Sunday, October 19, 2014

Ayam Tandoori




1 ekor ayam
1/2 cawan yogurt atau 1 cawan susu cair + 1 sb jus lemon
1 biji lemon - ambil jus
pewarna merah
2 st garam

Bahan kisar :
2" kunyit hidup
1 sb serbuk cili
1 sb lada sulah
1 sb ketumbar biji
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2" halia
3 biji buah pelaga
1" kulit kayu manis
2 sb marjerin
2 pokok daun pudina
2 pokok daun ketumbar

1.  Campurkan bahan kisar dengan yogurt, jus lemon, garam dan pewarna merah hingga sebati.



2.  Kemudian digaulkan pada ayam dan perapkan ayam itu semalaman atau lebih kurang 5 jam.




3.  Selepas itu panggang ayam pada suhu 350F selama 70 minit atau hingga masak dan nampak garing.  



Tapi aku panggang atas api dapur aje sebab aku suka kalau dia garing macam hangus-hangus tu....sedap.  Masa yang diambil pun taklah lama sangat berbanding guna oven.




No comments:

Post a Comment