbus hingga naik warnanya dan tapis airnya.

2.  Masuk ketulan ais dalam gelas.  Tuang air sejuk dan masuk air gula secukupnya.

3.  Masuk biji selasih dan air bunga telang.






Monday, May 18, 2020

Jus Tembikai Kuning



1/2 biji tembikai kuning
100 gm gula batu
air sejuk secukupnya

1.  Biji-biji tembikai itu dibuang.  
2.  Masukkan tembikai kuning ke dalam blender bersama gula batu.  
3.  Akhir sekali masukkan air sejuk separuh dari paras tembikai itu.  Kisarkan hingga halus dan tuang dalam jug.  


Jika suka boleh dimasukkan ketulan ais tapi bila ais itu mencair, jus itu akan jadi lebih cair.  Lebih baik disejukkan dulu dalam peti ais sebelum dihidang.



Wednesday, May 13, 2020

Jus Nenas & Saffron





1 biji nenas
500 ml air sejuk
gula batu secukup rasa
secubit saffron
sedikit ketulan ais
3 biji strawberry

Saffron direndam sekejap dalam air panas hingga timbul warnanya.
Masukkan nenas, air, gula batu dan saffron serta airnya dalam blender dan kisar hingga halus.
Letak ketulan ais dalam gelas dan tuang jus.
Hiaskan dengan strawberry bagi menaikkan warna.



Tuesday, May 5, 2020

Jus Laici Bunga Telang


  

20 kuntum bunga telang
1 liter air
1 tin laici

1.  Bunga telang dimasak dengan 500 ml air hingga timbul warna birunya.  Tapiskan.

2.  Masukkan laici bersama jusnya ke dalam jug.  Lepas itu masukkan sedikit air bunga telang.  Tambah air untuk sesuaikan kepekatan warnanya.  

Air bunga telang yang selebihnya boleh disimpan dalam peti ais untuk kegunaan yang lain seperti nasi kerabu, pulu tai-tai, roti jala dan yang lain-lain.






Monday, May 4, 2020

Jus Tembikai Kuning Blueberry



1/4 biji tembikai kuning
50 gm gula batu
500 ml air ais

Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga halus.  Kalau nak tapis hampasnya pun boleh.  Tak tapis pun ok, ia akan lebih pekat.



Sunday, April 26, 2020

Jus Tembikai Lemon




1/2 biji tembikai
1 biji lemon
air gula secukupnya

Masukkan tembikai ke dalam blender.  Kisar hingga halus.  Tapiskan jusnya.  Kalau tak nak tapis pun boleh aje.  Masukkan air gula secukup manis yang dikehendaki.  Akhir sekali perahkan jus lemon.



Monday, April 6, 2020

Dalgona Coffee




2 sb nescafe
2 sb gula pasir
2 sb air mendidih
500 ml susu segar
sedikit ais ketul


1.  Satukan nescafe, gula pasir dan air mendidih.  Pukul hingga pekat berkrim dan gebu.  Adunan tidak jatuh bila diangkat pemukul itu. 

2.  Masukkan ketulan ais dalam gelas dan tuangkan susu segar.  

3.  Lepas itu sudukan perlahan-lahan di atasnya adunan nescafe tadi.  Bolehlah dihidangkan.

Bila hendak minum, kacau rata-rata.  Hmm...memang macam kopi kat Starbuck.  Kalau korang tak suka rasa pure macam ni, tambahlah gula. 




Monday, January 13, 2020

Punch Soda Kiwi



6 biji buah kiwi
200 ml sirap vanila
200 ml air soda
1 liter air sejuk

1.  Buah kiwi dipotong dadu.  

2.  Satukan sirap vanila, air soda, air sejuk.   Cara buat sirap vanila sila rujuk di https://csuraya.blogspot.com/2020/01/sirap-vanila.html  

3.  Masukkan buah kiwi.  Akhir sekali masukkan ais kiub atau sejukkan dalam petisejuk.





Saturday, May 5, 2018

Sirap Bandung Cincau




1 liter air
100 gm gula batu
1/4 st pewarna merah
2 helai daun pandan
2/4 cawan susu cair
150 gm cincau
sedikit esen vanila atau perisa ros
sedikit ketulan ais

1.  Air dimasak bersama gula batu, daun pandan dan pewarna merah hingga mendidih dan gula larut.  



2.  Masukkan esen vanila atau perisa ros dan tutup api.  Kacau-kacaukan.  Tapis air sirap itu dan sejukkan.

3.  Cincau didadu kecil.  Masukkan susu cair ke dalam air sirap itu.  

4.  Akhir sekali masukkan cincau dan ketulan ais atau disejukkan dalam peti sejuk.




Monday, November 20, 2017

Jus Tembikai



1 biji tembikai merah
gula batu secukupnya

Masukkan isi tembikai dan gula batu ke dalam blender.  
Kisarkan hingga halus dan tapis jusnya. 



