Friday, October 31, 2014

Blooming Onion




Bahan A :
1 biji bawang besar 
1 mangkuk air sejuk (berais)

1.  Kupas bawang tapi bahagian yang ada akar tu dibiarkan tapi dibersihkan akarnya sahaja.  


2.  Bahagian atas bawang pula dilubangkan bahagian tengahnya.  Dibuang sedikit bahagian tengah bawang tu.  


3.  Lepas itu bahagian atas yang dilubangkan tadi dibelah 4 tapi jangan sampai putus di bahagian bawahnya.  


4.  Kemudian dibelah lagi bersilang antara kelopak bawang tu.  Berhati-hati supaya kelopaknya tak putus.


Bahan B :

1/2 cawan tepung gandum
1 st serbuk kari
1 st cili flake
1 st dried oregano
1 st serbuk paprika
1/2 st serbuk jintan manis
garam secukup rasa

Gaulkan semuanya hingga sebati.  

Bahan C :
1 cawan susu cair
1 cawan air

Bahan untuk sos :
3 sb mayonis
1 st sos cili
1/4 st serbuk paprika
1/4 st serbuk lada hitam
1/4 st dried oregano
garam

Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.


Cara menyediakan blooming onion :
1.  Sediakan air ais dalam mangkuk besar.  Rendamkan sekejap bawang itu dalam 10 minit.  


2.  Toskan bawang itu sekejap dan masukkan bawang tu ke dalam Bahan C  dan alihkan ke dalam mangkuk berisi Bahan B.  Ratakan tepung itu pada keseluruhan kelopak-kelopak bawang itu.  


3.  Celupkan sekali lagi bawang itu ke dalam Bahan C dan salutkan lagi sekali dengan Bahan B.  


4.  Lepas tu gorengkan bawang tu di dalam minyak yang banyak hingga garing.  Toskan dan makan dengan sos.




Tuesday, October 28, 2014

Kerepek Kentang



1 biji kentang russet
1 liter air sejuk
1 liter minyak untuk menggoreng
1 st garam

1.  Kentang dikupas kulit dan disagat nipis.  

2.  Basuhkan kentang itu beberapa kali sehingga air basuhannya menjadi jernih.


3.  Lepas itu rendamkan kentang itu ke dalam air sejuk (ais). Biarkan dalam 1/2 jam.  Sebaiknya simpankan dalam peti sejuk. Lepas itu toskan ia. 

4.  Kemudian keringkan setiap kepingan kentang itu diatas kitchen towel.  Biarkan airnya kering.  Boleh juga diletakkan di bawah kipas.  


Memanglah nampak senang aje nak membuat kerepek kentang ni. Tapi bab nak menyagat nipis-nipis ni yang payah.  Kalau ada alat khas yang guna letrik memang bagus.

Satu lagi bab yang leceh ni ialah bab nak mengeringkan kepingan kentang tu.  Kalau rumah berhalaman bolehlah keringkan di bawah matahari.  Kalau tak dikeringkan betul-betul nanti tak rangup.

5.  Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.  Masukkan kepingan kentang itu dan masukkan juga sedikit garam didalam minyak itu. Gorengkan sehingga garing kekuningan atau tidak ada lagi buih-buih dalam minyak itu. 

6.  Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.  Yang ini hasil dari 1 biji kentang russet.  Banyak juga.





Monday, October 27, 2014

Cute Alert!Clingy pandas don’t want to take their medicine

Rose Apple Tart




1 keping puff pastry
1 biji epal merah
2 sb gula pasir
1 sb madu
3 sb air
1 st serbuk kayu manis
1 sb gula perang
2 sb butter

1.  Belah epal kepada 2 bahagian dan buang empulurnya.  Lepas tu hiris nipis dan masukkan dalam periuk bersama gula pasir, madu  dan air.  Masak selama 5 minit. Toskan.  Keringkan hirisan epal tu di atas kitchen towel. 