Tuesday, August 22, 2017

Jus Limau Kasturi




10 biji limau kasturi
8 biji asam boi
500 ml air sejuk
3 sb gula pasir

1.  Perahkan jus limau kasturi guna penapis bagi membuang biji-biji limau.

2.  Rendam asam boi dalam air panas atau boleh aje direbus sekejap dengan sedikit air.

3.  Campurkan jus limau kasturi, asam boi bersama airnya, gula pasir dan air sejuk.  Kacau hingga gula larut.





Friday, May 26, 2017

Air Laici Pudina




1 tin laici
500 ml air sejuk
6-7 helai daun pudina
1 biji limau nipis 
3 sb gula pasir

1.  Masukkan 6 biji laici, daun pudina, gula dan 1 cawan air sejuk ke dalam blender. Kisarkan hingga halus.


2.  Tuangkan bahan yang dikisar ke dalam jag.  Masukkan air selebihnya.  Tambah gula jika perlu.  Perahkan jus limau.  Kacau-kacau dan hidang.






Friday, October 28, 2016

Kopi Rempah Jiwa Gelora




Kopi Rempah sejenis minuman yang diadun dengan rempah-rempah semulajadi.  Di proses cara tradisi.  Keharumannya dan keenakkannya yang tiada tara.



Boleh diminum sebagai kopi o ataupun dicampur susu pekat.



Serbuk kopi rempah yang diproses sendiri oleh pemilik restoran KOPI REMPAH di Sarawak.  Seorang anak Penang yang telah bermastautin di Sarawak.





Friday, August 28, 2015

Rasailah Keenakan Kopi Rempah




Pernah tak korang dengar pasal Kopi Rempah???

Rasa rempah kari ke?  Rasa rempah kurma ke?

Akhirnya dapat juga aku rasa Kopi Rempah ni.....mula-mula tu cam cuak je nak minum.  Boleh telan ke tak ni?  Kalau tak cuba tak tau.

Kopi ni member aku terbangkan terus dari Sarikei, Sarawak.  Kopi Rempah yang diproses sendiri, homemade la bak orang skarang cakap.....Masa dapat parcel, buka jer parcel semerbak harum bau rempah.

Nak bancuh tu buatlah cam bancuh kopi o atau kopi susu.  Sukatan serbuk kopi rempah tu terpulang ler kat korang....nak pekat biasa ke atau nak pekat kaw ke...


Rasa???  Sedap....sikit lebih kurang macam rasa Teh halia.

Kalau korang berminat, jangan cari aku tapi terus ke pemprosesnya ....



Order trus kat mamat ni...tapi jangan korang order dia pulak, nanti aku kena sumpit kang.  Order KOPI REMPAH aje tau.





Tuesday, August 18, 2015

Teh 3-Layer Panas




Bahan yang diperlukan adalah :
10 gm gula melaka
1 cawan susu cair
3 sb serbuk teh
1 cawan air

Menyediakaan sirap gula melaka:
Sagat gula melaka.  Lepas itu masukkan gula melaka dalam periuk bersama 1/4 cawan air.  Masak hingga gula larut dan menjadi sirap yang pekat.

Menyediakan teh pekat:
Masakkan serbuk teh dengan baki air tadi hingga teh kembang. Tapiskan.

Untuk melapiskan teh:
Step pertama :  Masukkan 3 sb air gula melaka dalam gelas.



Step kedua :  Tuangkan susu cair di atas air gula melaka itu.  Alirkan susu cair itu perlahan-lahan di atas belakang sudu.

Step ketiga :  Akhir sekali tuangkan air teh pekat perlahan-lahan yang juga dialirkan belakang sudu.






Saturday, July 11, 2015

Jus Carrot Kurma



350 gm carrot
10 biji kurma
2 sb susu pekat
500 ml air sejuk



1.  Carrot dipotong nipis.  Buah kurma dibuang biji.  Masukkan carrot, kurma dan air sejuk ke dalam blender.  Blend hingga halus.  



2.  Tapiskan hampasnya.



3.  Masuk ke dalam jug dan masukkan susu pekat.  Tahap kemanisan tu ikut selera masing-masing.