2.  Canaikan puff pastry itu supaya menjadi nipis sedikit.  Potongkan puff pastry kepada 5 bahagian.  

3.  Sapukan permukaan pastry itu dengan butter dan taburkan sedikit gula perang.


4.  Kemudian susunkan hirisan epal tadi di atas pastry yang telah dipotong tadi.  Lipatkan lebihan pastry itu ke atas menutup sebahagian hirisan epal itu.


5.  Sapukan lagi butter di atas pastry yang dilipat itu.  Taburkan sedikit gula perang.


6.  Lepas itu gulungkan pastry itu dan akan terbentuk seperti kuntuman ros.  Akhir sekali taburkan sedikit serbuk kayu manis dan gula perang di atasnya.


7.  Bakar rose tart pada suhu 170C lebih kurang 15 minit.



Sunday, October 26, 2014

Nasi Tepanyaki dan Daging Bakar




Daging dan bahan perapan :
200 gm daging lembu
3 ulas bawang merah - ditumbuk 
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2" halia 
1 st sos ikan
1 st minyak bijan
garam

1.  Gaulkan semua bahan perapan pada daging dan perap dalam 4 jam atau semalaman.  



2.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan digoreng daging itu sehingga nampak garing keseluruhannya.  Lepas tu dihiriskan daging itu.  Ketepikan.





Bahan untuk nasi :
2 cawan beras basmathi
1 cawan air rebusan daging
2 cawan air
garam secukup rasa

1.  Masuk beras ke dalam periuk bersama air rebusan daging, air dan sedikit garam.  Masak nasi seperti biasa.






Bahan untuk lauk :
50 gm tauge
100 gm kobis - dihiris
4" carrot - dipotong halus memanjang 
2 keping fish atau 6 biji fish ball
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih
1 sb kicap lemak manis
1 pokok daun bawang
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan.  Masukkan bawang besar dan ditumis lagi hingga bawang layu.



2.  Masukkan fish cake/fish ball, kobis dan carrot.  Biarkan seketika hingga kobis masak.  Lepas tu masukkan tauge, kicap dan garam. Balik-balikkan dan tutup api.  Jangan sampai tauge tu lembik sangat.  Taburkan dengan daun bawang.



Hidangkan bersama sup kosong (air rebusan ayam/daging).




Wednesday, October 22, 2014

Kerepek Jejari Ketam



Ambillah 500 gm jejari ketam atau berapa banyak yang korang suka asalkan terlarat nak siat-siatkan jejari ketam tu.  Kalau susah nak disiat-siatkan, potonglah guna pisau.  Bertabahlah yer...

Walaupun nampak senang tapi jenuh juga....nampak je setimbun tapi bila dah siap digoreng, sekejap dah licin kena ngap....hahaha.


Pastikan jejari ketam tu lembut dulu supaya mudah disiat-siatkan.
Lepas tu basuh sekejap dan toskan biar betul-betul kering.  

Akhirnya barulah digoreng bersama daun kari hingga garing kekuningan.



Monday, October 20, 2014

Kerepek Seaweed




20 keping kulit popia
10 keping seaweed
2 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
sedikit bijan


Ambil 1 keping kulit popia.  Sapukan telur yang telah dipukul sedikit dengan lada sulah.  Sapu rata-rata.  

Letakkan kepingan seaweed di atasnya.  Sapukan lagi telur tadi rata-rata di atas seaweed tu dan tabur bijan.



Ambil sekeping lagi kulit popia dan disapu telur di atasnya dan tutupkan atas seeweed yang ditabur bijan tadi.  Tekankan sedikit supaya melekat.
  


Lepas tu potong-potongkan ikut suka dan digoreng hingga garing. Sekejap aje nak menggoreng tu.  Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.




Ayam Varuval



Bahan perapan ayam :
1/2 ekor ayam
1 sb pes halia bawang putih
3 sb rempah kari
2 sb jus limau
1 st garam
1 st garam masala

Bahan tumis :
1 biji bawang besar 
1 sb pes halia bawang putih
5 tangkai daun kari
1/2 st jintan putih
2" kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 tangkai cili kering - dipotong-potong
1/2 st biji ketumbar biji
1 sb serbuk cili / cili kisar

1.  Mula-mula buatlah pes halia bawang putih yang terdiri dari 6 ulas bawang putih, 2" halia dan 2" kunyit hidup yang ditumbuk atau dikisar halus dan digaul dengan 1 st minyak .  Bahagi dua pes itu.



2.  Gaulkan ayam bersama bahan perapan dan perapkan selama 30 minit.



2.  Bawang besar dihiris dan digoreng hingga kuning keemasan macam buat bawang goreng tu.  Masukkan pes halia bawang putih.



3.  Bila telah naik bau, masukkan cili kering, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, jintan putih, daun kari dan serbuk cili / cili kisar.  Goreng sekejap.

4.  Masukkan ayam bersama bahan perapan dan gaulkan.  Tutup periuk atau kuali hingga ayam masak.  Sesekali dikacau supaya tak hangit.  



Jika masakan terlalu kering dan ayam masih belum masak lagi, boleh dimasukkan sedikit air.  Bila ayam telah masak, buka tudung dan masak lagi hingga keluar minyak.  Masakan ini adalah jenis kering dan ia mestilah dimasak hingga betul-betul mengeluarkan minyak. 







Sunday, October 19, 2014

Kari Tulang Lembu Dengan Kacang Kelo


Inilah pertama kali aku cuba masak kacang kelo ni.  Selama ni asyik dengar orang cakap sedap sayur ni buat kari.  Cuma hati tak berani nak mencuba. 


Masa pi pasar tani hari tu ternampak kacang kelo ni.  Tercongak-congak jugak nak beli ke tak.  Bila fikir asyik-asyik masak sayur yang sama aje, tu yang beli seikat...adalah dalam 7 batang.

Bila tiba rumah, fikir pulak macamana nak siang kacang kelo ni ek...nak kena rebus dulu ke sebab kacang kelo ni keras.  Apalagi menggoogle lah....banyak jasa google ni.  Kat google jugaklah tau cara macamana nak makan bila dah masak.  Makan isi dalamnya aje, kulit luar tu jadi hampas.


1/2 kg tulang lembu 
7 batang kacang kelo
3 sb rempah kari
500 ml santan
2" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari
1 keping asam keping

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2" halia


1.  Masukkan tulang lembu dalam periuk bersama air separas tulang lembu tu.  Rebus hingga daging-daging yang melekat pada tulang itu lembut.


Buah kelo dibuang atau diraut kulit hijaunya dan dipotong 4".  Kemudian rebus buah kelo itu hingga lembut dan toskan.  Tapi kalau hendak dimasukkan terus ke dalam kuah pun boleh tanpa direbus dulu.


2.  Dalam periuk yang lain, tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.  Lepas tu masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak.


3.  Masukkan rempah kari.  Gorengkan sekejap, baru masukkan sedikit air.  Tumis hingga rempah garing.  Lepas tu baru masukkan tulang lembu berserta dalam 2 senduk air rebusan tulang tadi dan santan.  


4.  Akhir sekali masukkan buah kelo yang direbus, asam keping dan garam.  Biarkan mendidih dan tutup api.


Serius cakap, makan kacang kelo ni macam mengasyikkan aje, tengok-tengok dah selonggok kulitnya kat tepi pinggan.




Kari Kentang untuk Roti Naan




400 gm kentang
2 pokok daun ketumbar
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar
2 biji cili hijau
1 sb serbuk cili
1 sb serbuk jintan manis
1 st serbuk jintan putih
3 biji buah pelaga
1 st serbuk kunyit
1 st pes halia
3 sb serbuk kari
2 cawan air
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Kentang didadu besar, direbus dan toskan.  Daun ketumbar, bawang besar dan cili hijau dihiris.

2.  Panaskan minyak.  Tumis bawang besar hingga naik bau.  

3.  Masuk pes halia, cili hijau, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan daun kari.  Tumis sekejap.

4.  Lepas itu masuk pula serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk kari, kentang dan garam.  Tumis sekejap dan masuk air.  Masak hingga pekat dan taburkan daun ketumbar.